Selasa, 31 Disember 2013

MOMENTO 2013

2013 bakal mengakhiri usianya.. 2014 bakal dilalui hari-harinya..
Tahun 2013 telah dilalui dengan bermacam peristiwa yang membawa kenangan manis tapi masih terpalit juga kisah pahit yang terlalu sukar untuk dibayangkan namun harus juga ia ditelan.. Biarkanlah kisah pahit itu dirasai dan dipendam walau ianya sangat sakit untuk disimpan..
Dah tak payah nak cerita emo-emo pulak..

Tahun 2013, aku sifatkan tahun meneroka, menjelajah dan beraktiviti.. Lebih kerap daripada biasa.. Agak penuh jugak memori komputer ni dengan gambar-gambar yang sudah diketip..

Tak guna membebel panjang, teruslah ke topik asal..

SUNGAI GABAI - 24 JANUARI 2013

Mukadimah momento 2013 dimulakan dengan aktiviti berlibur di Air Terjun Sungai Gabai dengan member.. Member ke?? Kira dorang tahap adik aku laaa, member yang tak seusia.. (terasa tua u olls bergaul dengan dorang.. hahahaha).. Sebenarnya aku dah lama plan nak ke sini dengan dorang tapi baru tahun ni tercapai.. Aku pergi ke sana dengan Afiq, Azwa dan Faniza masa cuti Maulidur Rasul.. Pergi ke sana bukan setakat berlibur tapi celebrate birthday Azwa, kononnyalah tapi plan celebratenya agak tak menjadi di situ tapi takpe laaa, janji plan mandi-manda tercapai.. Disebabkan aktiviti liburan ni jugak, kami bertiga berkenalan dengan kawan Afiq yang sewel-sewel, Akmal dengan Safik.. Masa kenal memang malu-malu kambing, tapi bila dah lama kenal, sabau jelaaaa layan dorang..
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


iCITY - 13 FEBRUARI 2013

Tempat berlampu ni dah lama tak pergi.. Last pergi dulu masa Karnival BN, hujung tahun 2011.. Masa tu pun belum ada banyak benda-benda menarik, setakat menghadap lampu-lampu pokok krismas jeee.. Kebetulan masa ni Azwa masih praktikal, jadi aku ajak laaa dia join aku dengan adik aku pergi iCity.. Kononnya nak bawak PELANCONG ASING datang bersiar-siar kat Shah Alam ni.. huuuu.. Tarikan sebenar nak ke sini nak masuk Trick Art Museum 3D.. Lepas tu ingat nak naik buaian gergasi tapi kesuntukan masa ditambah dengan perut dah mula pasang orkestra, jadi tak sempat..
Kalau tak silap, sebulan lepas tu, Azwa pergi iCity lagi dengan Afiq, Akmal & Sapik.. Aku ingat nak join tapi tak sihat hari tu.. :(
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


JDT vs SELANGOR - 9 MAC 2013

Ini pengalaman julung kalinya menonton bola sepak secara live, di stadium.. Bunyinya macam pelik lagi menghairankan tapi itulah hakikatnya.. hahaha.. Tengok game ni pun sebab Afiq, Akmal, Sapik dengan Azwa nak tengok game ni, jadi aku follow laaa.. Sebelum ni pernah datang stadium masa perasmian stadium sekitar tahun 1997 dan majlis perasmian SUKMA tahun 1998.. Kiralah berapa lama tak masuk stadium ni.. Kalau pergi pasar tani stadium, selalulah jugak.. Apapun, pengalaman hebat, 1st time datang, menang pulak tu.. Menang besar dengan team yang hot season ni..
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


TELUK BATIK & PANGKOR - 23&24 MAC 2013

Plan holiday yang betul-betul mengejut.. Tak rancang dari awal langsung nak ke sini.. Hanya seminggu sebelum tu mak usulkan cadangan ni.. Memandangkan dah lama jugak tak bercuti sejak balik Melaka 16 September lepas, jadi masing-masing set nak pergi.. Mak yang cadangkan ke sini, lagi pun dah lama tak jejakkan kaki kat Perak, maka misi pun dijalankan dengan penuh redha dan tawakal sebab tak buat sebarang tempahan hotel lagi.. hahaha.. Alhamdullillah, sampai Teluk Batik, masih ada kekosongan di Marina Cove Resort.. Tak banyak benda buat kat sini, sedikit bosan tapi dapat tenangkan diri, itu memadai..
Esoknya pulak saja jalan-jalan ke Pangkor, usha-usha apa yang patut..
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


SG CONGKAK - 26 MAC 2013

Plan mandi manda ni di buat sebab nak isi masa cucu jagaan mak aku sempena cuti sekolah.. Yelaaa, daripada dorang berkubang dalam rumah je, baik bawak dorang jalan-jalan, liburan.. Ada jugak manfaatnya.. Hari tu mak siapkan nasi lemak untuk dijamah kat sana.. BEST!! Sekali sekala berkelahkan, lagipun dah lama tak feel macam ni.. Dulu masa kecik-kecik selalu laaa berkelah siap dengan makanan dari rumah.. Waktu ni dapat pulak berendam kat air sejuk, memang refresh laaa lepas penat bercuti kat Teluk Batik..
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


VIVA SELANGOR - 14 APRIL 2013

Haaaa, ini pengalaman julung kalinya jumpa pemain bola sepak negeri Selangor.. Sebelum ni tengok kat dalam TV je (nampak sangat jarang turun stadium).. Jumpa dorang semua ni lepas Azwa ajak pergi ke sana, kat Kompleks PNKS.. Kalau aku pergi sorang-sorang memang ucap selamat jalan arrrr... Kira dorang takdelah poyo dan kerek sangat nak bergambar dengan penyokong.. Lepas ni berharap jumpa pemain Liverpool pulak, itu pun kalau dorang datang KL.. impian besar nampakkkk.. #YNWA
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


BUKIT BROGA - 27 APRIL 2013

Ini aktitviti paling best yang dibuat tahun ni.. Sebenarnya dah lama teringin nak buat aktiviti memanjat-manjat, buat aktiviti lasak ni.. Nak maintain shape 6pax yang dah lama tak ke gym (ayat poyo, padahal boroi).. Dorang dah plan awal dan ajak aku sekali, maka i pun followwwww!! Sebelum ni cuma dengar orang bercerita pasal Broga je, nak tahulah apa yang best tempat ni.. Bila dah pergi sendiri, Subhanallah, baru tahu nikmatnya!! Walaupun penat mendaki sebab stamina sangat hampeh tapi bila dah sampai atas rasa sangat berbaloi dengan kepenatan yang dirasai.. Tenang je bila ada kat sana, rasa macam nak berkhemah kat sana jeee.. Rasanya lepas ni bole laaa try panjat Gunung Kinabalu pulak (kenapa tak nak cakap panjat Everest terus??).. hehehehe.. Pasal aktiviti ni jugaklah dapat member baru selepas dapat member baru dari aktiviti di Sg.Gabai.. dah macam virus, berjangkit-jangkit dapat member baru :)
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :)


MORIB - 8 JUN 2013

Sebenarnya Morib ni tak patut ada dalam entri ni sebab Morib ni kampung aku.. Setiap kali balik kampung, mesti singgah pantai Morib, ambil angin walaupun pantainya tak berapa menyedapkan mata.. Cuma kali ni, aku dan mak ayah aku pergi Morib dengan motif bersantai ajak Adam Aqil dengan Intan sekali.. Haziq tak dapat ikut sebab kena jaga baby.. Kesian kena tinggal.. Ajak dorang ke sini selain bersantai, nak main layang-layang dan buatlah apa-apa aktiviti yang patut.. Kira okaylah.. Walaupun penat sikit layan karenah budak baik sorang ni tapi masih enjoy.. Alaaa, biasalah, budak-budak, macam laaa dulu kita tak macam tu kan.. 


 

 

 

 


CAMERON HIGHLANDS - 10,11&12 OGOS 2013

Percutian ini berlaku sewaktu orang lain sibuk beraya di kampung halaman iaitu waktu raya ke3.. Pengalaman pertama kali bercuti masa hari raya.. Sebelum ni masa-masa macam ni dah ada kat kampung tapi nak buat macam manakan, tahun ni terpaksa ubah angin atas faktor diluar tabii.. hiihiihii.. Kenalah biasakan mana2 keadaan yang tak biasa dilalui mulai raya tahun ni.. Walaupun dalam mood raya tapi tempat ni tetap sesak.. Korang pun takde kampung ke weiiiiii..??? Tapi takpelah, barulah happening, takdelah serupa bandar mati,kannnn.. Memang seronok percutian kali ni, mood tempat menginap di lokasi baru, masa bercuti lama sikit dan banyak tempat dapat singgah cuma yang ralat tak dapat makan scone, strawberry shake, cheese strawberry cake kat Kg Taman Sedia, kawasan perkampungan orang Melayu kat Cameron Highlands ni.. Ralat jugak sebab tak dapat masuk MARDI sebab tutup cuti raya.. SEDEYHHH.. Mungkin lain kali kalau ada rezeki datang sini lagi, benda yang jadi ralat ni akan diutamakan..
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :) **PART 1
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :) **PART 2
CERITA LANJUT.. KLIK SINI :) **PART 3


KELAB TASIK PUTRAJAYA - 26 DISEMBER 2013

Penutup bagi tahun 2013.. Aktiviti makan malam keluarga, famili aku dan famili kakak ipar aku.. Tahun ni makan malam buat kat Kelab Tasik Putrajaya.. Suasana restorannya kelihatan best, 1st time datang sini, berlatar belakangkan Tasik Putrajaya dan bangunan pentadbiran kerajaan Persekutuan.. Alhamdullillah, makannya masih boleh diterima perut, tak banyak masalah, servis pun okay.. Terima kasih kepada penaja makanan, abang aku dan isterinya.. ENJOY THIS MOMENT!!!

 

 

 

 

Terima kasih Ya Allah, memberikan aku usia untuk aku melalui 365hari untuk tahun 2013.. 
Pelbagai cerita dan pengalaman yang aku lalui sepanjang hari-hari yang Kau berikan..
Dalam hari-hari yang Kau berikan,
Kau duga aku dengan sebuah perpisahan namun Kau kurniakan aku persahabatan yang baru..
Aku terima segalanya dengan rasa lapang dada..
Pasti ada kurang dan silapnya pada aku, maka itu aku jadikan iktibar..
Selamat tinggal 2013 !!
Moga tahun 2014 menjadi tahun yang mengubah diri aku menjadi lebih baik dan berguna..

Sabtu, 16 November 2013

MANAGER YANG BERFANTASI

Bila secara realiti belum termampu nak jadi manager, merasa jadi manager dengan berfantasi pun okaylah kot.. heeheeeheee.. Ini bukan nak cerita jadi manager syarikat ke apa, ini cuma nak bercerita pasal game FANTASY MANAGER PREMIER LEAGUE.. Kononnya jadi manager team bola sepak.. Bosan punya pasal takde game hujung minggu, dah tu dok menghadap web fantasy ni konon-konon nak atur strategi, ditambah dengan tiada entri yang nak dibuat bulan ni, maka rajinkanlah diri buat entri pasal fantasy manager ni..

Benda ni sebenarnya aku pun baru join tahun ni, itu pun sebab member twitter aku, Aswad ajak main game ni..Kalau tak, memang langsung tak tahu.. Mula-mula rasa macam malas tapi bila dah join rasa best laaa jugak.. Kalau dulu, aku cuma fokus tengok game Liverpool je tapi bila join fantasy ni, sebolehnya semua game nak follow.. Yelaaa, nak tahu player kita main power ke tidak, lepas tu nak usha pemain yang mantop-mantop untuk next transfer katanya, bagi point kasi up next gameweek.. Kadang-kadang bila nak tunggu point update terasa macam tunggu nombor ekor naik plak.. heeee..

Kalau nak acah-acah merasa jadi manager macam Rajagobal yang power tu, bolehlah test main benda ni.. Game ni takdelah melalaikan sampai menghadap benda ni 24jam, sampai semua kerja bertangguh.. Kita cuma setting dalam masa tak sampai 10minit pun, cuma kena lebihkan masa berfikir secara kritis merangka strategi je.. Cehhh, ayat poyo je macam power sangat!!

Untuk team aku, biasa-biasa je pointnya.. Masih tak mantop.. Point tak pernah lebih daripada 70, acaner nak menang league yang offer hadiah.. huuuu

** hasil yang diperoleh sepanjang 11minggu perlawanan.. 
Point keseluruhan aku 614, orang lain dah ada yang dapat point sampai 750.. emmmm

Dan point aku untuk minggu ke11, sebelum International Break ialah point paling hampeh yang aku pernah dapat.. Tak cecah 40 pun, dah tu kena tolak point lagi sebab buat transfer lebih dari 1kali.. Ni semua salah Aguero dengan Lukaku, bagi harapan palsu!! Ingatkan lawan team bawahan dapat point tinggi tapi hancur lebur.. Nasib baik point Suarez tinggi, itupun masih rugi sebab tak jadikan dia captain..

** Inilah team hancur lebur aku.. Dah laaa kena tolak 4point..
Paling sakit hati Ivanovic laaa..


** Ranking untuk minggu ke11.. 
Bagai jatuh ditimpa konkrit.. Dah laaa nak naik punya payah, bila turun berdebuk-debuk.. Merah menyala jeee..

Rasanya itu saja nak cerita pasal benda ni..
Harap-harap minggu-minggu yang mendatang, yang masih berbaki 27minggu dapatlah merasa point yang tinggi, dan merasa dapat hadiah yang ditawarkan.. Majulah TEMPE untuk negara..

~SEKIAN~

Selasa, 12 November 2013

HENTIKAN TANGISMU






















Di sebalik senyummu,
di dalam tawamu,
aku tahu ada tersimpan 1001 rasa sedih..

Walau kau cuba sembunyikannya,
walau kau cuba mengaburinya,
aku masih bisa menafsirkannya..

EMAK..
Tenanglah hadapi dugaan,
dugaan menahan keperitan rasa rindu,
rindu pada insan bernama ibu,
ibu yang selama ini ditatap dan diingati..

Walau aku tak kental menahan engkau menangis bila teringatkanya,
walau aku tak mampu menenangkan engkau menangis bila cerita tentangnya,
tapi jauh dalam lubuk hati aku, aku juga menangis..

Biarlah nenda jauh dari pandangan mata tapi dekat dalam doa..
Doakanlah kesejahteraannya,
doakanlah kesihatannya,
doakanlah kebahagiaannya,
kerana doa itu senjata ampuh seorang mukmin..

Andai di sini engkau tak bisa menemuinya,
moga di sana engkau bahagia bersamanya..

Biarlah apa juga yang terjadi,
biarlah apa juga yang diperkata,
biarlah apa juga yang diumpati,
biarlah apa juga yang dijaja,
Allah itu MAHA MENGETAHUI..
Mereka tak pernah memahami,
mereka tak pernah merasai,
hidup terpisah dari insan tersayang..

Bicara ini sekadar luahan rasa,
rasa yang entah sampai bila untuk ditanggung~~
Biarlah andai aku menerima makian dan amarah dari kataku ini,
aku terima dan redha untuk melalui kerana mereka tak mungkin memahami~~

PERNAH KAU SEDARI DIA YANG KAU SAKITI,
OH TUHAN HAPUSKAN RESAHKU,
DIA PUN BAHAGIA,
WALAU JAUH DIMATA..
YA ALLAH, KUATKANLAH IBUKU HADAPI SEMUA INI..

Selasa, 8 Oktober 2013

JERSI SI KAKI BANGKU...

Hai..
Entri aku kali ni, aku nak cerita pasal... Kisah si kaki bangku dengan jersi bola sepaknya.. Siapakah si kaki bangku tu?? hahaha, siapa lagi kalau bukan aku.. Tak kan Pak Jemah depan rumah pulak.. 

Idea nak buat entri ni terberanak lahir bila aku tengah kemas almari, cari hanger yang sebenarnya dah habis buat gantung jersi ni je.. Aku terfikir juga, aku ni main futsal pun tidak, apa lagi nak main bola sepak padang tapi jersi beratur mengalahkan pemain profesional (ayat tu macam banyak sangat jersi aku, kannnn!!).. Tapi entah, aku memang minat kumpul jersi team kesayangan aku Liverpool dan tak lupa Selangor dan Malaysia.. Support team luar negara jangan sampai lupa team tanah air sendiri.. Acecehhh.. Tiap kali masuk season baru, tiap kali tu laaa tak sabar nak tengok design jersi baru.. Kalau berkenan di hati, memang rasa tak sabar nak sambar sehelai dengan segera tapi tahun ni,emmmmm,sedeyh..!! Design macam apa je.. Sabaq je laaa..

Inilah dia barisan jersi-jersi yang aku ada dalam koleksi.. :)
JENG.. JENG.. JENG..

* Jersi HOME MALAYSIA tahun 2010/2012 .. Jersi warna kuning sebelah kiri.. Jersi yang bawa kenangan manis sebab jersi ni diguna pakai dalam kempen Piala AFF Suzuki 2010 yang menabalkan Malaysia jadi Juara buat pertama kali.. Aku beli jersi ni lepas Malaysia dah menang, memang hot sale laa jersi sampai payah aku nak cari.. Kalau tak menang, ada rasa nak beli ke?? hahahaha..
* Jersi AWAY MALAYSIA tahun 2012/2014 .. Jersi warna biru sebelah kanan.. Jersi ni aku beli agak terburu-buru dan harganya agak mahal walaupun seludup mari sebab aku sambar jersi ni masa belum banyak orang jual jersi ni, tu yang mahal.. Tapi kainnya, serius sedap dipakai, tak panas.. Macam original kau!!

* Gambar Kiri : Jersi  AWAY & 3rd KIT LIVERPOOL 2011/2012.. Jersi yang warna hitam tu abang aku belikan.. Entah kenapa dia baik hati nak belikan sebab dia pun bukan penyokong Liverpool, dia penyokong Arsenal.. Mungkin hadiah hari jadi aku kot (andaian semata-mata) sebab masa barang ni selamat di pos, betul-betul sampai masa hari jadi aku.. Suka sangat masa dapat, tak sangka aku.. hahaha.. Jersi yang putih tu plak beli sebelum pergi Johor, jersi yang diidamkan sebab kombinasi warnanya nampak maca lain sikit..
* Gambar Kanan : Jersi HOME & 3rd KIT LIVERPOOL 2012/2013.. Kali ni aku rasakan aku perlu beli jersi Liverpool home sebab masih tiada dalam koleksi dan kena plak pada waktunya, jersi home kali ni smart!! Ada kolar.. I like.. Tanpa fikir panjang aku terus sergah uptown :) Jersi 3rd kit tu plak aku rasa designnya agak unik berbanding away punya.. Ditambah lagi jersi away tu macam cacat sikit bila aku tengok seludup punya.. Ada ke patut lambang LFC dgn Warrior kat PERUT?? Patutnya kat dada.. Sebab tu aku beli 3rd kit..

* Jersi HOME SELANGOR 2013.. Tahun ni entah kenapa aku agak bersemangat dan buat pertama kalinya aku terasa nak beli jersi Selangor.. Mungkin sebab merasakan asyik beli jersi Liverpool je tapi jersi team negeri sendiri tak pernah beli.. TANAH TUMPAH DARAHKU laa weiii.. Dan, inilah jersi satu-satunya aku beli ORIGINAL, no seludup!! Nampak tak semangatnya di situ?? Designnya plak boleh tahan lawa.. Memang rasa berbaloi sangat beli jersi ni.. :) 
KUNING DAULATKU, MERAH DARAHKU.. acehhh, semangat!!

* Jersi Goalkeeper Home Liverpool 2013/2014 & Jersi Selangor Away 2013
Sumber : Abang Google

Yang atas ni plak, jersi yang aku idamkan sekarang.. Kalau dapat memang syok laaa.. (jersi pun boleh sampai tahap mengidam??)
Jersi Goalkeeper HOME LIVERPOOL 2013/2014 dengan AWAY SELANGOR 2013.. Smart habis!! Tapi yang Liverpool tu susah sangat nak dapat yang sawadikap mari dan mungkin tak jual langsung pun.. Kalau nak memilikinya, kena beli yang original tapi nanti poketnya RABAK.. Sehelai je dah RM260..

DAN.. Jeng, Jeng, Jeng..
Aku dah pun TERbeli jersi baru HOME LIVERPOOL season ni.. Aduhaiii, benda ni memang betul-betul racun.. Sebenarnya aku takde niat pun nak beli tapi masa pergi Uptown, asyik lalu lalang depan kedai jersi, nafsu aku jadi membuak-buak.. Maka, aku pun TERbeli laaaa.. Nasib baik barang yang betul-betul aku nak beli, aku dah beli pun.. Kalau tidak memang lari bajet.. huuuuu.. Kalau dapat lengan panjang, lagi best ni :)

Aku beli jersi semua ni sebagai tanda sokongan kat team bola sepak kesayangan aku.. Sokongan dari jauh katanya.. Tak kira kalah atau menang tetap bangga pakai.. Bila pakai time team kalah aku rasa aku lagi bangga sebab itu tandanya aku setia support team aku walau apa pun keadaannya.. #Poyo

Entri ni bukan aku nak menunjuk-nunjuk sebab takde apa nak dibanggakan.. Jersi seludup je kot, lain laaa original semuanya.. Cuma saja nak bercerita.. huuuu..

Okay laaa, itu je sesi mengarut aku kali ni.. Tata!! Assalammualaikum..
-SEKIAN-

Selasa, 27 Ogos 2013

CAMERON HIGHLANDS.. MEMBAWA DIRI DI AIDILFITRI (PART 3)

Perjalanan di hari terakhir di bumi Cameron Highlands..


Pagi tu, terasa sedikit sedih sebab nak tinggalkan ketenangan yang aku dah nikmati sepanjang 2hari kat sini.. Ikutkan hati nak je tinggal seminggu dua lagi kat sini.. Tak pun duduk sini terus.. hehehe..
Disebabkan melayan perasaan sedih tu, aku pun pergilah membawa diri meronda kawasan apartment tu sorang-sorang..

Sebelum meninggalkan apartment ni, kami sekeluarga melakukan aktiviti wajib sebelum balik iaitu bergambar kenangan kat sini sampailah masing-masing dah tak larat nak bergambar.. Banyak jugak dalam pendrive gambarnya ni..





* sebelum mengucapkan selamat jalan..

Dah habis bergambar, tunggulah pukul 10pagi untuk checkout dan menanti Encik Hamid sampai..  Kang lari terus tak baik pulak, duit pun tak bayar lagi.. 
Checkout awal sebab ada 2,3 tempat lagi nak pergi, takut traffic jam je sama ada kat Cameron ni mahupun kat highway nanti..
Bila dah dipulangkan kuncinya, dah bayar duit sewa, kami pun bergerak pulang dan pergi melawat tempat-tempat yang belum dilawati untuk terakhir kalinya..

Kami singgah di S'CORNER, lokasinya betul-betul di tepi jalan, di bahagian selekoh berbentuk S, berdekatan dengan Cactus Point.. Tempat ni mungkin baru buka sebab masa 2tahun lepas masa datang sini, tempat ni masih belum wujud.. Tempat ni kira tempat himpunan jualan pelbagai produk dari produk pertanian yang biasa dilihat kat Cameron Highlands, sampailah jualan madu dan penanaman cendawan serta cenderamata termasuk ada sebuah restoran Muallaf.. Kira okaylah tempat ni.. Mak aku beli 1kg cendawan tiram!! Geram aku tengok cendawannya, gendut-gendut belaka.. Kalau buat goreng, memang puas makan!!





* antara gambar-gambar yang diketip ketika berada di S'Corner..
* awek Indonesia tu malu-malu diketip gambarnya.. hehehe

Lepas tu, kami bergerak ke Kea Farm.. Tapi sebelum tu singgah kat gerai kecil ni untuk bersarapan.. hahaha, sarapanlah sangat.. Makanannya pun dah kira lauk makan tengah hari.. Memang sedap masakannya.. 
Bila perut dah kenyang, teruslah menuju ke Kea Farm.. Beli madu untuk Aliff, sayur kubis bunga, jagung dan limau untuk dibawa pulang.. Aku beli strawberry coklat dengan cendawan goreng.. Agak ketagih benda ni bila kat sini.. Sedap ooooo.. Sempat jugak beli sedikit cenderamata kat kawasan Kea Farm ni, terpengaruh dengan perkataan HARGA BORONG.. Bila dah letak semua barang tadi dalam kereta, perghhhh, padat dan sendat.. Lemas aku duduk belakang..

* salah satu tempat wajib singgah..


* makanan wajib beli kat sini.. Aku beli buat alas perut masa perjalanan balik nanti.. 

Lokasi terakhir LAVENDER GARDEN.. Tempat ni katanya baru buka tahun ni, jadi kalau baru buka maknanya tempatnya masih lagi cantik dan terurus.. Masuk dalam ni kena bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Takpelah, bukan selalu pun kena cas.. Ayat macam orang banyak duit je, huuuu.. Tempatnya serius cantik, kombinasi warna bunganya memang memikat.. Kalau ada ros ke, tulip ke memang lagi gempak.. Dekat bahagian atas ada tanaman kekwa dan buah strawberry.. Boleh petik sendiri buah strawberry dengan bunga kekwa tu tapi masa aku datang macam takde je buah steawberry yang tumbuh.. Mak, ayah dengan Ain tak nak masuk.. Tak dapat nak bergambar ramai-ramai dalam ni.. Hampa je aku rasa.. Aku masuk dengan Abang Iwan jeee..





* bagi gambar lebih sikit sebab tempat baru, tapi itu pun ada yang aku tak masukkan dalam ni :)

Selesai mengembara di Lavender Garden, bermakna berakhirlah percutian aku untuk kali ini.. Percutian yang mencipta sejarah sebab pergi waktu orang lain sibuk meraikan hari raya.. Takpelaaa, lepas ni kena biasakan situasi macam ni setiap kali hari raya..

Cuma agak sikit ralat percutian kami kali ni sebab tak dapat pergi MARDI dan menjelajah Kampung Taman Sedia untuk memetik strawberry, merasa strawberry coklat dan milkshake di ladang-ladang milik orang Islam Melayu, yang aku baca kat blog-blog lain kata sedap dan best!! RUGI!! Mungkin lain masa, kalau datang sini lagi, pasti akan disinggah 2lokasi ini..

Dalam perjalanan balik, sempat beli petai dengan orang asli yang menjaja kat tepi jalan untuk dibawa pulang.. Best!! My favourite.. 
Perjalanan pulang masa raya ke5 tu, agak sesak di lebuhraya PLUS terutamanya dikawasan sekitar Tapah.. Biasalahkan.. Baru sekarang aku faham perasaan orang yang balik dari kampung beraya, terpaksa menghadap traffic jam yang amat lama sebab kalau aku balik kampung beraya pun tak meredah highway.. Kampung kat Selangor je nyokkk..


* bisnes orang asli & kekusutan di lebuharaya..



* buah tangan dari Cameron Highlands.. Limau, Kubis Bunga, Jagung, Teh Boh, Madu dan Petai..

Berakhirlah kisah perjalanan aku dan keluarga di Cameron Highlands.. Kisah keluarga yang membawa diri di Aidilfitri.. Sekurang-kurangnya dapatlah melupakan apa yang mungkin terjadi di kampung waktu raya macam ni.. Apa yang pasti, percutian yang sedikit panjang berbanding selalu ni aku cuba manfaatkan sebaiknya agar ia tidak tersia-sia begitu saja.. Mungkin akan ada yang berkata, CAMERON JE PUN ITU PUN NAK KECOH.. Bukan soal lokasi percutian itu dekat mahupun jauh tapi macam mana percutian itu dimanfaatkan sebaiknya.. Bagi aku, aku dengan adik beradik lain cuba membawa fikiran mak aku lari dari mengingatkan perkara yang menyakitkan hati dia, melupakan seketika hari raya di tempat tanah tumpahnya.. Dan, aku juga pasti akan merindukan ketenangan, kedamaian, kehijauan, serta kedinginan bumi Cameron Highlands.. Andai dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pasti akan kami jejakkan kaki lagi ke sini.. Mungkin bersama kawan-kawan pulak, siapa tahu,kannn..

Sekian, untuk entri tentang percutian Cameron Highlands di hari raya ni..
Assalammualaikum!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN