Selasa, 2 April 2013

MARATHON CUTI-CUTI MALAYSIA ( PART 1 )

TELUK BATIK & PULAU PANGKOR

23hb Mac yang lepas aku dan famili pergi bercuti ke Teluk Batik & Pulau Pangkor.. Ini pun dikira plan mengejut sebab mak aku tiba-tiba ajak ke sana dalam minggu yang sama dengan hari nak pergi bercuti.. Kira plan main redah jelaa, kalau ada penginapan kosong, Alhamdullilah tapi kalau takde kosong, pasrah jelaaa kena balik semula ke Shah Alam.. (bunyi macam kerja gila jeee)

Pukul 9pagi semua dah bersiap sedia untuk bergerak ke sana..
HOLIDAY TIME!!!
Dah lama rasanya tak pergi bercuti sejak ke Melaka bulan September hari tu..
Perjalanan Alhamdullilah, berjalan sangat lancar melalui jalan kampung dari Kuala Selangor terus ke Teluk Batik.. Sepanjang perjalanan dihiasi dengan permandangan indah sawah padi yang menghijau sekitar kawasan Sg.Burung sampailah ke Sekinchan.. Tak kurang juga kiri kanan meriah dengan bendera parti politik, yelaaa, dah nak dekat PRU13..

Dalam pukul 1tengah hari, syukur kami selamat sampai ke destinasi.. Kami pun singgah di Marina Cove Resort, Teluk Batik.. Cuba rezeki ada tak kekosongan dan syukur ada!! Kalau takde, mahunya HAMPA MENONGGENG~~

*MARINA COVE RESORT - Jalan masuk ke tempat penginapan

*Resit & kupon breakfast
*Permandangan dari beranda hotel.. Seberang tu MARINA ISLAND

Dah selesai membayar dan check in, cari bilik, rehat kejap lepas tu punggah barang bawa naik bilik..
PUAS HATI tapi agak gayat nak usha beranda sebab duduk tingkat 8.. Rasa nak terkencing-kencing je tengok bawah.. huuuu..
Berehat-rehat, lepas tu solat.. Selesai semuanya, pergi cari makan tengah hari.. LAPAQ!!
Nasib baiklah tempat penginapan tak jauh dari kawasan perumahan, jadi adalah orang berniaga kat situ..
Makan kat RESTORAN SILATURAHIM~
Tengah hari tu makan ikan keli goreng, pucuk manis masak lemak dengan sambal belacan.. Masakannya macam tak berapa nak mantop tapi tak baik merungut sangat dengan rezeki yang ada.. Maka telan jela..
Dah habis makan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Batik..


*Keindahan Teluk Batik

Rasanya dah lama tak pergi Teluk Batik sejak kakak sepupu aku kahwin dengan orang Perak.. Tengoklah pantainya, BIRU.. BERSIH.. Dah macam pergi pulau-pulau belah Terengganu pulak..
Serius, memang tenang tengok walaupun dalam keadaan panas tapi angin pantai bertiup tak terasa sangat bahang panas petang tu.. Rasa menyesal plak tak bawa sekali baju mandi ke sini sebab biasanya aku memang akan mandi kalau dah sampai tempat-tempat macam ni.. Aku ni memang gila air laut dengan air terjun.. Rasa macam rugi sangat-sangat plak, yelaaaa, tak tahu bila lagi sampai sini.. Takpela, tengok jela air laut yang biru tu sambil tengok gelagat budak-budak mandi..



*Bergambar kenangan.. Itu suatu kewajipan :)

Walaupun tak puas ambil angin kat situ, terpaksalah juga balik ke penginapan.. Berehat kat sana plak..
Sambil berehat, tengoklah budak-budak mandi dengan gembiranya kat kolam renang.. Hajat hati nak turun berendam tapi apakan daya, ramai budak-budak, malu plak nak join..
Dah nak senja tu, aku try laa keluar nak tengok sunset tapi tak dapat sebab terhalang bangunan :(

Malam tu, tiada apa-apa aktiviti yang dibuat.. Sekadar cari makan malam kat luar dan kembali ke tempat penginapan.. Malam tu tidur pukul 12tengah malam lepas habis beronline buka facebook..

Hari seterusnya, lepas subuh terus mandi dan pergi ke cafeteria resort tu untuk sarapan.. Dapat free 3kupon je, maknanya salah seorang kena bayar.. Perghhh, mahal siot, RM15 untuk satu kepala.. Kepala otak kau!! Okay, takpe.. Aku cuba berfikiran positif, makanan kat sini mesti sedap, tu yang mahal.. Bila ambil nasi lemak dan makan, rasanya SANGAT TAK BERBALOI.. RM15 tu dah boleh lepas sarapan untuk aku 1famili makan kat luar..

*Waktu bersarapan.. Nampak sedap tapi emmmmm

Selesai sarapan yang tak memenuhi tuntutan perut aku, kami semua berkemas dan check out awal sebab nak bergerak ke Pulau Pangkor.. 
Sekitar 9.30pagi, kami pun bergerak ke Jeti Lumut.. Sebenarnya ada 1 lagi jeti yang dekat dengan Teluk Batik ni iaitu JETI MARINA ISLAND tapi tak biasa keadaan kat situ maka pergilah juga Jeti Lumut..
Dah sampai jeti, aku terus beli tiket feri.. Keadaan masa tu SANGAT LENGANG berbanding waktu aku pergi dulu.. Ingat nak tempah kereta sewa sekali, bolehlah ronda-ronda pulau sendiri tapi kereta dah habis disewa.. Terpaksalah naik teksi van juga..

*Welcome to Pulau Pangkor

Sekitar pukul 11pagi, kami selamat sampai ke PULAU PANGKOR~~
Keadaan ada sedikit berubah berbanding dulu tapi yang tak berubah keadaan jalan raya agak 'kecoh'.. Tapi takpelah, janji segalanya selamat..

*Jeti Pangkor

Kami pun bergerak ke Pantai Teluk Nipah dengan kos perjalanan sehala sebanyak RM15 untuk 1-4orang..
Dah sampai sana, kami sekeluarga pun melepak sambil makan laksa ditepi pantai.. COOL~~
Sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tamil, dengan tengok permandangan yang indah.. SUBHANALLAH!! Sempurna ciptaanNya..

*Medang Laksa
(medang = makan dalam bahasa jawa)

Selesai makan kat Pantai Teluk Nipah, kami pun balik semula ke Pekan Pangkor.. Rasa sekejap je, dah nak balik semula ke Shah Alam.. :(
Sebelum balik tu, mak sempat sempat shopping sikit ikan bilis dengan ikan masin..



*Shopping time & ketip-ketip gambar sebelum balik di Jeti Lumut

Dalam pukul 3petang, kami bertolak pulang ke Shah Alam.. Walaupun tak banyak aktiviti yang dibuat tapi dapat meluangkan masa bersama sekeluarga itu yang lebih penting disamping dapat menikmati keindahan alam ciptaan yang Esa..


SELAMAT TINGGAL PULAU PANGKOR..
LAIN MASA TEMAN DATANG LAGI YOPPP!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan