-nak ambil mood dengar lagu, tekan play di atas- :)
Budak-budak melipat sampul,
Sampul dilipat di tepi salon..
Saya ni penyokong Liverpool,
Hai geng, Youll Never Walk Alone..
Hahaha, berpantun plak kita..
Sebenarnya, sebelum menaip entri blog ni, tengah syok melayan tengok gol-gol Stevie G kat YouTube dan dengan tiba-tiba dapat tahu kisah tragis persaraan our Legend, CARRAGHER.. Jadi dapatlah idea nak menaip cerita ni..
ADA APA DENGAN LIVERPOOL??
Apa yang istimewa sangat team bola sepak bernama LIVERPOOL ni di mata aku??
Orang kata kelab sejarah.. Kelab cap ayam.. Kelab bangang abadi (tiada kaitan dengan abby abadi tapi bangang tu mungkin berkaitan dengan abby abadi.. sorry..)..
Ada aku peduli?? Ingat team kau bagus sangat??
Kalau nak ikutkan, aku pun pelik sebab abg long aku sokong Arsenal, abg ngah aku sokong MU.. Abg sepupu aku pun sokong Arsenal dengan MU.. Datang aku, tersesat sokong Liverpool.. Nampak gaya aku terpaksa BERJALAN SENDIRIAN laaa.. Member pun takde yang sokong Liverpool.. Sadis!!
Walaupun aku boleh diisytiharkan sebagai kaki yang semakin membangku yang semakin reput tapi minat terhadap bola sepak tak boleh dibuang.. Mungkin lepas ni kalau rasa nak main bola sepak balik, dah boleh bersaing dengan Suarez kot.. kahkahkah.. Angan-angan mat sentol betul..
Liverpool.. sebuah kelab yang sejarahnya dalam bola sepak Inggeris dan Eropah sangat kebaboommm..
Tapi jatuhnya hati aku kat Liverpool tidak sedikit pun dipengaruhi dengan kejayaan dan keagungan itu.. Hatta, masa mencintai pasukan ini, aku tiada akses pun nak kenal dan tahu sejarah kejayaan Liverpool.. Budak baiklah katakan, waktu sekolah belajar je, takde nak merayap pergi cyber cafe nak tahu pasal Liverpool ni.. hukhukhuk..
Mula bercintan cintun dengan Liverpool lepas World Cup 2002 kat Korea-Japan tapi waktu tu belum hangat membara lagi percintaan ni.. Baru dapat cinta pandang pertama katanya.. Waktu tu sokong team England.. Manusia inilah yang buat aku jatuh cinta dengan Liverpool... >>>
STEVEN GERRARD dan seorang lagi MICHAEL
Dua player ni lah yang buat aku semakin hangat bercinta dengan Liverpool..
Semakin hari, Semakin sayang.. weeee :P
FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2005, saat tu masih suam-suam kuku percintaan aku dengan Liverpool tapi aku tetap follow perkembangan Final ni.. Walaupun waktu tu ada Live FREE kat TV3, tapi aku tak berkesempatan tengok sebab budak SPM kena tidur dengan cukup (bagus tak alasan ni??).. RUGI!!! Itu yang aku boleh cakap.. Perlawanan EPIK dan COMEBACK yang sangat FANTASTIK!!! Dapat tengok Highlights kat berita je.. Dan sekarang dan ada akses Internet, tengok balik game tu (walaupun bukan versi penuh game..), perghhh, mmg meremanglah tengok.. Nak nangis pun ada (emosi terlebih..)..
Lepas detik penyesalan itu, aku follow sebaik mungkin game Liverpool.. Dan aku dapat merasai kegilaan FINAL PIALA FA 2006 yang boleh dikatakan sangat sengit mcm final UCL 2005 cuma xdela comeback semua ni..!!
Dapat tengok Community Shield 2006, menang lawan Chelsea..
FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2007, Liverpool lawan AC Milan.. Akhirnya, dapat juga tengok Liverpool kat Final UCL.. Kali ni aku tengok dengan penuh semangat, lawan yang sama masa kebangkitan di Istanbul tapi keputusannya sangat tak bersemangat untuk diceritakan.. Tiada comeback.. Tapi takpe, dapat tengok lautan merah kat stadium Athens tu pun dah bangkitkan semangat balik dan memadam kesedihan!! YNWA!!
16 Julai 2011, Liverpool buat jelajah Asia, aku terlepas peluang untuk menyaksikan pemain pujaan hati atas faktor kemelesetan ekonomi diri.. nguah3.. Sedih beno.. Tapi aku harap masih dipanjangkan umur dan Liverpool akan datang Malaysia buat tour lagi dan harap-harap biarlah 2tahun lagi diaorang datang sebab nanti takdelah nak buka puasa kat stadium.. :) Dan berharap Gerrard masih beraksi dengan Liverpool..
Sebenarnya, aku masih banyak yang perlu tahu tentang Liverpool.. Aku memang tak boleh nak ingat semua sebab
Waktu ni, team Liverpool sedang mencari kestabilan dalam setiap game selepas era 'kemusnahan'.. Waktu menang, senyumlah melebar.. Waktu seri, senyum kambing jela.. Waktu kalah, emmmm.. Tapi tiap kali kalah, tengok gambar Captain Fantastic, semangat tu membara balik, nafsu makin bergelojak (macam tak kena je ayat ni..).. Memang dialah sumber inspirasi semangat tu.. Dialah kekuatan disaat kekecewaan Liverpool tumbang.. Selain berzikir agar hati tenang (tiada niat riak..)..
Aku pun xlayak nak mengulas pasal taktikal sebab masih lagi merangkak untuk memahami semuanya.. Tapi untuk mengulas sudut lain boleh laa.. Dari sudut yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Apa yang pasti perkataan SACK, PECAT, BUANG DIA, TUKAR PLAYER TU TEAM LAIN apa lagi nak MENCARUT tak pernah ada dalam kamus hidup aku.. Hanya meluahkan rasa kecewa jela kalau player tu main macam aku.. hahaha
Tapi yang aku perasan untuk musim ni, aplikasi pemain muda sangat ketara dan ianya sangat baik.. Sampai bila nak harapkan 1st eleven senior player..
Rasanya lepas ni kena belajar segala sejarah kelab dan ilmu taktikal dengan geng Liverpool lain.. Kena selak-selak web.. Macam nak ambil exam plak.. Baca info-info dari page Liverpool kat facebook dengan join group kat Liverbird Malaysia pun dah banyak pengetahuan LFC aku dapat.. :)
KITA FAMILY BESAR, KANN..?? :)
Menyokong pasukan ni, telah mengajar aku satu benda iaitu erti KESETIAAN & KESABARAN..
Setia disaat tumbang, disaat jatuh..
Sabar dalam mencari kejayaan yang diimpikan..
Piala yang lama diidam masih tidak didakapan tapi tetap setia menyokong, bersorak, menonton setiap perlawanan.. Aku harap, aku akan menjadi seorang yang setia kepada orang yang bakal menjadi suri di hati (acecehhhhh..) sepertimana setianya aku dengan Liverpool.. Dan kalau boleh, bakal isteri tu pun supporter Liverpool, xpun hasut dia sokong Liverpool.. Syurga dibawah tapak kaki suami,kannnn.. kihkihkih
Disebabkan minat yang mendalam dengan Liverpool, aku sanggup berhabisan sedikit duit yang dikumpul untuk beli barangan terus dari LFC STORE.. Thanks to Kak Suhaila dari LFC BUTIK yang selalu jadi peniaga yang sabar dengan soalan-soalan dari aku tentang barang yang nak dibeli.. Nanti geng Liverpool bolehlah like page LFC BUTIK , boleh juga like page BBUK kalau nak beli barang yang ditanggung
#antara barang yang dibeli..
#jersi ni semuanya fake.. hehe.. tak mampu nak beli yang original.. (jujur tak??)
Di saat aku menaip entri ni, Carragher baru saja mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak.. Agak menyedihkan, walaupun dia bukan pemain yang menjadi pendorong aku untuk mencintai Liverpool dan bukanlah pemain yang sangat diidamkan untuk dilihat dalam setiap permainan semenjak dua menjak ni tapi jasa dia menjadi tembok pertahanan sangat dihargai.. Bila baca nasihat dia untuk rakan-rakan seperjuangan, untuk adik-adik (bukan bapok tau) yang baru nak naik, membuatkan aku sedikit emosi.. Siapakah yang akan menjadi NAIB KETUA PASUKAN selepas ini?? Yang berani 'sekeh' kawan-kawan bila buat silap??
Carragher, thanks for everything, for our club.. (macamlah Carragher baca blog aku ni kannn..)
#thanks vice captain
Mungkin, selepas 2-3tahun dari sekarang, aku perlu bersedia melihat Gerrard pergi dari lapangan bola sepak.. Tiada kelibat dia di lantai Anfield.. Sukar dibayangkan.. :(
Sebelum aku bertambah emosi taip entri ni, baik aku bungkus cerita pasal Liverpool setakat ni dulu.. Kang banjir plak keyboard laptop ni.. haahahha
#SETIA HUJUNG NYAWA BERSAMA LIVERPOOL
#TAKKAN MUNGKIN BERJALAN SENDIRIAN LAGI
#YNWA #LFC #JFT96
#KALAU TAK MAMPU BERSORAK KETIKA KALAH ATAU SERI, JANGAN BERSORAK KETIKA MENANG
**maaflah kepada yang membaca.. Panjang sangat ceritanya.. Dan mungkin agak membosankan cerita aku ni.. Sekadar nak mengekspresikan rasa pasal Liverpool.. Dan aku ceritakan semua ni bukan aku TAKSUB atau MENGAGUNGKAN Liverpool tapi sekadar meminati dan menyokong.. Itu saja.. Sesungguhnya, yang maha ESA saja layak di Agungkan.. Terima Kasih :)
.
Salam Sdra Yazid,
BalasPadamSaya sampai di sini melalui FB Liverbird. Teruskan tulisan anda. You'll never walk alone...
W'salam..
BalasPadamTerima kasih sebab sudi membaca.. InsyaAllah, walaupun blog saya ni bukan 100% mengulas & menceritakan tentang Liverpool tapi pada masa akan datang saya akan cuba menulis lagi tentang The Reds.. YNWA!!