Isnin, 30 Mac 2015

LIVERPOOL ALL-STARS CHARITY MATCH, #THANKSSTEVIE!!!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera sahabat-sahabat Merah sekalian.. 
Dah bersawang blog aku ni, dah lama tak menaip, terasa bangang nak buat mukadimah cerita.. Kita terus kepada apa yang nak dicerita jelaaa ye..

29 Mac 2015, seperti yang sahabat sekalian sedia maklum telah berlangsung perlawanan istimewa iaitu LIVERPOOL ALL-STARS CHARITY MATCH yang bertujuan mengutip dana untuk sumbangan amal kepada pertubuhan di sekitar bandaraya Liverpool, disamping ianya menjadi perlawanan 'perpisahan' untuk kapten fantastic, Steven Gerrard.. Perlawanan ni antara GERRARD IV lawan CARRAGHER IV.. Apa yang menjadi perlawanan ni lebih istimewa dan dinanti-nantikan peminat ialah kehadiran bekas pemain Liverpool yang pernah beraja dihati peminat (tarik tisu sehelai)..



** pemain-pemain Charity Match..

Pepe Reina, Xabi Alonso,Luis Garcia, Alvaro Albeloa serta duo paling sengattttt dalam Liverpool, Fernando Torres dan Luis Suarez, gandingan yang hanya mampu bersua muka di Melwood untuk tempoh 3hari dan tak sempat beraksi bersama di padang.. Inilah masanya untuk melihat mereka beraksi bersama.. Cuma sedikit ralat tak dapat tengok Dirk Kuyt beraksi atas faktor kecederaan..

Perlawanan berlangsung dalam keadaan penuh harmoni dan santai.. Skuad pilihan Carra mendahului melalui jaringan Mario Balotelli (gol padu, kalaulah waktu game BPL selalu buat gol begitu, enak rasanya) dan terus mendahului 2-0 melalui skill acah-acah dari Drogba.. Aku awal-awal syak skuad Gerrard yang leading dan boleh menang besar berdasarkan line up tapi macam meleset je.. Sebelum tamat separuh masa, skuad Gerrard dianugerahkan sepakan penalti selepas Carragher (macam biasalahkan) mengasari Sinclair.. Pakar sepakan penalti, Steven Gerrard berjaya membolosi gawang Reina untuk kedudukan 2-1.. Separuh masa kedua, saat dinanti tiba, gandingan Torres dan Suarez masuk ke padang disambut dengan sorakkan penonton (tiba-tiba rasa sebak, kalaulah, kalaulah, kalaulah, emmmmm).. Skuad Gerrard sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti selepas Suarez dikasari Carragher (again.. kahkahkahkah) selepas mata sedap tengok gerakan 1-2 Suarez dengan Gerrard.. Dah nak gol dah, Carra dengki.. hahahaha.. Gerrard berjaya menyamakan kedudukan 2-2, walaupun sebelum itu Gerrard offer Suarez untuk ambilsepakan penalti sebab nak Suarez tinggalkan Anfield dengan sesuatu.. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 walaupun Suarez atau Torres tak buat gol tapi gandingan mereka buat aku tersenyum dah terus dilamun angan-angan (bagaikan kisah pelamin anganku musnah)..


** Suarez, Torres panaskan badan sambil bergelak tawa..
** Balotelli meraikan golnya..

** Suarez, Torres masuk ke padang pada separuh masa kedua..

** Suarez, Torres meraikan gol kedua Gerrard..


** foto sepanjang perlawanan..

Habis perlawanan, mata pun mula gatal-gatal (cover wei, cover).. 
Melihat perlawanan yang disaksikan, kita boleh lihat kemesraan dorang, betapa rapatnya hubungan sesama mereka.. Bukti pasukan Liverpool ni bukan saja sebuah pasukan bola sepak tapi keluarga.. Gerrard sempat gurau main tolak-tolak dengan Reina masa nak ambil penalti pertama, bila ada yang kena tackle masih terukir senyuman, cuma satu benda, aku rasa kalaulah Suarez dengan Carragher dulu bukan satu pasukan, mahunya Suarez gigit si Carragher ni.. Geram weiiiii.. 




** selepas tamat permainan dan sesi lap of honour.. 
lambaian perpisahan dan tepukan terakhir di Anfield,,

Moment yang paling buat hati ni terkoyak rabak, yang aku pasti sahabat-sahabat sekalian boleh nampak ialah kasih sayang (macam geli pulak ayat ni) antara Gerrard, Torres dan Suarez, aku dapat rasakan hubungan dorang sangat rapat, kira lain akrabnya Gerrard dengan Xabi Alonso.. Tengoklah saja waktu Gerrard jaringkan gol kedua, yang datang rai Torres dan Suarez sambil berpelukan, dah habis game pun begitu rupanya, itu belum lagi bila buka IG masing-masing (tarik tisu kali kedua) dan statement yang buat aku nak tarik tisu sekotak ialah bila Steven Gerrard cakap “The only regret I have is that I didn't play with Suárez and Torres together.”



** saat-saat sendu.. bromance..

** legends dimana saja.. sobssss..

Suarez pula, dia masih sayangkan Liverpool.. Jelas, sangat jelas.. "You never know [what will happen] in football, but if in the future I play in England again, I play with the Liverpool shirt on and not another shirt," .. Itu yang dia cakapkan.. Kalau tak kerana kekurang ajaran media British, aku yakin dia masih akan bersama kita.. Dan lebih jelas lagi, dia sayangkan Gerrard, yelaaa, takkan dia sanggup lepaskan tugasan antarabangsa bersama Uruguay semata-mata nak turut serta perlawanan amal ni..
Torres, walaupun dia seakan cuak fikirkan macam mana sambutan peminat bila bermain kat sana semula, ternyata peminat sudah mula memaafkan keceluparan dia selepas berpindah ke Chelsea.. Bukan setakat menerima tepukan gemuruh tapi 'dianugerahkan' lagu yang dulu berkumandang khas untuk dia.. We bought the lad from sunny Spain, He gets the ball he scores again, Fer-nan-do Torres, Liverpool's number nine.. Itu jugalah yang buat dia touching.. Barang yang lepas usah dikenang, Torres tak sekentut Owen sebab Owen rela masuk MU.. Masuk Chelsea, no big matter for me, acehhh, cakap omputeh..Tapi dalam emosi-emosi sendu, part yang buat aku tersengih bila Xabi Alonso tak habis-habis nganjing Carragher, "Nothing changes. Gerrard scoring. Carragher giving away penalties. Life goes on."


** Suarez mengutip scarf Liverpool yang berada di tengah padang..

Berakhirnya perlawanan malam tadi, maka tertunailah segala impian tak kesampaian dan mengenang segala memori indah yang pernah tercipta di bumi Anfield.. Membawa kembali kenangan bekas-bekas pemain Liverpool ketika bermain bersama Gerrard.. Keadaan sudah berbeza tapi hubungan yang pernah terjalin tak mungkin hapus begitu saja.. 
Bermulalah detik ni, perhitungan waktu untuk merelakan kepergian Steven Gerarrd pula.. Hanya tinggal 6perlawanan BPL sambil mengharap Liverpool terus melangkah hingga perlawanan akhir dalam saingan Piala FA dan Wembley menjadi saksi perpisahan paling indah yang penuh emosi untuk melihat aksi-aksi akhir Steven Gerrard dalam jersi Liverpool.. Segalanya kurang dari 2bulan.. 
Aku meminati Liverpool kerana Steven Gerrard, dari situ Liverpool tak pernah aku curangi sepertimana setianya Gerrard pada Liverpool.. Sejak 2003 bunga-bunga cinta berputik, walaupun dia akan pergi meninggalkan Liverpool, tak mungkin aku juga akan tinggalkan Liverpool.. Persetankan 2season ni yang mencalar reputasi Gerrard, menjadi bahan tawa lawan, tergelincir ketika bertemu Chelsea dan kad merah 38saat, tak mungkin akan memadam segala jasa dia pada Liverpool.. Piala Liga Juara-Juara, Piala Eropah, Piala FA, Piala Carling, tangan kapten ini sudah menjulangnya, cuma Piala Liga Inggeris belum ke dakapan.. Aku bukan memuja apatah lagi mengagungkan dia melebihi dari yang Esa cuma sekadar luahan perasaan meminati seseorang yang Tuhan kurniakan bakat dan sifat setia yang tidak boleh dibeli dengan wang pound sterling..

Selamat tinggal KAPTEN FANTASTIC!!

p/s : nasib baik game amal ni tak buat lepas season ni habis, kalau tak, mahu banjir laptop ni..
kat bawah ni aku belanja status IG & Twitter pemain yang terlibat dengan perlawanan ni (terlebih rajin), beberapa gambar selepas perlawanan dan full video game semalam.. Semuanya dah selamat masuk dalam pendrive aku :D

CEBISAN STATUS DARI INSTAGRAM & TWITTER :
 #STEVEN GERRARD

#JAMIE CARRAGHER

#LUIS SUAREZ

#FERNANDO TORRES


#XABI ALONSO

#LUIS GARCIA

#ALVARO ALBELOA

#RYAN BABEL

#PEPE REINA #DIRK KUYT

#JOHN ARNE RIISE #HARRY KEWELL

#LUCAS LEIVA #MARIO BALOTELLI

#DIDIER DROGBA

FOTO POST PARTY SELEPAS PERLAWANAN :