Khamis, 4 April 2013

MARATHON CUTI-CUTI MALAYSIA ( PART 2 )

SUNGAI CONGKAK

Selang beberapa hari selepas pulang bercuti dari Teluk Batik & Pulau Pangkor, aku sekeluarga dengan cucu jagaan mak aku pergi beriadah di Sungai Congkak.. Benda ni memang dah plan dari awal untuk mengisi masa lapang budak-budak ni time cuti sekolah.. Kesian tengok dorang ni, cuti sekolah tapi tak kemana-mana..

Pagi tu selepas pukul 9.30 pagi dan selesai mak menyiapkan nasi lemak untuk dibawa ke sana, kami pun bertolak ke destinasi.. Tapi sebelum bertolak tu nasib baik keretanya mogok dulu.. BATERI KERETA HABIS.. Nasib baik, cuba kalau bateri habis tengah jalan..?? Memang spoillah kannn..

Kami ikut jalan lebuhraya Timur-Barat menuju ke Kajang, tak ikut Semenyih macam dulu sebab jauh.. Yang best kami tak tau jalan.. Seperti biasa tugas aku menjadi GPS bernyawa kalau bab berjalan-jalan tapi tak tahu jalannya.. 

Akhirnya... 
KAMI SESAT!! hahahaha
Entah kat mana sesatnya, berpusing-pusing jugalah nak cari PANGKAL JALAN dan akhirnya jumpa juga!! PENING aku dibuatnya..
Hampir saja menjejaskan mood mandi-manda..

Dalam pukul 11.30pagi, kami sampai ke Sungai Congkak.. Tengok keadaan sekelililng macam tak ramai orang.. Good!!
Punggah semua barang, cari pot yang best.. Dapatlah jumpa pondok yang kosong.. Bila dah siap semua barang disusun, aku tukar pakaian dan TERJUNNNN!!!
Terjun ke?? Poyo~~ hahaha




*Aksi-aksi 'TERJUN' dalam sungai

Memang puas mandi-manda, dalam keadaan panas dapat berendam dalam air sejuk.. Nyamannnnn :)
Walaupun agak penat melayan karenah budak-budak ni tapi takpela.. Sekali sekala pun..
Bila perut dah memalukan gendang, aku pun menjamah nasi lemak yang mak masak.. LAZAT seperti selalu..
Cuma takde buat BBQ sebab takde siapa nak menguruskan aksi mengipas-ngipas baranya..

Dah puas berendam sampai kaki kembang berkedut-kedut, masa untuk bersiap dan pulang.. 2-3 jam juga berendam dalam air tu..
Budak kecik baju oren ni kata ''NANTILAH DULU, ADAM NAK MANDI LAGI''
Semuanya mengeluarkan ayat-ayat indah dengan bercakap ''LAIN KALI KITA DATANG LAGI''
Waktu tu juga dia cakap ''SABTU DEPAN KITA DATANG SINI LAGI YEE'''
Entah dari mana dapat idea dengan cepat cakap macam tu.. Tapi memang dia tahu sekolah cuti hari Sabtu dengan Ahad..
Layankan jela.. Lama-lama dia lupalah.. hahaha..

*Depan pintu masuk sebelum balik

*Tidur kepenatan

Sesekali beriadah dengan budak-budak memang seronok walaupun penat melayan karenah diaorang.. 
Menghargai setiap detik yang diberi untuk bersama dengan orang yang tersayang..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan