Ahad, 27 Januari 2013

GABAI SUDAH MELAMBAI-LAMBAI ...

Setelah berbulan lamanya aku tidak mengemas kini blog ni, akhirnya, hari ini ada kelapangan untuk menaipnya.. Itu pun sebab nak 'update' pasal plan yang kira tergempak untuk awal tahun 2013.. GEMPAK KE????

2 minggu sebelum plan ni dijalankan, aku dapat idea yang amat comel  cantik untuk beriadah plus nak sambut birthday seseorang.. Bila aku bincang dengan adik aku yang ada kat Langat, dia kata ITU IDEA YANG BRILLIANT, aku pun mula terkinja-kinja dan meneruskan langkah seterusnya..

Tiba saat yang dinantikan, pada cuti Maulidur Rasul 1434H, kami menjalankan plan yang sudah dirangka.. Tapi, pagi tu keadaan kat luar amat menggusarkan sebab HUJAN LEBAT kat Shah Alam.. Aku membebel sorang-sorang, TAK PASAL-PASAL, DAPAT MANDI AIR HUJAN JE, TAK MERASA MANDI AIR TERJUN.. Aku berharap, biarlah kat sini hujan tapi kat sana panas, tak pun mendung-mendung je..

Pukul 10pagi, aku dengan adik aku JOJO  AZWA , memulakan langkah ke stesen KTM SHAH ALAM.. Dari sini kami ke KL SENTRAL untuk berkumpul dengan seorang lagi adik aku ANE FANIZA .. (berapa ramailah adik aku kan) KTM pagi tu agak lambat mungkin sebab landasan licin.. Sabar menanti..

Dalam pukul 11.20pagi, kami sampai di KL SENTRAL.. Kesian Faniza, setia menanti kehadiran kami.. Lama tu tunggu, siap jadi model tak berbayar McD lagi~~ Kami meneruskan perjalanan.. Ingatkan nak naik LRT ke Masjid Jamek tapi Cik Faniza bawa ronda-ronda naik bas pulak.. Yang bestnya, SALAH NAIK BAS!!! hahaha, pemandu pelancong dah jadi pemandu melencong!!! Tapi takpelah.. Dapat berjalan sekejap kat KL (ayatnya memperlihatkan aku agak sakai sebab aku sebenarnya tak pernah ke KL, ngeh9.. Jujur sungguh aku ni..) 

# muka samseng PETALING STREET.. haaahaaa

# Masjid Jamek

Penat sudah merentas Petaling Street, Pasar Seni.. Akhirnya sampai juga kat LRT Masjid Jamek.. Nasib baik cuaca tak membahang, kalau tak, LRT mesti bau ketiak  'minyak wangi asli' dari kami.. 

Jam di handphone menunjukkan pukul 12tengah hari.. Perghhhh, kesian adik aku yang tunggu kat LRT Bandar Tun Razak, janji pukul 11.30pagi sampai sana.. Terlebih sudah.. 12.10tengah hari, sampai jugak kat LRT  Bandar Tun Razak.. Sexy Boy  Afiq dah setia menanti kami.. Tersenyum-senyum je dia, walaupun terpaksa tunggu lama..

# kanak-kanak girang di dalam kereta..

Sebelum sampai ke Sungai Gabai, kami mencari kedai kek dan KFC untuk sambut birthday Cik Azwa dan alas perut kat sana.. Tapi hasilnya amat mendukacitakan.. Kedai kek dengan KFC TIADA LANGSUNG kat pekan Langat!!!! What The F!! Spoil terus plan!! Kalau tahu tadi, beli siap-siap kat KL SENTRAL.. Nampak gayanya, misi mandi-manda jela yang dapat diteruskan.. Kesian dengan birthday girl~~

Pukul 1.30tengah hari, sampai sudah di Sungai Gabai.. Yeahhhhhh!! (batak)

# senyum je dah sampai yeee..

# muka cover semput, otot sudah ketaq

Penantian  Pendakian suatu seksaan.. Terasa macam ambil mood awal untuk Thaipusam pulak!! SEMPUT!! KAKI KETAQ!! Nasib baik tak pitam, berguling-guling dari tangga.. 

Lepas penat mendaki anak tangga yang membuat aku rasa nyawa-nyawa ikan, kami cari parking untuk barang-barang kami.. Nasib baik ada kosong.. Aku cepat-cepat tukar baju sebab tak sabar nak berendam  nak rendamkan kaki kat air sejuk bagi otot kaki relaks kembali.. Memang sejuklah airnya.. NIKMAT!! Dah lama tak bermandi-manda.. Kita ni bukan orang kaya nak mandi-mandi kat tempat mahal macam Sunway Lagoon ataupun iCity Waterpark, jadi mandi-manda lah kat tempat macam ni.. caj RM1 je pun.. Yang penting SERONOK, TENANG & SILATURRAHIM dapat dibina.. Cehhh, ayat!!




 
# kanak-kanak yang gembira bermain air.. macam dah seminngu tak dapat air..

# inilah hasilnya bila tak dapat beli KFC dgn kek birthday, telan jelah apa yang ada.. sadis!!

Sudah pukul 4.30petang, kami pun berkemas untuk pulang.. Agak puas bermandi-manda tapi tak puas sebab plan yang dirancang ada yang gagal.. Kesian dengan adikku Azwa.. Ingatkan nak bagi sedikit kenangan yang best untuk birthday dia, untuk usia permulaan 2series.. Sorry tau :(


 
# ketip-ketip gambar sebelum balik :)

Akibat perut belum terisi dengan apa-apa makanan lagi, maka kami pun mencari kedai makan untuk mengisi perut yang semakin rancak berbunyi dengan pelbagai irama!! Cari punya cari, ada juga kedai makan yang dah buka.. MAKAN ATAS KOLAM tuuu.. Macam romantik je tapi gerun juga, macam tak kukuh je.. Pondoknya siap blh buat simulasi gempa bumi lagi.. haahaa

    
# muka kebulur.. senyum pun berat semacam.. 

Alhamdulillah, kenyang sudah.. makan 1ekor talapia bakar, 1ekor talapia macam cili padi, 2pinggan sayur kailan + kangkung.. Afiq yang belanja makan.. Thanks, bro.. hoooo, perut gua dah jadi comel  boroi mcm lu ar.. :P

Selesai makan, kami semua pulang.. Pukul 7.30petang, Afiq selamat menghantar kami kembali ke stesen LRT Bandar Tun Razak dalam keadaan hujan lebat.. Walaupun hajat nak berendam kat kolam air panas kat Langat, TURUT GAGAL, tapi takpelah.. Mungkin lain kali boleh pergi lagi.. Dah ada orang ajak datang lagi ke sana.. heeheeehhee

# gambar terakhir sebelum berpisah :'(

Plan untuk meronda kotaraya Kuala Lumpur di waktu malam lepas balik Sungai Gabai turut gagal sebab hujan lebat.. Ditambah dengan penat yang melampau.. Apakan daya, itulah yang dikatakan KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH JUGALAH YANG MENENTUKAN.. Mungkin Allah nak bagi plan yang lebih best di masa depan, who know?? (wahhh, speaking!!)

Aku selamat sampai di rumah pukul 9.30malam.. PENAT tapi BEST!! Sekali sekala pun.. Beriadah dengan adik-adik aku buat pertama kalinya dan aku harap ini bukan yang terakhir.. Rasanya lepas ni nak plan pergi bersama-sama lagi ke tempat lain pulak.. :)



2 ulasan:

  1. hahaha penat i baca tau . panjang betul cerekarama hang :D tenkiuuuu :D

    BalasPadam
  2. ni baru cerekarama 1episod je.. belum berpuluh episod..

    BalasPadam