Isnin, 24 September 2012

PERCUTIAN HARI MALAYSIA

Tanggal 16 September 2012 yang lepas, sempena cuti Hari Malaysia, aku & keluarga merancang nak makan angin ke Melaka dan rasanya tahun ni pun belum bercuti kemana-mana.. Yang penting, inilah percutian kami yang pertama kali ke sana.. hahaha, orang luar dah banyak kali melawat Melaka tapi aku baru nak datang.. Kami ke sana main terjah je, takde buat tempahan awal untuk penginapan pun..

Jam 9.15pagi, kami bertolak ke Melaka dalam keadaan hujan yang agak lebat di Shah Alam.. Aku harap biarlah hujan kat sini jangan hujan kat Melaka dan Alhamdullilah, start dari lebuhraya PLUS di Nilai, keadaan tak hujan.. Keadaan trafik pun lancar.. Sampai Melaka sekitar jam 11.15pagi..

Bila masuk je susur ke Ayer Keroh tu, aku rasa mood bercuti dah datang, rasa sangat teruja walaupun HANYA MELAKA je.. (ada gua peduli??) .. hehehe

Apa yang aku boleh katakan sepanjang perjalanan menuju ke Banda Hilir, aku susah nak nampak sampah berterabur di sepanjang jalan2 utamanya (harap kat simpang2 dan kawasan perumahan pun begitu) dan senang nak cari tempat yang dituju sebab banyak papan tanda disediakan.. TAPI yang kurang best tu sebab banyak sangat lampu isyarat.. Banyak kali jugak berhenti.. tapi itu bukan isu besar pun!!


# dah nampak dah dia menyeru2 kehadiran kita.. heee

Keadaan Banda Hilir tu agak sempit ditambah dengan trafik yang banyak tapi tidak menghalang aku dengan keluarga untuk ke sana.. Parking lot memang minimum sekitar kawasan bersejarah Banda Hilir tu dan Alhamdullilah, memang Allah nak bagi peluang kami untuk ronda2 Banda Hilir, tak sampai 2minit cari parking, ada kereta nak keluar.. 

 
# keadaan sekitar Banda Hilir









# gambar masa pusing2 dengan beca .. best tapi mcm kesian dgn pakcik beca tu.. (nasib baik aku kurus)

Lepas selesai meronda Banda Hilir, kami pun carilah makan tengah hari.. Lapar mehhh.. Apa lagi yang di cari bila dah sampai Melaka, mestilah masak ASAM PEDAS!!! Pakcik beca tadi suggest makan kat kedai depan Menara Taming Sari.. Katanya sedap.. Bila pergi, banyak jugak kedainya, jadi kami pun masuk jela mana2 kedai.. Alhamdullilah, masakannya memang sedap tapi aku lupa plak apa nama kedainya tu..

Selesai makan, kami pun menjelajah mencari penginapan.. Macam entri sebelum ini, aku ada cakap yang kami tak nak menginap kat kawasan Banda Hilir, nak ambil mood tepi pantai katanya.. Dan akhirnya, jumpalah penginapan di Tanjung Bidara.. Sepanjang perjalanan ke sana, aku rasa seronok dan tenang je tengok suasana kampung.. Kalau time raya mesti meriah ni.. :) Dan paling best, banyak rumah tanam pokok PETAI dan PETAInya tengah berbuah!! LIKE!! Aku nie gila petai~~ hihihihi


 
# gambaran sekitar pantai di Tanjung Bidara Beach Resort

Lepas check in dalam pukul 4.30petang, kami semua terbongkang kejap atas katil sebelum solat dan makan makanan yang di bekal dari rumah.. Selesai semua tu, aku dgn adik pergi meronda2 kawasan pantai, ambil angin petang.. Ingatkan dapat tengok sunset tapi takde rezeki sebab suasana mendung masa tu :(

Malam tu, kami makan kat luar.. Ingatkan nak makan kat Pengkalan Balak tapi takut plak sebab dah malam dan tak biasa dengan kawasan kat situ.. Tak tahu ada kawasan perkampungan atau kawasan sunyi je sepanjang ke Pengkalan Balak.. Tak dapat nak makan tepi pantai.. Kecewa lagi :( tapi takpe ar, janji perutku perlu di isi.. Lepas makan malam tu, aku meronda pantai sorang2, tengok orang pancing ikan..

Esoknya, sarapan dulu sebelum nak buat apa2..

# memanfaatkan voucher sarapan pagi yang diberikan.. makanan not bad!!

Selesai sarapan, aku pun apa lagi, terjun pantailah.. Keadaan pantainya agak dalam, tanahnya agak mencuram, tak melandai.. Aku hampir2 je LEMAS!!!
Selesai berendam kat pantai, berhajat nak mandi kat pool, tapi im like a fool person!!! Pool penuh dengan group famili day!!! Aku malu ar nak berendam sekali, jadi terpaksalah membantutkan hasrat tu.. Jadi aku membilaskan badan dari air laut dengan shower kat bilik je..

Dan tiba masanya untuk pulang.. Check out, macam biasa pukul 12tengahhari..

Perjalanan pulang, kami melalui jalan kampung menuju ke Port Dickson dan dari Port Dickson barulah masuk lebuhraya dan makan di RnR Seremban..

Macam panjang je entri aku kali ni.. Mungkin anda yang membaca akan cakap ''BERCUTI KAT MELAKA JE KOT, XPAYAH AR CERITA PANJANG SANGAT.. BUKAN KE LONDON, PARIS, TOKYO ATAU MANA2 NEGARA KAT DUNIA NI PUN''

Aku agak excited sikit nak cerita pasal Melaka ni, bukan apa, 1st time katakan.. mestilah banyak nak di kongsi.. Apa yang pasti, apa yang aku nak cakap, walau ke mana saja perjalanan kita untuk bercuti, yang penting matlamat untuk menenangkan diri dan mengeratkan hubungan sesama keluarga/kawan itu tercapai.. Dan aku telah pun mencapainya.. Selain melihat tempat orang dan menikmati bumi Allah yang indah ini..

Lepas ni kalau ada rezeki ke Melaka lagi, plan nak menginap kat Banda Hilir.. Nak feel malam2 kat sana.. Rasakan kemeriahan & keindahan malam Banda Hilir.. Dan nak naik River Cruise di malam hari & try Menara Taming Sari..

Okaylah, entri kali ini tamat di sini.. :) WASSALAM




Selasa, 18 September 2012

SEMALAMAN DI TANJUNG BIDARA BEACH RESORT

Kabare semua pembaca blog ni?? Semoga semuanya sihatlah ye..
Entri kali ni nak cerita sikit pasal percutian aku sekeluarga ke negeri bersejarah, MELAKA..
Sebelum cerita pasal ronda-ronda di Melaka, aku bg review sikit tentang tempat penginapan kami sekeluarga..

Sebenarnya, kami sekeluarga pergi ke Melaka main redah je, takde buat tempahan awal kat mana-mana resort pun.. Kalau ada, Alhamdullilah.. Kalau takde, balik semula ke Shah Alam..

Aku sekeluarga menjelajahlah sepanjang pantai kat Melaka dari Pantai Klebang ke Pantai Tanjung Bidara.. Mak dengan adik aku tak nak menginap kat Banda Hilir, nak menginap kat pantai katanya.. Jadi, tawakal jela.. Akhirnya, jumpa juga penginapan kat Pantai Tanjung Bidara..

TANJUNG BIDARA BEACH RESORT nama diberi..


# 1 bilik ada 2 katil single.. boleh bawak toto sendiri sbb ruangnya luas..

# pandangan dari sudut bilik

# TV disediakan.. Ada astro, siaran TV1, TV2, TV3, ESPN, AEC, HBO, DISNEY CHANNEL



# pemandangan sekitar.. :)

# kolam renang.. nice.. (kiri) // sudut bawah kolam renang (kanan)

# surat cinta dari resort.. hahaha.. 

# pemandangan pantai.. bersih tapi agak dalam.. yang penting, ketenangan..

# kalau nak buat tempahan, silalah cari dalam poket abg google.. pasti puas hati.. huuu, promote plak..

Resort ni memang best dan puas hati untuk percutian..
Ada kemudahan SURAU, CAFE & TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK..
Tuala dengan Sejadah dah disiapkan dalam almari.. Peti Ais kecil juga disediakan..

Aku sekeluarga sewa bilik je, chalet semua dah penuh.. Tempat nie senang je nak cari sebab papan tanda arah banyak.. Dekat dengan KEM TERENDAK.. Kawasan agak sunyi tapi tak menakutkan..
Nak cari kedai makan kat luar pun senang, cari kat kawasan menuju ke Pengkalan Balak..

Okaylah, itu je nak cerita pasal resort nie.. pasni nak cerita pasal perjalanan ke Melaka..
(Mungkin ramai yang dah pergi Melaka, tapi takpe kan kalau aku nak cerita sebab ini pertama kali pergi sini... hihihih)

SEKIAN~~~