Isnin, 11 Mac 2013

KISAH GERGASI DAN HARIMAU

BILA BUKU BERTEMU DENGAN RUASNYA~~

Itulah perumpamaan yang boleh aku bagi bila melihat pada pertembungan Liga Super SELANGOR vs JDT sabtu lepas..



TERUJA.. MENGUJA.. DIUJA.. (suka hati je bahasa aku ni)
Bila tengok jadual game kat web SelangorFA, sajalah aku test market tanya adik-adik aku ni nak pergi tengok game ni ke tidak.. Rupanya, dorang dah plan memang nak pergi dan aku pun mulalah mencocok dorang dan tergedik ayam nak ikut sekali.. Yelaaa, rasanya dah lama tak masuk Stadium Shah Alam tu walaupun stadium tu takdelah jauh sangat dari rumah aku.. Masa dulu pernah pergi stadium tu waktu mula-mula stadium tu dirasmikan dengan tengok pembukaan SUKMA 1998.. Ingat lagi dapat tengok Siti Nurhaliza depan mata tapi time tu masih budak-budak, jadi hormon gatal belum ada.. hahahaha.. Memang nak sangat pergi tengok bola LIVE depan mata tapi apa nak buat, member rapat aku tak minat bola, member yang aku tak berapa nak klik plak minat bola.. Ayah aku tak minat nak ke stadium, kalau pergi sorang pun bosan, jadi pendam jela hasrat hati tu..  wahahaha..

Lupakan kisah dongeng aku tu..

Malam tu mmg tak sabar nak tengok game sebab masing-masing nak rebut posisi no1, sebelum perlawanan malam tu JDT no.1, Selangor no.3.. Tiket perlawanan ketua ulat, Encik.Afiq dah uruskan.. Katanya 8orang pergi.. Okay, lagi ramai lagi meriah.. Sebelum masuk stadium, pergilah membeli-belah kat pusat membeli belah bumbung biru.. Carilah apa yang rasa berkenan di hati.. Aku beli scarf (kau ingat tengok bola kat luar negara, scarf tu nak buat lilit leher?).. Ternyata, memang panas lilit benda tu kat leher.. Tapi sebenarnya benda tu banyak fungsi dengan boleh dijadikan kipas dan mengelap peluh sewaktu perlawanan (memang bau laa scarf tu..huuuu)..

MASA UNTUK MASUK STADIUM!!
Kami pun cari port yang kononnya best dan akhirnya jumpa.. Iaitu dihujung sekali, dengan sempadan dengan penyokong JDT yang dikawal oleh polis.. Terbantot hasrat aku nak tayang muka aku kat TV.. Mak maafkan saya, saya tak dapat nak tunaikan hasrat mak untuk tengok orang masuk TV (drama je lebih).. Aku cuak juga, kalaulah ada penyokong JDT yang buat perangai nakal, habis buta mata aku kena mercun..
Disebabkan entri ni nak cerita pasal menonton perlawanan bola sepak, jadi, tak perlu aku taip panjang-panjang.. Takkan nak buat ulasan apa yang terjadi 90minit tu.. Kang jadi Pak Hasbul pulak aku..
Maka dengan itu, lihat jela gambar yang 'menarik' sempat diketip-ketip.. Menarik sangat~~~

* inilah ulat tiket yang kami upah.. muahahaha

*aksi bersemangat orang yang saling sayang-menyayang.. eh,lain macam ayat..

*terjumpa member lama.. Ziela si kaki stadium :)

*aksi Bintang Hero Remaja 2013.. Undian ditangan anda.. 
(Gambar kanan tu, macam tangga plak.. wink wink..)

*membeli belah sebelum game start..
*yang sorang tu ada rupa lalang ditiup angin.. nak beli JDT la tu, cover..

*inilah muka pelaris tiket perlawanan.. buat muka prihatin..  (tak batak tiket FREE..boooo)

*Pray 4 Sabah ..



*aksi remaja girang selepas Selangor berjaya menjaringkan gol.. FANTASTIC 4

*biarlah scoreboard yang berbicara.. :)

Memang puas hati tengok game malam ni.. Selangor menang besar walaupun bermain 10orang dan lebih menarik, mampu tambah 2biji gol dalam keadaan 10orang pemain.. 4biji gol yang masuk, 4kali jugaklah aku berperangai 'beruk' kena belacan.. 
S.Kunalan, Forkey Doe, Mahali Jasuli & Amri Yahya berjaya menjaringkan gol untuk Selangor.. Oiii,Amri Yahya tu sepupu aku wei.. Orang Parit Serong!!! Hahaha, memang mental laaa tengok budak-budak ni bila nampak Amri Yahyah.. Mentang-mentanglah duduk sekampung.. Azwa laaa kena bahan sebab Amri Yahyah tu jirannya kat kampung.. Asal nampak Amri je, dorang jerit ''Oiiii, itu orang Parit Serong tu, jiran aku'' .. 

InShaaAllah, lain kali kalau ada masa lagi, boleh tengok game kat stadium.. Apa yang pasti, aku boleh rasakan mood semangat tengok bola Live, memang extrajoss laaa.. Ambil mood semangat kat Shah Alam puas-puas, tak lama lagi nak ambil mood kat Anfield plak (mudah-mudahan jadi kenyataan)..

Habis game, semuanya senyum je keluar, buat-buat bising..  TAKDE GADUH-GADUH walaupun ada provoke manja-manja.. Sempat juga tengok UltraSel dengan Ultras JDT kat luar, nyanyi-nyanyi.. Ingat nak ambil gambar tapi dah ramai orang..

Akhir kata, walaupun kita sokong pasukan berbeza untuk liga luar negara tapi bila masuk bab menyokong team liga sendiri, kita masih mampu bersama.. 
Sukan mampu menyatukan rakyat..
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.. WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA~~


#VivaSelangor #YNWA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan