Selasa, 16 April 2013

PENYOKONG DIDAHULUKAN, KEJAYAAN DIUTAMAKAN

Tajuk entri kali ni macam nak buka topik politik pulak tapi sebenarnya tidak pun.. Copy sikit-sikit je sound slogan 1Malaysia.. Bolehkannn?? haahaa.. 
Sebenarnya nak cerita pasal HARI BERTEMU PEMAIN LIGA SUPER SELANGOR & SELANGOR PKNS BERSAMA PEMINAT..


Ahad baru-baru ni, aku pergilah memantau keadaan kat Kompleks PKNS Shah Alam.. Dapat berita pasal perjumpaan ni pun dari Facebook fanpage SELANGOR FC.. Mula-mula memang rasa nak pergi seorang diri tapi bila fikir balik malas pulak pergi sorang-sorang.. Nanti takde geng nak terkinja-kinja.. kehkehkeh.. Tak sampai 24jam berita tu di post, ada awek ni ajak aku pergi sana.. AWEK LA SANGAT!! Aku pun kata kat dia OKAY JE, yelaa bukan senang dan selalu nak jumpa pemain Selangor kat depan mata sendiri.. Selalu tengok kat TV je.. (nampak sangat aku jarang turun stadium..kuikuikui..)

Pagi tu, tiba-tiba Azwa a.k.a si awek tu mesej aku kata BACIN, NANTI DATANG PKNS PUKUL 10PAGI TAU!!! 
Biar betul, katanya dorang datang pukul 12.30tengah hari.. Aku pun apa lagi, dengan semangatnya walaupun tengah lalok-lalok mat pet, terus capai tuala dan mandi.. Sampai PKNS dalam 10.45pagi.. Bila sampai sana takde siapa pun, cuma mereka yang uruskan majlis tengah siapkan semuanya.. Bila jumpa budak Azwa, dia kata ADA PERTANDINGAN MEWARNA & MELUKIS dulu.. 

*Pertandingan mewarna & melukis.. Ini gambar sepupu Azwa Senget :P

Baiklah, aku pun pergi membawa diri melepak kat luar, tengok tasik~~ tenang.. damai.. Ambil angin tapi bukan angin kentot..

Tengah feeling baik punya, tiba-tiba dengar bunyi kereta bising benor!! Dalam hati memang dah bengang, bila tengok pemandunya, cehhh AMRI YAHYA rupanya.. gonjol tenan wong iki, aku katok endas mu tau laaa.. haahaa, kan dah keluar bahasa Jawa aku!! Kalau dia dah datang maknanya player lain pun mungkin dah sampai.. Aku masuk laa ke dalam Kompleks PKNS.. Aktiviti mengaler (mewarna), melukis dah selesai.. Dah nampak dah beberapa player kat sana bergomol berkumpul..

*Sebahagian kecil pemain yang dah sampai..

*Mohon Tasha Shila jangan sentap tengok gambar ni.. kikikikikik
*Asra pandang budak kecik tu ke pandang budak besar tu..ehem..ehem.. :)

Waktunya dah tiba dan majlis pun bermula bila Datuk Hamidin sampai~~

Ada sedikit ucapan dari orang besar FAS.. Tak lama pun.. Lepas sesi tu berucap selesai, sesi memperkenalkan pemain pun bermula..

KIRI : pemain PKNS SELANGOR & KANAN : pemain SELANGOR

Ramai juga pemain Selangor yang takde.. FORKEY DOE, CHARAPPAN, KUBALA, GURUSAMY, SOLEY, AFIQ AZMI, KUNANLAN, VENOD.. Pemain PKNS SELANGOR yang aku kenal PATRICK RONALDINHO dgn kembar Justin Bieber, NAZMI FAIZ.. muahahaha, kembar sangatttt..

Dah selesai perkenalkan pemain kat atas pentas, majlis seterusnya penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna & melukis..
Dan pemenangnya~~Sepupu Azwa menang no1 pertandingan mewarna.. :)
tepuk tangan semuaaaa.. *sakai*

*Hadiah disampaikan Amri Yahya.. Adik oii, Amri tu jiran pakcik kamu kat kampung Tg.Karang sana, tahu tak?? Mesti tak tahu,kannn..
*Lepas tu famili pakcik Azwa bergambar dengan Azlan

Lepas tu, sesi kitaorang mengejar pemain Selangor nak ketip-ketip gambar dan minta autograf.. Semangat punya pasal, beli mafla dengan pen marker kat sana..

SELANGOR'S LEGEND - AMRI YAHYA 17
*Mula-mula sekali ambil gambar dengan sedara sendiri.. Amri 2pupu aku, tak rapat pun dengan dia ni. silap-silap tak kenal langsung.. PELIK TAPI BENAR.. 
muka aku nampak cuak, senyum pun tak keluar.. hahaha

MAHALLI JASULI 18
*Pemain muda Malaysia yang terbaik pernah aku saksikan dalam tempoh aku membesar..   Untung Tasha Shila.. ehhh?? tetiba.. 

NORAZLAN 21
*Goal Keeper terbaik Selangor.. Tinggi sangat orangnya, tangan aku yang panjang ni pun tak tercapai nak berpaut kat bahunya..

SHARBINEE ALLAWI 25
*Second Goal Keeper.. MOTM masa game lawan Saigon.. Dia ni shy shy cat masa nak ambil gambar..

SELANGOR'S CAPTAIN - ASRARUDDIN 04
*Tengok muka Asra ni face to face macam member aku si Yusree plak.. huuuuu

FITRI SYAZWAN 24
*Siapa lagi tinggi?? hehehe.. Patutlah orang panggil hang KECIK, memang betul-betul kecik tapi sangat lincah kat padang macam pelesit.. Baru je baik dari injured..

Kiri : SYUKOR JUSOH 08
Kanan : NASHRIQ BAHAROM 06

RAMZUL 22

COACH - IRFAN BAKTI
*Azwa dapat ketip gambar.. Aku tak dapat sebab Coach nak balik cepat.. Isteri dah calling la tuuu..
SUGAR UNCLE AZWA.. hahaha.. "ADIK PUN NAK AMBIL GAMBAR, PAKCIK NAK CEPAT NI"

Aku nampak WAN HOESNE  dengan BUNYAMIN OMAR tapi entah kemana diaorang pergi lepas tu pun aku tak tahu.. NAZMI FAIZ pun entah kemana, balik cepat sangat tapi aku sempat usha budak Nazmi ni, macam sombong je, tak pun masih malu-malu dengan orang lain.. entahlah.. Ada gak tengok sorang budak perempuan ambil gambar dengan dia, perempuannya tergedik-gedik nak bergambar tapi Nazminya buat selamba je.. muahahaha.. Aku pun menyampah tengok budak perempuannya tu.. :P

Majlis selesai pukul 1.30..~~
Aku pun pulang dengan rasa berbunga-bunga.. hahahaha.. geli aku!!


*Hasil tandatangan pemain Selangor :)

Akhirnya dapat juga tengok player Selangor secara berdepan.. Ada yang betul-betul ramah, ada yang macam cover-cover.. 
Harap semua pemain Selangor akan bawa kejayaan untuk pasukan seperti beberapa tahun yang lalu.. 
Kejuaraan LIGA SUPER masih dalam perebutan, PIALA FA hanya tinggal beberapa langkah ke final, momentum dalam PIALA AFC perlu digerakkan dengan kemenangan konsisten, MISI 33 harap akan tercapai tahun ni..

Pemain Selangor dah jumpa, harap diizinkan Allah untuk aku berjumpa pemain Liverpool plak lepas ni..
huuuhuuu, sangat tinggi angan-angan tu tapi siapa tahu kan??
nak jumpa Gerrard, Reina, Agger dan lain-lain..
ANFIELD, AKU DATANG!!!

#VivaSelangor #Misi33
#YoullNeverWalkAlone #JFT96

Tiada ulasan:

Catat Ulasan