Sabtu, 20 Julai 2013

NOKTAHKAN DI SINI...



Aku relakan jiwa,
menerima benci dan hina,
atas sebuah rangkap kata,
yang terlempar dari sebuah rasa..

Tak perlu setitis air mata menitis,
tak perlu seribu sesal terbuku,
tak perlu sejuta maaf dipinta,
kerna itu sudah tidak laku untuk didamba..

Sabarlah hati untuk menerima amarah,
sabarlah hati mendengar kutukan,
kerna itu saja yang terdaya dalam sudah lali keadaan itu untuk dilalui..

Kini..
Masanya untuk aku diam,
Diam dari terus berkata-kata..

Biarkan insan di luar terus menyampah,
Biarkan insan di luar terus meluat,
kerna aku hanya tahu,
di sini aku menulis melemparkan rasa sedih, gembira dan marah,
di sini aku menulis mendendangkan sebuah hakikat..

Yang pasti..Dalam apa saja yang terjadi dalam sebuah cereka dunia,
aku tak perlu berpaut pada ihsan manusia,
aku tak perlu gerun pada amaran manusia,
selayaknya, aku hanya wajar bertaut dan gentar pada ihsan serta amaran Yang Maha Esa..

Biarlah manusia menyalaherti,
tapi..
DIA tetap Maha Mengetahui..

AKU MAHU LAYARKAN NOKTAH ITU DI SINI..

Isnin, 15 Julai 2013

MARI KITA BERSUKAN !!

Seminggu sebelum puasa baru-baru ni, Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 24 Shah Alam, tempat cucu jagaan mak aku belajar buat Sukan Tahunan untuk tahun ni.. Sepatutnya sukan ni dibuat seminggu sebelum tu lagi tapi disebabkan jerebu, terpaksalah acara tahunan ni ditangguhkan.. Masa zaman aku dulu, Sukan Tahunan ni biasanya dibuat sebelum cuti penggal pertengahan tahun sebab lepas cuti tu kita akan sibuk untuk habiskan pembelajaran dalam kelas tapi sekarang ni dah berubah sikit.. Takpelah, janji tetap ada buat Sukan Tahunan tu..

Aku berkesempatan untuk datang tengok budak nakal yang bernama Adam Aqil bin Isa 'beraksi' dalam acara yang disertainya iaitu acara 50meter lari berganti-ganti.. Dia ni Pra-Sekolah untuk umur 6tahun.. Biasanya acara untuk umur dia ni, cikgu buat acara sukaneka tapi lain pulak kali ni.. Okay, zaman dah berubah..
Masa aku datang tu, tepat-tepat masa untuk Adam nak 'beraksi'..


* bersedia di tepi padang sebelum ambil tempat.. Budak nakal yang angkat tangan tu

* bersedia menunggu rakan lari untuk menyerahkan baton

* muka kepenatan selepas penat berlari

* bersedia untuk majlis penyampaian hadiah

* sesi penyampaian hadiah.. Group Adam dapat no3

* sukalah tu dapat pingat!! :)

Masa tengok budak-budak ni berlari, macam-macam ragam yang aku nampak.. Ada yang kasut tertanggal, ada yang lari masuk line orang sampai berlanggar dengan kawan lain, ada yang tergelincir, ada yang tengah leading tapi bila dah pass baton kawannya boleh terpacak macam tunggul.. Sian.. Tergelak-gelak jugaklah tengok ragam dorang..

Bila tengok Sukan Tahunan ni, teringat aku dulu masa kat tadika.. Aku banyak jugak menang acara sukaneka tapi hadiah yang aku dapat hanya Tupperware.. Adalah dalam 3buah.. Sampai sekarang masih simpan kat dapur tapi tak digunakan untuk isi apa-apa sebab dah lama sangat bendanya tu sampai dah reput penutupnya.. Zaman aku takdenya pingat-pingat bagai..

Zaman sekolah rendah, aku kurang terlibat aktiviti sukan sebab malas datang latihan petang-petang, jadi nama aku terus disenarai hitamkan.. hahahaha..

Apa pun, aku rindu dengan kenangan di Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam.. Walaupun baru je aku jejakkan kaki ke sana masa PRU13 hari tu tapi bila datang sekali lagi ke sini dalam mood yang berbeza, mulalah kenangan silam kembali terulit walaupun jasad sekolah ni dah banyak berubah :)

* gambar ni diambil masa PRU13 hari tu.. huuuu


-sekian-

APA YANG ANDA BERI, ITULAH YANG ANDA TERIMA

KARMA??
Mungkin itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan keadaan bila kita memberi sesuatu sama ada yang buruk mahupun yang baik, itu jugalah yang akan kita terima kembali bila tiba masanya..

Bila diingat balik apa yang pernah aku lakukan dahulu, aku rasa aku dah terima kembali 'balasannya' sekarang.. Yelaaa, dulu bersemangat buat 'jahat' nak attack sepupu orang lain, perli dan mengutuk macam nak pisahkan hubungan kekeluargaan dorang tapi akhirnya, sekarang aku alami sendiri keadaan itu.. Keadaan yang tak perlu diapi-apikan orang lain.. Ianya terjadi sendiri atas beberapa perkara dan terus, prappppp.. Itulah yang selayaknya aku terima atas perbuataan dulu.. Petunjuk DIA sudah terang tanpa perlu disuluh.. Relakan saja itu semua terjadi :)




Emmm.. 
Sekarang aku terasa blog aku ni macam diperhatikan, dibelek setiap saat.. Terasa macam popular jugak blog aku ni.. hahaha..
Tak sangka kot tulisan aku dalam blog ni jadi perhatian orang lain..

Untuk pengetahuan, blog ni laman peribadi, tempat aku menulis segala benda yang aku rasa aku nak taip apa saja.. Tempat aku nak luahkan perasaan sama ada marah, gembira, sedih atau apa saja.. Aku nak maki hamun atau nak menghentam sesiapa pun, tak perlulah orang nak kisah.. 
HAK MENULIS HAK SAYA.. Kata nak kebebasan bersuarakan??

Dan salah satu entri aku dalam blog ni mengundang kemarahan orang lain.. Okay aku faham apa sebabnya tapi pernah tak faham kenapa aku tulis macam tu..??
Aku rasa tak guna aku jadi manusia kalau ada orang maki hamun, menghina orang yang paling penting dalam hidup aku, aku perlu rasa BERBAHAGIA dengan apa yang terjadi.. 
Agaknya apa perasaan kalian kalau dapat tahu mak kalian dihina dengan tuduhan yang tak berasas, bercerita rasa kecewanya sambil menangis tak sudah.. Dihalau pulak dari menziarah orang tuanya sendiri dan yang buat tu pulak darah dagingnya sendiri..??
Mungkin aku sepatutnya tulis dalam entri hari tu dengan perasaan BANGGA dengan kata-kata PADAN MUKA EMAK AKU KENA MAKI ORANG DENGAN NADA BERGELAK KETAWA ataupun ADA AKU KESAH MAK AKU NAK KENA HINA DENGAN ORANG?? atau mungkin ALAAA, MAK.. COOL BEBEH.. BENDA KECIK JE PUN..
(mungkin kena edit balik tulisan tu nanti untuk kepuasan hati orang lain).. 

Apa yang aku taip dalam entri tu sekadar luahan perasaan marah aku, ada juga dari ayat tu perasaan yang aku ambil dan terjemahkan dari luahan hati orang lain yang rasa 'berhak ke atas hak yang ada' dan sedikit kesedaran dari kata-kata untuk renungan dari orang yang lebih berusia.. Nasib baiklah aku menggilakan kemarahan aku dalam blog, kalau aku menggila dalam Facebook, macam mana?? Cukuplah hari tu kes dalam Twitter..

Aku perlu sedar siapa yang aku kutuk tu?? Yuppp, aku sekadar siapa dia tapi cuba pantulkan balik soalan tu kepada yang berkenan, siapa mak aku tu kepada orang yang menghalaunya tu??
Aku tak gentle?? Yuppp, aku tak gentle tapi perlukah ber'gentle' dalam keadaan yang aku rasa tak perlu aku nak kusutkan kepala otak aku.. Banyak benda lain kot nak buat selain perlu melayan semua perkara yang tak penting, apatah lagi dalam bulan puasa macam ni, saat untuk nak buat amal.. Kalau kau sendiri tak nak buat jangan fikir orang lain pun sama..

Aku bukan nak cerita 'belakang-belakang' apa yang terjadi sebab definisi ayat tu sesuai untuk orang yang menjaja cerita seseorang dengan berterus terang tanpa kiasan kepada pihak ketiga dan seterusnya macam sesetangah orang tu.. Aku hanya MELUAHKAN PERASAAN dan kalau ada yang TERBACA atau SENGAJA baca, nasiblah sebab benda tu aku tak pernah dedahkan kepada sesiapa pun..

Tak kisahlah siapa orang yang menghina orang tua aku tu.. Saudara mara ke, kawan ke, jiran ke..
Salah ke kalau aku nak melempiaskan kemarahan aku tu, kemarahan yang datang atas penghinaan kepada orang tua aku?? Aku cuma lempiaskan dengan tulisan bukan perbuatan.. Ada ke aku mencarutkan atau keluarkan kata-kata kesat kat situ?? emmmm..
Tak kisahlah kalau nak cakap aku pengecut ke apa bila aku respon kat blog aku ni tanpa mahu berdepan.. Ikut sukalah aku nak aturkan kata-kata aku di mana saja.. Jadi, tak perlulah sesiapa yang nak pertikaikannya dan nak cabar mencabar.. Yang penting, aku tak perlu takut dengan perkataan ''HATI-HATI'' dari manusia tapi aku hanya takut ancaman dari DIA yang satu!!
Tak kisahlah jugak kalau ada yang nak kata aku KURANG AJAR sebab aku hanya mengikut perangai yang ditunjukkan oleh orang yang lebih tua dari aku.. Aku hanya mengikut langkah yang dimulakan oleh orang yang lebih tua dari aku yang bersikap macam tu..

Kadang-kadang aku terfikir gak, macam mana entri tu boleh dibaca sampai ada yang naik gila sedangkan aku dah publish berbulan lamanya.. Dulu, lepas dah publish tu pun, aku post kat Twitter je masa orang-orang yang rapat dengan aku tak online.. Yang ada pun followers yang tak dikenali dan takde pulak aku post kat Facebook ke apa.. Yang post kat Facebook tu pun topik lain dan kalau ikutkan, bila dibuka link blog tu, hanya entri yang dipost tu je yang keluar.. Lagi satu, blog aku ni bukan popular pun sampai beratus-ratus orang dalam sehari singgah nak baca apa yang aku tulis.. 
HAIRANKAN?? 
Dah tu, LEBIH MENGHAIRANKAN sampai 40orang yang buka untuk entri tu sahaja.. POWER BETUL entri aku tu.. Nampak sangatlah ada yang rajin buka aku punya blog semata-mata nak korek cerita orang.. Tak malu sungguh geledah cerita perbadi orang.. Nak cari bahan buat assignment ke?? wiiiwiiiwiii..

Untuk terakhir kalinya, aku ulangi, ini adalah blog aku.. Apa saja yang aku taip dalam blog ni adalah luahan perasaan aku dan aku tak post kan kepada umum seperti di Facebook apa yang aku taip kalau ianya sensitif sebab kat sana semua kenalan aku ada, melainkan ada yang GEMAR menggeledah blog aku nak cari bahan untuk dipanaskan..
Apa saja tulisan yang dalam blog ni bukan berniat nak cari gaduh, cari masalah dengan orang lain tapi itu hanya luahan apa yang aku simpan dalam hati.. Daripada ia membeku, baik aku cairkannya dalam tulisan kat blog ni.. SERIUS, IA MELEGAKAN!!
Ini tempat aku nak lepaskan semuanya, jadi kalau ada yang baca, yang terasa, itu nasiblah.. Kalau ada yang nak marah, terpulanglah.. Kalau dah tak suka, buat apa nak skodeng hak orang,kannnnn??

Kepada yang nak kata aku macam-macam, terima kasih sangat-sangat.. Ada yang kata aku ni 'eh lelaki ke'..'eh pondan'..'eh bapok'..'eh lembut'.. Apa saja gelaran yang diberi, rasanya lebih baik intai-intai diri sendiri sama ada anda cukup tulen sebagai manusia atau anda mengalami kecelaruan jiwa..

Kepada yang kaki skodeng tu, selamatlah jadi penyekodeng di sini.. Mudah-mudahan hidup anda bahagia dunia akhirat.. 
HATI-HATI YAZID, ADA YANG PERHATI (sambil gelak macam Kak Rock).. 
Nanti rajin-rajinlah skodeng blog saya ni lagi, mana tau ada sambungan sesi maki hamun orang ke.. Nanti boleh sampaikan kat orang lain.. Betul tak :)

*sudah cukup sudah, biar sampai di sini saja topik ni.. Malas nak respon lagi kalau ada yang cuba buka bicara kisah ini sebab tak nak meleretkan lagi benda ni.. Kalau masih terdengar suara-suara sumbang tu, pekakkan je laa telinga, butakan je laa mata.. Biarlah apa yang bakal dibuat kat aku, apa yang bakal dikatakan kat aku lepas ni, terima jelaaa.. Allah itu ada untuk lindungi hambaNYA..
Apa yang pasti, kehadiran anda di laman ini, datang tak diundang, pulang tak dihantar..
Jadi, sedarlah diri :)

SEMOGA BERBAHAGIA KALIAN SEMUA.. Assalammualaikum!!

Ahad, 7 Julai 2013

ALLAH BERKATI DIA..




Dia..
Insan yang bersusah payah dalam hidupnya,
demi anak yang dikurniakan-Nya..
Mengandungkan aku kurang lebih 9 bulan,
tak pernah merasakan ia suatu beban,
mengusung ke sana ke mari dengan penuh kekuatan,
penat lelahnya bersulam kesabaran,
tiba saat aku dilahirkan dikental diri dari kesakitan,
Allah terus melindunginya dari sebarang kemudaratan..


Dia..
tempat aku meluahkan kepayahan,
tempat aku berkongsi kegembiraan,
tempat aku mencari belaian,
tempat aku memperoleh keberkatan..

Garangnya aku takuti..
Bebelannya aku dengari..
Andai terguris pada katanya ku simpan di hati,
hanya terpamer dalam rajuk ku sendiri,
tak pernah terlintas untuk membalas tiap apa dimarahi
derhaka padanya neraka menanti..

Hari ini,
ulang tahun kelahirannya..

Ya Allah..
Engkau berkatilah dia.. Dia ibu ku..
Engkau kasihanilah dia seperti mana dia mengasihi ku sejak kecil lagi,
Engkau bahagiakanlah hidupnya..
Engkau tenangkanlah hidupnya.. di sini dan di sana nanti..
Limpahkan taufik dan hidayah pada dirinya,
Jauhkan azab seksa neraka tapi tempatkanlah di dalam syurga bila saat dia kembali ke sana..

Aku tak mampu memandikannya dengan wang ringgit,
aku tak terdaya mewangikannya dengan segulung ijazah..
Hanya doa dan kasih sayang yang mampu aku berikan,
sekelumit dari ku, yang tak mampu membalas timbunan jasamu..

Walau kataku ini tak terbaca olehmu,
tapi biarlah catitan berbicara dari rasa anakmu..

SELAMAT HARI LAHIR KE-56, PUAN HAMILAH - 070757
ALLAH SELAMATKAN IBU KU, Dunia & Akhirat.. :)