Isnin, 27 Oktober 2014

LAMAN SENI 7

Cuti Deepavali yang baru ni, aku, adik aku, Ain bersama awek cun (ke?) tapi kerek, Azwa merancang pergi menggedik kat 'Lorong Belakang'.. Aummmm.. Hahaha, bunyi sangat meragukan tapi 'Lorong Belakang' yang dimaksudkan ialah Laman Seni yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.. Lorong Belakang ni bukan Lorong Belakang yang biasa sebab kat Lorong Belakang ni terdapat banyak lukisan dinding yang cantik, menarik, tertarik memang the boommmm.. Serius, lukisan mereka kemas dan kreatif.. Mungkin idea mengindahkan Lorong Belakang ni tercetus dari hasil seni di Pulau Pinang yang selalu menjadi perhatian pelancong.. Ok laaa, cakap banyak pun tak guna, layan je laaa hasil ketipan gambar dari jurugambar amatur..

** artis hangat sedang ber'posing' bila ada wartawan datang.. untunglah hangat..

** seperti melihat aiskrim sedang dipenyek ke dinding.. nyam nyam..
abaikan model yang ajet sweet macam aiskrim..

** kerusi ni menampung budak 2orang ni sampai bengkok hujungnya.. berat apakah??
isi peha mungkin??

** macam cantik je..
macam comel je..
macam serupa je.. :P

** jejaka ahli masjid.. kepada ibu-ibu yang mahukan menantu ahli masjid, just call me..  :D

** tolong.. tolong.. saya nak kena sedut dengan lohong hitam.. (ntah apa-apa)

** ewahhhh, posingnya.. lentik gitu..

** pray for MH370

** lukisannya cerita pasal perang tapi kenapa modelnya macam tengah meneran najis?? sembelit?? hahahaha

** bila upah Bangla buat signboard..

** ketumbitlah mata ko nanti..

** muka feeling penuh dengan cinta..
baru dapat NUR cintakah?? NUR oh NUR.. ehhhh..

** menunjuk-nunjuk kasut sebenarnya ni.. 
tapi smart design tingkap ni..

** orang utan di bandar..

** asal muka bekas MB Selangor dah berubah dan kurus??
adakah ini calon MB Selangor yang tak jadi tu?? huuuuuuu

** pulang berkebun..

** modelnya sorang over posing, sorang lagi garang semacam..
lukisan tentang bandaraya Shah Alam..

** mentel mental..

** muka macam kena halau dari kampung jeeee tapi hati penuh redha.. hahahaha

** idea dari game legend, Mario bukan Mario Balotelli..

** awak kat mana, awak awak kat mana (di tanya tanya lagi)..
tarian pingu satu!!!

** macam bandar Shah Alam kena serang sotong je.. hehehehe..

** ini fotoshot untuk sinetron terbaru 'Janda Di Naung Payung'..

** yeahhhh, saya berjaya panjat ke langit..

** nak isap mimik.. dappppnyer..

** dari kiri Orang Asli, Melayu, Cina, India & Iban.. #IniCheritaKita

** hantu kotak terbang..

** tangan menghayun ranting, mampu menggegar dunia..

** kanak-kanak purba bermain ting-ting..

** lukisan ada budak kecil berbangsa cina dan seekor kucing.. di tepinya awek Nepal..

** arnab yang comel..

** itu bukan nama instagram model ni.. 
kalau nak tengok instagram dia, pandai-pandailah cari.. dia ni hot u olls.. senang je nak jumpa instagramnya..

** bertemakan RAJA BAS (busking)..

** apakah persamaan antara lukisan badak air itu dengan 2orang awek ini?? ngehngeh..

** aku tak tahu apa benda kat atas tu, mungkin itu pertanyaan dari model..

** katakan tidak pada merokok..
katakan tidak pada paru rosak.. 
(nyanyi ikut lagu afgan)

** bercanda di tepian pantai.. 
awek aku ni muka omputeh tapi suka makan nasi lemak..

** tidak mengerti apakah maksud arca dibelakang tu.. tak sempat nak belek..

** nasib baik bawa payung, kalau tak dah kena jirus air dengan gajah ni..
hogoh Pahang hogoh (tetiba)..

** bagaikan di alam fantasi tapi modelnya mengundang mimpi ngeri..

** papa rock, Ramli Sirap Sarip

** makcik, nak ais batu kepal rim beskal satu!!!

** samseng di Lorong Belakang.. siapa paling samseng??

** burung hantu bersama hantu bertopengkan manusia yang tampan..

** lagenda seni negara.. #AlFatihah buat mereka bertiga..

** tutup hidung, siapa yang kentot bau pekung ni..

** cermin sanggup pecah dari pantulkan jasad mereka ni.. kahkahkah


** ambil gambar pasport..

Selesai bergambar, dengan segala penat dan tenaga habis kat sini, kami pergi di satu lagi Laman Seni yang terletak di Seksyen 2 sambil tu nak makan tengah hari sekali tapi kat sini tak ramai orang dan tak banyak hasil lukisannya.. Kami hanya sempat mengetip gambar beberapa keping saja sebab hujan dan turun.. :(

** akak panggil anak ikan kaaaa??

** muka macam takde feeling kena marah.. tak menjiwai watak betul..

** lukisan bas mini, bas legend Shah Alam, bas yang aku naik tiap kali pergi ke sekolah waktu STPM.. rindu moment tu..

** mak cik, nak slurpee satu!!

Begitulah penceritaan tentang hasil seni anak Malaysia yang diterjemahkan secara molek di dinding lorong belakang kedai dan mengubah sedikit sebanyak landskap lorong belakang yang selama ini di pandang penuh kekotoran..

HASIL SENI LORONG BELAKANG,
HASIL IDEA LIMA BINTANG!!!

#LamanSeni #Seksyen7 #Seksyen2 #ShahAlam #LorongBelakang