Rabu, 30 Mac 2016

LANGKAWI 2016 : MERENTAS REL, MENYELUSURI LAUTAN & MEMBELAH AWAN

LANGKAWI..
Tempat percutian yang aku idamkan untuk pergi bersama mak dengan ayah selepas lebih 27tahun perjalanan kami sekeluarga ke sana.. Tempoh masa yang terlalu lama, hatta aku pun masih kecil lagi untuk aku merasai dan menghargai memori yang tercipta sepanjang percutian yang dilalui dulu.. Justeru itu, inilah kesempatan waktu yang ada, diberikan sedikit rezeki oleh Allah untuk kami mencipta memori baru..

Acehhh, mukadimah entri, berbunga-bunga betul.. Hahahaha..

Ok laaa, aku teruskan pada cerita asal.. Percutian kami sekeluarga kali ni di rancang menuju ke nun jauh di utara sana, Pulau Langkawi.. Kami pergi 2keluarga iaitu keluarga aku dan keluarga cucu jagaan mak aku, keluarga abang Isa.. Keluarga abang Isa pergi dan balik menaiki kapal terbang manakala keluarga aku pergi menaiki kereta api & feri, baliknya baru naik kapal terbang.. Nak naik kereta, memang awal-awal dah angkat bendera putih sebab kenangkan jauh sangat nak ke sana, lagipun tak tahu jalan nak menuju ke jeti (nak percayakan waze pun 50-50).. hohoho..

MERENTAS REL
KTM ETS : KL SENTRAL KE PADANG BESAR
Hajat aku nak travel jauh-jauh naik kereta api akhirnya tercapai.. Kalau ikutkan cara 'tradisi' naik kereta api nak ke Langkawi, kena naik Senandung Langkawi tapi lepas aku usulkan rancangan ni, mak aku tolak mentah-mentah dengan alasan TAKUT LALU HUTAN MALAM-MALAM, ADA KOMUNIS.. Adoiii, nak nangis aku dengar jawapan mak aku.. Tabahlah wahai hati, hahahaha.. Jadi, cari alternatif lain, naik kereta api ETS dari KL Sentral ke Padang Besar.. Alhamdulillah, tahun lepas kerajaan dah panjangkan perjalanan ETS sampai ke Padang Besar yang sebelum ini sampai Ipoh saja.. Aku gigihkan diri beli tiket di kaunter tiket ETS di KL Sentral, walaupun ada perkhidmatan booking online sebabnya aku ada terbaca pasal problem semasa transaksi membeli tiket ETS online ni sebab tu aku gigihkan diri beli tiket kat KL Sentral.. Apadehal pun.. Tiketnya dibuka untuk jualan sebulan awal, jadi aku pergi sana sebulan sebelum tarikh pergi.. Beli lambat nanti habis tiket oiii.. Kalau beli dari kaunter, boleh dapat harga diskaun untuk warga emas macam ayah aku, cuma kita kena bawa salinan IC warga emas yang berkenaan.. Perjalanan dari KL Sentral ke Arau, harga bagi orang dewasa RM 76 dan warga emas RM 42.. Walaupun mahal nak dibandingkan dengan bas tapi apa salahnya sekali sekala melabur lebih sikit untuk keselesaan bersama.. Tak gitu Cik Kiah oiii?? Korang juga boleh beli tiket ETS ni di stesen yang ETS ni berhenti..

Hari yang dinanti, 12 Mac 2016, kami dah siap sampai pukul 7.30pagi di KL Sentral, ingatkan jalan kat KL sesak, alih-alih jalan lengang aje.. Kereta api bertolak pukul 9.30pagi dan sampai Arau pukul 2.50petang.. Sementara nak tunggu waktu kami berlepas, kami sarapanlah dulu dan lihat gelagat manusia yang nak bermusafir.. Ramai betul manusia waktu tu.. Waktunya sudah tiba, waktu untuk kami pula yang bergerak.. Apa yang penting kalau nak naik ETS, bawalah sweater ke, jaket ke, toto pun boleh selimut pun boleh sebab sejuk tahap Antartika duduk lama dalam tu.. Bila dah lepas stesen Tanjung Malim, memang terasa betul sejuknya, sampai pundi kencing dah vibrate banyak kali walaupun aku dah pakai jaket masa tu.. Nasiblah boleh bertahan sampai Arau, takde berlaku sebarang kebocoran..

Dalam ETS ni disediakan cafe untuk membeli makanan.. Cafenya ada di gerabak C.. Harganya boleh tahan mengancam.. Aku belikan mak dengan ayah aku nasi goreng harganya RM6 sebekas.. Lupa pula nak ambil gambar saiz bekas nasi gorengnya.. Ada juga nasi lemak, bihun goreng, maggi, air kopi.. Jadilah untuk mengalas perut walaupun harganya kebabom.. Tandas dan surau pun disediakan.. Kalau nak solat, korang install awal-awal apps yang boleh tentukan arah kiblat.. Suraunya boleh muat 1-2orang sahaja.. Dengar cerita sebelum ni ada disediakan plug untuk mengecas barangan elektronik tapi jenuh mencari tak jumpa pulak apa-apa lubang.. Kena tanya pramugari yang bertugas mungkin.. Disediakan juga tempat meletak bagasi, ruang kaki yang luas dan kerusi yang empuk, menambahkan lagi keselesaan kami sepanjang perjalanan..

ETS yang aku naik ni berhenti-henti, lebih 10 stesen berhenti dan yang ambil masa lama berhenti ialah di stesen Butterworth.. Kami duduk di coach A, bergerak pada kelajuan maksima 140km/j, perjalanan dalam kereta api benar-benar santai.. Perjalanan lebih 5jam tu macam tak terasa sangat bila leka tengok permandangan di luar.. Sepanjang perjalanan ni, dapatlah tengok kampung-kampung, kebun sayur, tasik dan sawah padi.. Nampak jugak Menara Alor Setar dengan Jambatan Pualu Pinang dari jauh.. Cuma hasrat nak tengok sawah padi menghijau bila sampai Kedah dan Perlis tak kesampaian sebab depa baru lepas musim menuai.. Tak dapat tengok pemandangan indah sawah padi menghijau dalam kereta api.. SEDIH.. Sampai sudah stesen Arau pada pukul 2.50petang.. 1st time jejakkan kaki di bumi PERLIS oiiiiiii.. Sakai kejap.. Rupanya ada geng macam aku nak ke Langkawi naik kereta api, adalah dalam 2keluarga..


**tiket untuk ayah aku..


**suasana dalam kereta api sebelum bertolak.. 
wajah riang gembira di hari raya.. hahaha..
banyak terlepas nak ambil gambar moment sepanjang perjalanan dengan kereta api, dari keadaan di stesen KL Sentral sampailah ke Arau.. RUGI!!!

Ok, masa untuk cari teksi nak ke jeti Kuala Perlis.. Memang ada teksi yang dah menunggu penumpang di kawasan parking kereta untuk membawa penumpang ke jeti.. Masa tu teksi kurang dan kebetulan ada pakcik ni nak bawa kami (kira kereta sapu laaaa), maka kami pun naik kereta dia.. Tak sampai hati pulak tengok pakcik tu walaupun salah di sisi undang-undang naik kereta sapu :) .. Bila dah naik keretanya, aku berdoa panjang lebar, berharap peristiwa di Pulau Pangkor tidak berulang kembali.. Asap berkepul-kepul keluar, member teksi yang gerak lambat pun dah siap potong kereta pakcik ni jauh kebelakang.. Sadis weiiii.. Aku hanya harap sampai jeti on time dan kereta takde masalah, itu je.. Alhamdulillah, semuanya ok.. Tambang dikenakan pakcik tu RM26 tapi kalau naik teksi mungkin lebih sikit..

MENYELUSURI LAUTAN
FERI : KUALA PERLIS KE PULAU LANGKAWI
Perjalanan menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi bukanlah yang pertama kali aku rasakan, cuma perjalanan kali ni lebih singkat sebab sebelum ni aku bertolak dari Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi.. Aku dah siap booking online tiket feri, berlepas pukul 4.30petang dan tiket berharga RM18 untuk dewasa.. Kalau beli di kaunter, mungkin dapat murah untuk warga emas.. KLIK SINI : TEMPAHAN TIKET FERI
Jadi, kes tiket habis dan lambat bertolak dari Kuala Perlis bukan lagi suatu masalah.. Serius, memang ramai waktu di jeti Kuala Perlis waktu tu, sesak.. Kalau aku tak booking awal, memang pukul7 punya trip aku dapat.. Walaupun jadual bertolaknya pukul 4.30petang tapi ferinya bertolak sedikit lambat sebab nak menunggu penumpang lain yang masih belum masuk.. Dalam 10minit jugalah lewatnya.. Perjalanan selama 1jam itu, mata aku disajikan dengan pemandangan laut yang meluas dan gugusan pulau kecil yang menghiasi lautan dalam..


**tiket berlepas selepas dicetak..


**bergambar dulu di tempat menunggu jeti Kuala Perlis sebelum berlepas..

Alhamdulillah, perjalanan selamat dan sampai di Pulau Langkawi dalam pukul 6petang.. Hati sudah berbunga kegirangan.. Masanya untuk mencari kereta sewa yang aku dah tempah dulu sebelum datang Pulau Langkawi.. Pejabatnya sebelah 7Eleven di jeti Kuah.. Pada awalnya aku tempah kereta Nissan Almera tapi atas sebab tertentu ditukar ke kereta Honda City.. Tak mengapalah, jangan diganti kereta kancil sudahlah (senyum eksen).. Uhhhhh, dapatlah merasa naik kereta mahal walaupun untuk 3hari.. Adik aku laaa yang nak naik kereta import ni, katanya dah bosan drive MyVi.. Angkuh benor.. Harga sewaannya RM280 untuk tempoh 48jam dan dicaj tambahan RM10 untuk setiap 1jam kalau melebihi tempoh 48jam.. Harga RM280 tu mahal sebab harga waktu peak season iaitu musim cuti sekolah.. Kalau tidak harganya murah aje.. Next time nak sewa kereta Mitsubishi Lancer pulak, ehhhhh?? Kalau korang berminat, bolehlah hubungi Puan Shamsibah 012-4440109.. Sebelum tempah dengan Puan Shamsibah ni, aku dah bandingkan harga dengan sorang abang ni, yang abang long aku rekemenkan, kira Puan Shamsibah punya tawaran harga murah sikit laaa.. Kira perbezaannya tu boleh buat bajet isi minyak laaa.. Untuk tambahan, aku isi minyak kereta ni RM30 je sepanjang 3hari kat sini.. Waktu pergi ni, minyak pada harga RM1.60seliter.. Memang cukup minyaknya, dapat lebih separuh tangki..


**bergaya dengan kereta yang disewa.. dapatlah merasa naik oiii..

MEMBELAH AWAN
MALINDO AIR : PULAU LANGKAWI KE LAPANGAN TERBANG SUBANG
Inilah saat yang paling mendebarkan.. Pertama kali nak naik kapal terbang rasanya sangat luar biasa.. Aku booking tiket Malindo Air pada harga RM150 seorang, bertolak pukul 3.10petang dan mendarat di lapangan terbang Subang pada pukul 4.15petang.. Harga tiket kira mahal kot, yelaaa, 2bulan nak pergi baru booking.. Rasa teruja dan seram sejuk bercampur baur apalagi bila mengenangkan segala tragedi yang berlaku sebelum ni.. Bukan setakat tu je, segala proses nak daftar masuk yang kami perlu lalui pun aku masih BLUR walaupun dah dijelaskan abang Isa.. Kalau salah cara kang, tak pasal-pasal ke tempat lain perginya nanti.. Itu menambahkan lagi ketakutan dalam diri.. Alhamdulillah, bila dah sampai lapangan terbang, segala proses yang perlu dilalui berjalan lancar hasil bantuan pekerja di lapangan terbang tu, mungkin dorang nampak kitaorang macam terpinga-pinga nak kemana dulu.. hahahaha.. 2jam sebelum berlepas, kami sudah berada di lapangan terbang.. 3.10petang, waktunya untuk pesawat Malindo Air berlepas.. Allahuakbar, Subhanallah, itu yang meniti dibibir aku.. Melihatkan pemandangan dari atas alam ciptaanNya, terasa begitu kerdil diri ni.. Sebelum ni tak pernah terbayang pun nak naik kapal terbang tapi hari ni Allah izinkan kami rasa naik kapal terbang.. Sebelum ni, bila tengok kapal terbang lalu atas rumah, tertanya-tanya macam mana keadaan jadi 'burung', ternyata ianya sesuatu yang mengujakan.. Walaupun kadangkala cuak bila kapal terbang 'bergegar' membelah awan, tak kira lagi bila kapal terbangnya 'corner baring', kuatkan juga jiwa ni, tawakal aje.. Cuma waktu tu kadang-kadang terbayangkan keadaan kapal terbang terhempas dari atas, macam manalah keadaan penumpangnya.. Nasiblah kes kapal terbang FLYDUBAI terhempas selepas kami dah balik dari Langkawi, kalau tak, lagilah ketaqqqq nak naik kapal terbang.. Mak aku yang sebelum ni memang takut nak naik kapal terbang dan TERPAKSA naik kapal terbang ni lepas kitaorang bermatian pujuk dia, masih tetap dengan takutnya.. Ayah cakap mak banyak kali tanya DAH PUKUL BERAPA SEKARANG?? BILA NAK SAMPAI.. Sabau je laaa ayah.. huuuuu.. Syukur, tepat 4.15petang kami selamat mendarat.. Cuaca baik cuma dah nak sampai lapangan terbang Subang, cuaca baru habis hujan.. Kalau masa hujan masih kat atas, agak-agak apa rasa.. hohoho..

**muka acah-acah steady..
mak siap bagi ibu jari lagi, kira beranilah tu.. huuuu

Begitulah pengalaman yang kami lalui sepanjang percutian ke Langkawi ni.. Merasa segala pengangkutan yang ada, darat, air dan udara.. Benar-benar pengalaman yang terbaik dan meninggalkan memori indah.. Nampak begitu banyak kos yang perlu dibelanjakan tapi tak mengapalah, bukan setiap tahun pun ke sini.. Mungkin 10tahun akan datang baru datang balik Langkawi.. Sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu dari percutian ni.. Inshaallah, ianya bermanfaat untuk digunakan masa akan datang.. Semoga korang yang membaca entri ni tak bosan apa yang aku ceritakan, mungkin korang pun macam aku (ye ke??), ada pengangkutan yang belum rasa naik, bila dah naik semua benda nak cerita.. Teruja punya pasal.. Lepas ni kalau berhajat nak ke Langkawi, tak payah susah-susah nak fikir cara nak ke sana, naik aje keretapi kalau takut sangat naik kapal terbang.. Pesanan sebelum mengakhirkan kalam, cubalah dan rasailah segala kemudahan yang ada selagi dikurniakan usia kerana pengalaman yang dilalui sangat berharga..

** next entri pasal percutian di Pulau Langkawi.. 

ASSALAMMUALAIKUM!!


Isnin, 28 Mac 2016

MALIBEST RESORT, PULAU LANGKAWI

Assalammualaikum, semua!!!
Apa khabar?? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. Dah lama rasanya tak menaip blog, biarkan blog ni sampai bersawang tapi kalau bersawang pun ada siapa kisah, blog kita ni bukan blog popular pun.. Sekadar blog picisan.. hehehe.. Cuma yang pasti, bila aku kembali menaip blog ianya pasti untuk bercerita tentang memori percutian yang aku sudah lalui..

Sebelum aku nak buka cerita apa yang aku dan keluarga lalui sepanjang percutian yang lepas pada 12-14 Mac 2016 ke Pulau Langkawi, macam biasalah aku nak bagi review sikit pasal tempat penginapan yang kami tinggal sepanjang percutian.. Mula- mula jenuh juga nak mencari tempat penginapan yang sesuai, sama ada nak tinggal di sekitar pekan Kuah atau Pantai Cenang, terlalu banyak pilihan dan dalam masa yang sama tak tahu sama ada ok ataupun tidak tempat penginapan tu.. Jadi, aku tanyalah abang long aku yang dah pernah ke sana sebelum ni dan mencadangkan MALIBEST RESORT yang terletak di Pantai Cenang.. Aku gigihkan diri baca review blogger lain, buka page rasminya KLIK SINI : MALIBEST RESORT, aku rasa ok.. Tanya pendapat keluarga aku dan keluarga abang Isa, dorang kata tak kisah, jadi aku pun menggatalkan tangan telefon pihak resort untuk membuat tempahan.. Aku buat tempahan dalam bulan Januari sebab masa aku telefon dalam bulan Disember 2015, dorang cakap tempahan belum dibuka untuk tahun 2016.. Adehhhh, tiket flight tengah murah pulak masa tu.. Sabar jelaaaa..

Selesai sudah proses tempahan penginapan untuk 2bilik, hati rasa lega dan dah berbunga nak ke sana cepat tapi hal lain masih belum selesai.. hahaha, sabaqqq naaaa..

Masa yang di nanti sudah tiba.. Bila sampai sana aku macam terkejut monyet kejap, sampai boleh tersesat nak cari resort ni.. Mana tak sesatnya bila aku tengok kat google map yang boleh keluar gambar tu beza sangat apa yang aku nampak depan mata.. Paling ketara bila kaunter check-in nya dah 'HILANG'..


Ikut gambar kat atas ni yang di ambil sekitar Mac 2016, kaunter check-in nya ada kat tepi jalan, bersebelahan rumah penginapannya tapi bila aku pergi kaunternya tu takde.. Yang ada hanya cerucuk konkrit untuk buat bangunan baru kat tapak yang sama gambar atas ni.. Tercari-cari resortnya sampai mak aku dah start buat 'ceramah'.. Adoiiiii.. Yang aku tau, ada 7eleven depan resortnya.. 7eleven jumpa tapi resortnya masih tak dijumpai, bayang papan tanda resort pun tak nampak.. Ahhhh, sudah.. Aku pun telefon abang Isa sebab dia sekeluarga dah check-in dulu, maka dia pun tunjuk dimana resortnya.. Betullah lokasi aku berada.. Aku tak perasan nama resortnya kat bangunan baru dorang.. 


Ada nama resortnya dorang letak kat bangunan tinggi warna kelabu tu.. Ikut gambar atas ni, masih belum ada laaa sebab bangunan belum siap.. Macam manalah aku boleh tak perasan.. Aku pun lupa nak ambil gambar terkini bahagian depan resort ni.. Rupanya kaunter check-in dah berpindah ke belakang.. Main sorok-sorok..

Kalau anda nak cari resort ni, kena ingat ada 7eleven dan bangunan 4tingkat warna kelabu ni.. Kalau tahun-tahun mendatang bertukar keadaan, pandai-pandailah korang cari, huuuuuuu..

Ok, habis cerita kepeningan aku mencari resort ni, nanti lari pulak topik nak review pasal resort ni..

Aku tempah FAMILY ROOM untuk 4orang pada harga RM360 untuk 3hari 2malam.. Bangunan untuk bilik jenis ni hanya setingkat je dan ada 6bilik.. Aku pula dapat bilik tingkat atas, mula-mula risau gak pasal keadaan mak yang tak berapa ok tiap kali kena naik tangga tapi Alhamdulillah, sepanjang kat sana takde pula dia cakap kaki sakit.. Selamat aku, hehehehe.. Bila masuk je bilik ni, wahhhh, besar betul ruangannya.. Kalau bawa toto atau boleh sewa tilam tambahan, boleh muat 2orang lagi ni.. Kira selesalah..

** TELUK MALAI nama untuk bilik aku sekeluarga.. 
nama bilik keluarga abang Isa lupa pulak.. hakhakhak..

** 2katil Queen, berserta pendingin hawa dan kipas siling.. 

**ada kerusi dan meja disediakan.. meja tu payah nak alihkan, berat semacam.. 
tapi kalau bro sado boleh kot angkat mejanya tu..

**TV, meja dandan berserta cermin dinding, cerek mini, gelas dan peti sejuk mini turut disediakan..  ada meja kecil tepi tu, bolehlah letak apa-apa yang patut..
TV tu aku tak tahu channel apa yang ada sebab aku tak buka TV langsung sepanjang kat sini.. hari ini dalam sejarah..

**almari turut disediakan berserta 4helai tuala.. sejadah takde tau..

**suasana hari raya dari luar bilik mandi..
ada tab mandi tau u olllssss tapi aku tak dapat mandi kat tabnya sebab takde penutup lubang.. sedih.. baru cadang nak buat sesi fotografi majalah manggis kat tab ni..

**sinki dan cermin dinding pun ada..

Bilik jenis DELUXE FAMILY pun lebih kurang macam aku ni, cuma bilik jenis Deluxe Family ada karpet meliputi seluruh bilik dan berada di bangunan baru mereka, yang bertingkat tinggi warna kelabu tu.. Ada juga disediakan lif.. Harga mahal sikit dari bilik yang aku tempah ni..

Bagi aku, aku puas hati dengan penginapan kat MALIBEST RESORT ni.. Harganya berpatutan dan tak ikut rate low season atau peak season, suasana bilik pun tenang, takde dengar keriuhan pantai Cenang, kelengkapan dalam bilik pun sempurna.. Cuma yang mungkin sedikit kurengggg di resort ni bila mana hanya ada 1plug di ruang tamu dan 1plug di bilik air disediakan.. Jenuh cari plug nak mengecas phone dan bateri kamera dalam waktu yang sama, jawapan akhir, cabut plug untuk TV, makanya sepanjang kat sana langsung tak buka TV.. hahahaha.. Satu lagi yang mungkin akan jejaskan mood cuti anda bila menginap dikawasan sekitar Pantai Cenang ialah kesukaran mencari parking kereta lagi-lagi peak season masa aku pergi iaitu masa cuti sekolah.. Bukan takat siapa yang duduk kat Malibest Resort ni je tapi resort disepanjang pantai ni melainkan anda menginap di hotel atau homestay di Pantai Cenang ni yang memang ada menyediakan parking lot.. Mujurlah sepanjang menginap kat sini, hanya waktu mula-mula datang tu je susah nak cari parking, waktu lain senang aje dapat parking.. Dorang ni pun, galak buat tempat penginapan tapi kemudahan penting untuk kereta takde, payah oiiii..

Resort ni juga ada menyediakan kolam renang tapi masa aku datang, kolam renangnya ditutup sebab sedang buat proses pembersihan kolam.. Kesian adik-adik aku, tak kesampaian hajat nak mandi kolam kat sini..

Secara kasarnya aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk resort ni..
Suasana sekeliling resort ni memang best.. Bersih dan tenang.. Nak meronda kedai-kedai sepanjang Pantai Cenang ni pun mudah.. Petang-petang boleh bercanda ditepian pantai sambil tengok orang berbikini ramai bermain air.. Kira tak rugilah kalau menginap kat resort ni.. Yang paling best, resort ni ada menyediakan penginapan di atas pokok tapi 2orang aje laaa yang boleh masuk untuk setiap bilik.. Kalau untuk ramai-ramai, memang menempah pokok tumbang laaa tu.. Tak silap, ada 3 atau 4bilik penginapan atas pokok ni..

**nampak tak rumah atas pokok tu?? cool beb..

Kalau anda bercadang ke Pulau Langkawi, mungkin anda boleh senarai pendekkan resort ni untuk pertimbangan anda menginap sepanjang berada di pulau lagenda ini..



MALIBEST MEMANG BEST!!!

Adiosssssss!!! Nantikan entri seterusnya..