Jumaat, 29 Jun 2012

AYUH, KEMBALI KE SEKOLAH... AYUH!!!

Pejam celik, pejam celik rupanya dah 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan.. Rasa macam sekejap je dah berlalu.. Kadang-kadang rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan, kadang-kadang rasa tak mahu dah nak ke sekolah.. Cuma kenangan zaman sekolah memang susah nak buang walaupun ianya pahit untuk dikenang.. 

TADIKA KEMAS 1994 : cuba cari dimana aku berada.. kalau jumpa,sila bulatkan.. hehehe

Alkisah zaman tadika ni, yang aku ingat, benda paling tak best ialah pada waktu pagi.. Setiap hari kena makan vitamin yang cikgu bagi.. Dahlah masa tu tak reti makan pil, rasanya pahit plak tu.. Apa lagi, aku pun dapat idea bernas.. Pura-pura telan bila cikgu pandang, bila cikgu bagi pil vitamin tu kat kawan lain, aku keluarkan pilnya.. Simpan dalam kotak pensil aku.. Kadang-kadang, aku campak je kat lantai.. hahaha..
  Yang best waktu tadika, aku dapat banyak hadiah waktu sukaneka.. tapi sayang, hadiahnya tak boleh nak buat kenangan sebab dapat TUPPERWARE!!!

SK SEKYEN 24 - DARJAH 3 /1997 : cantik tak cikgu aku ni.. macam Siti Nurhaliza je.. heeee

Waktu sekolah rendah plak, tak banyak moment yang diingat.. Cuma yang aku tahu, aku budak skema & ciwek.. hahaha, mengaku plak tu.. Waktu untuk belajar apa itu membaca, mengira dan mengaji serta mengenal orang-orang disekeliling.. Bila tengok sekolah rendah ni sekarang, cemburu jugaklah.. 100% berubah..

SMK SEKSYEN 24 - FORM 1 / 2001

SMK SEKSYEN 24 - FORM 3 / 2003

SMK SEKSYEN 24 - FORM 5 / 2005 : jadi ketua kelas.. macam tak layak je.. huuu

Zaman persekolahan dah mula berubah, masuk sekolah REMAJA.. Masa mula-mula masuk form 1 tu, agak takut ar.. Nak bercampur dengan senior yang dengar-dengar 'Kaki Buli'.. Tapi semua sangkaan tu tipu jer.. Belajar okay je, kawan-kawan pun best..

Waktu form 3 ialah zaman yang memang betul-betul best.. Padahal waktu tu nak PMR tapi tak rasa macam ada exam besar.. Belajar memang relaks waktu tu.. Siap boleh melepak setiap petang, setiap hari.. Tahun yang sama jugak SMK SEKSYEN 24 (2) baru dibuka, waktu tu macam-macam kisah misteri dengar.. Pernahlah sekali, pergi dengan member nak ceroboh sekolah tu, siap bawa buku hafazan sebab dalam tu ada hafazan Ayat Kursi, nak dijadikan pedinding.. Poyo je nak jadi penyiasat hantu, tapi kecut.. Terlalu banyak cerita waktu form 3 ni.. Ditambah aktiviti luar rumah, suka merayap dan melepak dekat rumah member baik aku, Abi Dzar.. Merewang dengan basikal cabuk.. Emmm,kalau nak cerita semua yang terjadi masa form 3, memang tak habis.. Tahun yang paling best.. Keputusan PMR pun takdelah mengecewakan sangat..

Waktu terus berlalu, masuk plak zaman genting.. TAHUN PRA SPM.. Aku ni macam takde perasaan nak bersedia tahun tu.. Masih main-main.. Ditambah plak member baik aku, Samsul, Abi Dzar, Syukri, Zhafri, semua nak pindah pergi Politeknik, MRSM.. Tinggallah aku yang ngek ni terkapai-kapai sendirian.. Mati kutu gak masa tu, tapi cubalah juga biasakan diri dengan suasana baru.. Waktu form 4 ni, aku rajin gak lah join group Choral Speaking.. Itupun kena paksa dengan cikgu.. hahaha, tapi apa salahnya try masuk.. Sambil tu, boleh ponteng kelas.. hahaha

Saki Baki Gambar Waktu Choral Speaking Dekat WISMA MBSA...

SPM DATANG!!! Argghhh, tahun yang dinanti akhirnya tiba.. Aku seperti biasa berlagak macam pandai, study last minute, cincai-cincai.. Kadang-kadang, masih ada rasa macam tak secocok nak bergaul dengan budak-budak pandai.. Yela,masuk kelas sains tulen.. Aku pun bukan pandai sangat.. Tak banyak yang aku lalui tahun ni yang menggembirakan aku selain menjadi ketua kelas.. Itupun sebab budak lelaki lain malas nak jadi ketua kelas.. SPM aku akhiri dengan keputusan kredit untuk subjek teras dan lingkop untuk subjek elektif.. SAYA TAK SUKA ADD MATH!!! Heeeee...

Projek Pembedahan Katak @ Kelas Biologi...!! Seksi banget body katak tu..
Gaya macam dah habis SPM tapi sebenarnya dah nak hujung tahun..
Next Top Model..
 Menyalahgunakan makmal Fizik.. Semua ni kerja aku.. Salahguna kuasa sebagai ketua kelas ar.. hahaha
  Saat-saat sebelum SPM...

Zaman persekolahan terakhir bagi aku ialah form 6.. Gaya orang tak berapa nak pandai, masuklah form 6.. Cuba nasib, mana tau ada rezeki, dapatlah sambung belajar ke Universiti walaupun aku sedar ia amat nipis sebab STPM peperiksaan ke2 tersusah DI DUNIA!!!
SMK SEKSYEN 16 - FORM 6 / 2007

Aku terpaksa berpindah sekolah sebab sekolah lama takde kelas untuk form 6.. Argghhh, waktu tu macam panda masuk gurun je, tak tau nak buat apa.. Sorang pun aku tak kenal!!! Dengan suasana sekolahnya yang macam tutttttt, cubalah sesuaikan diri demi mencari ilmu.. Mula-mula tu memang macam orang gila ar, duduk sorang-sorang, lambat betul nak buat connection dengan budak sekelas.. Lepas sebulan, barulah aku bergerak setapak, belajar menggedik dengan kawan-kawan.. Lama-lama, semuanya berjalan dengan baik.. STPM ni, aku ambil aliran sastera, tak mahu jadi sewel untuk ambil sains.. Subjek Sejarahlah paling seksa untuk dihadapi.. Otak tepu nak menghafalnya!! Bila mengenang balik saat form 6 ni, ia lebih sedih untuk dikenang.. Sudahlah susah payah pergi dan balik mengejar Bas Mini & Rapid KL, keputusan STPM plak tak memberangsangkan.. :( 

Cebisan Kenangan ...

Rasanya, panjang sangat kisah alam persekolahan yang aku ceritakan..
Kawan-kawan, semoga kenangan zaman sekolah ni akan berulang kembali bila saat dan masanya kita dapat berkumpul balik.. Mungkin tidak sekarang.. Tapi selagi kita semua masih dipanjangkan umur, harap kita akan berkumpul kembali..