Hahaha, malas nak cerita panjang-panjang apa sebab tajuknya macam ni, kang ada stalker baca entri ni, aku cerita itu ini mulalah dijaja kat semuanya.. Biasalah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia??
Baiklah, teruskan pada cerita sebenar entri ni..
Tanggal 3 Syawal yang lepas, aku dan keluarga pergi membawa diri Aidilfitri tahun ni ke Cameron Highlands.. Dah dirancang sebelum puasa lagi dan dah tempah apartment pun.. Huyeahhhh.. Takde laaa raya ni bosan berkubang kat rumah.. Ini kali ke5 aku datang ke Cameron Highlands.. Entahlah kenapa rajin sangat ke sana, mungkin sebab cuaca dan permandangannya yang buat perasaan selalu nak ke sana.. Bila aku tengok-tengok diari, baru aku perasan, tiap 2tahun, mesti jejakkan kaki ke sini..
* barang yang dah siap disumbat dalam kereta..
Sampai sudah harinya, dalam pukul 8.30pagi, lepas dah siap kemas rumah, susun pakaian, kami sekeluarga pun bergerak menuju ke destinasi.. Perjalanan sangat lancar dari Shah Alam sampailah ke lebuhraya PLUS diiringi lagu raya dari corong radio.. Rasa agak sedih jugak bila dengar lagu raya tu, orang sibuk beraya kat kampung kita pergi bercuti tapi nak buat macam manakan.. Lupakan rasa sedih tu.. MOOD BERCUTI OIIII.. :D
Bila masing-masing perut dah mula bergendang lagu Sesuci Lebaran, maka singgahlah sebentar di R&R Tapah.. Nampak tak berapa sesak R&R ni tapi tetap payah nak cari meja makan..
* nak makan pun sibuk bergambar..
Selesai makan, perjalanan diteruskan dan dalam pukul 12tengah hari, mulalah pendakian melalui Simpang Pulai.. Dah lama rasanya tak meredah laluan di Tapah.. Walaupun jauh tapi jalan kat Simpang Pulai ni lebih selesa.. Bila dah nampak perkataan SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS, maknanya tak lama lagilah nak sampai..
* sempat mengetip gambar orang asli ni.. kihkihkih.. Dah dekat dah tuuuu..
Ingatkan dalam pukul 1tengah hari boleh sampai apartmentnya tapi disebabkan traffic jam kat kawasan Lavender Garden, Tringkap, Kea Farm dengan Brinchang terus ambil masa tambahan 1jam 30minit.. Perghhhh, kejang urat punggung aku!! Ingatkan cuti raya tak ramai orang, rupanya yang adooo.. Takpelah, asalkan selamat sampai.. Tapi sepanjang traffic jam tu, aku perhatikan ramai jugak orang Melayu yang datang sini.. Oiiii, korang tak beraya ke?? Takkan alami nasib yang sama macam kitaorang kot?? Hikhikhik.. Pukul 2.45petang barulah sampai ke apartmentnya, DESA ANTHURIUM.. Tempatnya best, pemandangan sekeliling menenangkan.. Rumahnya pun puas hati, BERSIH & KEMAS!! First time sewa kat sini..
Lepas dah masuk rumah, dah berebut katil, masing-masing solat lepas tu membungkuskan diri dalam selimut bersama mimpi indah.. Lagi best bila hujan turun waktu tu, lagilah sedap tidur tapi aku tak tidur, aku lepak balkoni je.. Makan angin, layan sejuk.. hahaha..
Lepas dah solat Asar, kami keluar pergi cari makan malam.. Kami ke PASAR MALAM BRINCHANG.. Tempat wajib singgah.. Nak cari parking punyalah susah, makanya ayah aku terpaksa ditinggalkan dalam kereta, kami 4beranak je yang cari makanan.. Nasib baik ada peniaga Melayu yang berniaga, yelaaa, mula-mula ingat takde orang Melayu berniaga sebab hari raya,kannn.. Kami beli Kuey Tiow Goreng, Nasi Kukus & Ayam Berempah termasuklah Cendawan Goreng.. Nyam Nyam.. Lepas tu singgah kedai runcit beli nescafe, susu, telur dan maggi untuk bekalan di hari
* saat memborong di pasar malam.. Aktiviti wajib bila sampai sini tapi bila ada pasar malam kat Shah Alam feelnya macam kisah tak kisah je.. Pelik sungguh..
Malam tu pulak, aktiviti untuk mengisi kebosanan ialah kita main BUNGA API!! Hahaha.. Aku memang bajet nak main kat sini, siap beli sekotak lagi tuuu.. Lagi pun, mood raya masih ada lagi,kannnn?? Adalah dalam 2ikat habis, bermain dengan rasa syok sendiri..
* wajah kanak-kanak purba bermain bunga api.. Ada gambarnya aku tengok dah macam rupa buat aktiviti bomoh membomoh je..
Lepas dah selesai main bunga api, aku pun layan perlawanan bola sepak MALAYSIA IX lawan BARCELONA.. Agak enjoy tengok gamenya.. Amri Yahya, sedara aku golkan sebiji untuk Malaysia!! Bersorak kuat jugak kat kawasan tu.. Fulltime, Barcelona menang 3-1.. Ok laaa, tak kalah besar macam Thailand sampai 7-1.. Tapi Messi tak main, cedera katanya.. Rugilah yang beli tiket mahal-mahal tu sebab tak dapat tengok Messi main.. Hahahaha..
Habis perlawanan tu, tunggu pulak perlawanan Celtic lawan Liverpool, my favourite team pukul 12tengah malam!! Nasib baik ada astro.. Beyond lagi kau,nyah.. Langgan sukan pulak tu.. Memang untung!!
* nak jugak mengetip gambar game MALAYSIA vs BARCELONA dengan LIVERPOOL vs CELTIC..
Habis game tu dalam pukul 1.45pagi, aku pun masuk ke bilik untuk melayari mimpi dalam kecewa selepas Liverpool kalah.. sob sob sob..
Esok bersedia nak ronda-ronda bumi Cameron Highlands di hari raya yang mulia ni :)
**BERSAMBUNG**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan