Selasa, 27 Ogos 2013

CAMERON HIGHLANDS.. MEMBAWA DIRI DI AIDILFITRI (PART 3)

Perjalanan di hari terakhir di bumi Cameron Highlands..


Pagi tu, terasa sedikit sedih sebab nak tinggalkan ketenangan yang aku dah nikmati sepanjang 2hari kat sini.. Ikutkan hati nak je tinggal seminggu dua lagi kat sini.. Tak pun duduk sini terus.. hehehe..
Disebabkan melayan perasaan sedih tu, aku pun pergilah membawa diri meronda kawasan apartment tu sorang-sorang..

Sebelum meninggalkan apartment ni, kami sekeluarga melakukan aktiviti wajib sebelum balik iaitu bergambar kenangan kat sini sampailah masing-masing dah tak larat nak bergambar.. Banyak jugak dalam pendrive gambarnya ni..





* sebelum mengucapkan selamat jalan..

Dah habis bergambar, tunggulah pukul 10pagi untuk checkout dan menanti Encik Hamid sampai..  Kang lari terus tak baik pulak, duit pun tak bayar lagi.. 
Checkout awal sebab ada 2,3 tempat lagi nak pergi, takut traffic jam je sama ada kat Cameron ni mahupun kat highway nanti..
Bila dah dipulangkan kuncinya, dah bayar duit sewa, kami pun bergerak pulang dan pergi melawat tempat-tempat yang belum dilawati untuk terakhir kalinya..

Kami singgah di S'CORNER, lokasinya betul-betul di tepi jalan, di bahagian selekoh berbentuk S, berdekatan dengan Cactus Point.. Tempat ni mungkin baru buka sebab masa 2tahun lepas masa datang sini, tempat ni masih belum wujud.. Tempat ni kira tempat himpunan jualan pelbagai produk dari produk pertanian yang biasa dilihat kat Cameron Highlands, sampailah jualan madu dan penanaman cendawan serta cenderamata termasuk ada sebuah restoran Muallaf.. Kira okaylah tempat ni.. Mak aku beli 1kg cendawan tiram!! Geram aku tengok cendawannya, gendut-gendut belaka.. Kalau buat goreng, memang puas makan!!





* antara gambar-gambar yang diketip ketika berada di S'Corner..
* awek Indonesia tu malu-malu diketip gambarnya.. hehehe

Lepas tu, kami bergerak ke Kea Farm.. Tapi sebelum tu singgah kat gerai kecil ni untuk bersarapan.. hahaha, sarapanlah sangat.. Makanannya pun dah kira lauk makan tengah hari.. Memang sedap masakannya.. 
Bila perut dah kenyang, teruslah menuju ke Kea Farm.. Beli madu untuk Aliff, sayur kubis bunga, jagung dan limau untuk dibawa pulang.. Aku beli strawberry coklat dengan cendawan goreng.. Agak ketagih benda ni bila kat sini.. Sedap ooooo.. Sempat jugak beli sedikit cenderamata kat kawasan Kea Farm ni, terpengaruh dengan perkataan HARGA BORONG.. Bila dah letak semua barang tadi dalam kereta, perghhhh, padat dan sendat.. Lemas aku duduk belakang..

* salah satu tempat wajib singgah..


* makanan wajib beli kat sini.. Aku beli buat alas perut masa perjalanan balik nanti.. 

Lokasi terakhir LAVENDER GARDEN.. Tempat ni katanya baru buka tahun ni, jadi kalau baru buka maknanya tempatnya masih lagi cantik dan terurus.. Masuk dalam ni kena bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Takpelah, bukan selalu pun kena cas.. Ayat macam orang banyak duit je, huuuu.. Tempatnya serius cantik, kombinasi warna bunganya memang memikat.. Kalau ada ros ke, tulip ke memang lagi gempak.. Dekat bahagian atas ada tanaman kekwa dan buah strawberry.. Boleh petik sendiri buah strawberry dengan bunga kekwa tu tapi masa aku datang macam takde je buah steawberry yang tumbuh.. Mak, ayah dengan Ain tak nak masuk.. Tak dapat nak bergambar ramai-ramai dalam ni.. Hampa je aku rasa.. Aku masuk dengan Abang Iwan jeee..





* bagi gambar lebih sikit sebab tempat baru, tapi itu pun ada yang aku tak masukkan dalam ni :)

Selesai mengembara di Lavender Garden, bermakna berakhirlah percutian aku untuk kali ini.. Percutian yang mencipta sejarah sebab pergi waktu orang lain sibuk meraikan hari raya.. Takpelaaa, lepas ni kena biasakan situasi macam ni setiap kali hari raya..

Cuma agak sikit ralat percutian kami kali ni sebab tak dapat pergi MARDI dan menjelajah Kampung Taman Sedia untuk memetik strawberry, merasa strawberry coklat dan milkshake di ladang-ladang milik orang Islam Melayu, yang aku baca kat blog-blog lain kata sedap dan best!! RUGI!! Mungkin lain masa, kalau datang sini lagi, pasti akan disinggah 2lokasi ini..

Dalam perjalanan balik, sempat beli petai dengan orang asli yang menjaja kat tepi jalan untuk dibawa pulang.. Best!! My favourite.. 
Perjalanan pulang masa raya ke5 tu, agak sesak di lebuhraya PLUS terutamanya dikawasan sekitar Tapah.. Biasalahkan.. Baru sekarang aku faham perasaan orang yang balik dari kampung beraya, terpaksa menghadap traffic jam yang amat lama sebab kalau aku balik kampung beraya pun tak meredah highway.. Kampung kat Selangor je nyokkk..


* bisnes orang asli & kekusutan di lebuharaya..



* buah tangan dari Cameron Highlands.. Limau, Kubis Bunga, Jagung, Teh Boh, Madu dan Petai..

Berakhirlah kisah perjalanan aku dan keluarga di Cameron Highlands.. Kisah keluarga yang membawa diri di Aidilfitri.. Sekurang-kurangnya dapatlah melupakan apa yang mungkin terjadi di kampung waktu raya macam ni.. Apa yang pasti, percutian yang sedikit panjang berbanding selalu ni aku cuba manfaatkan sebaiknya agar ia tidak tersia-sia begitu saja.. Mungkin akan ada yang berkata, CAMERON JE PUN ITU PUN NAK KECOH.. Bukan soal lokasi percutian itu dekat mahupun jauh tapi macam mana percutian itu dimanfaatkan sebaiknya.. Bagi aku, aku dengan adik beradik lain cuba membawa fikiran mak aku lari dari mengingatkan perkara yang menyakitkan hati dia, melupakan seketika hari raya di tempat tanah tumpahnya.. Dan, aku juga pasti akan merindukan ketenangan, kedamaian, kehijauan, serta kedinginan bumi Cameron Highlands.. Andai dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pasti akan kami jejakkan kaki lagi ke sini.. Mungkin bersama kawan-kawan pulak, siapa tahu,kannn..

Sekian, untuk entri tentang percutian Cameron Highlands di hari raya ni..
Assalammualaikum!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan