Khamis, 22 Ogos 2013

CAMERON HIGHLANDS.. MEMBAWA DIRI DI AIDILFITRI (PART 1)

Tajuk entri ni bunyi macam merajuk je,kannnn..
Hahaha, malas nak cerita panjang-panjang apa sebab tajuknya macam ni, kang ada stalker baca entri ni, aku cerita itu ini mulalah dijaja kat semuanya.. Biasalah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia??

Baiklah, teruskan pada cerita sebenar entri ni..
Tanggal 3 Syawal yang lepas, aku dan keluarga pergi membawa diri Aidilfitri tahun ni ke Cameron Highlands.. Dah dirancang sebelum puasa lagi dan dah tempah apartment pun.. Huyeahhhh.. Takde laaa raya ni bosan berkubang kat rumah.. Ini kali ke5 aku datang ke Cameron Highlands.. Entahlah kenapa rajin sangat ke sana, mungkin sebab cuaca dan permandangannya yang buat perasaan selalu nak ke sana.. Bila aku tengok-tengok diari, baru aku perasan, tiap 2tahun, mesti jejakkan kaki ke sini..

* barang yang dah siap disumbat dalam kereta..

Sampai sudah harinya, dalam pukul 8.30pagi, lepas dah siap kemas rumah, susun pakaian, kami sekeluarga pun bergerak menuju ke destinasi.. Perjalanan sangat lancar dari Shah Alam sampailah ke lebuhraya PLUS diiringi lagu raya dari corong radio.. Rasa agak sedih jugak bila dengar lagu raya tu, orang sibuk beraya kat kampung kita pergi bercuti tapi nak buat macam manakan.. Lupakan rasa sedih tu.. MOOD BERCUTI OIIII.. :D
Bila masing-masing perut dah mula bergendang lagu Sesuci Lebaran, maka singgahlah sebentar di R&R Tapah.. Nampak tak berapa sesak R&R ni tapi tetap payah nak cari meja makan..

* nak makan pun sibuk bergambar..

Selesai makan, perjalanan diteruskan dan dalam pukul 12tengah hari, mulalah pendakian melalui Simpang Pulai.. Dah lama rasanya tak meredah laluan di Tapah.. Walaupun jauh tapi jalan kat Simpang Pulai ni lebih selesa.. Bila dah nampak perkataan SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS, maknanya tak lama lagilah nak sampai..


* sempat mengetip gambar orang asli ni.. kihkihkih.. Dah dekat dah tuuuu..

Ingatkan dalam pukul 1tengah hari boleh sampai apartmentnya tapi disebabkan traffic jam kat kawasan Lavender Garden, Tringkap, Kea Farm dengan Brinchang terus ambil masa tambahan 1jam 30minit.. Perghhhh, kejang urat punggung aku!! Ingatkan cuti raya tak ramai orang, rupanya yang adooo.. Takpelah, asalkan selamat sampai.. Tapi sepanjang traffic jam tu, aku perhatikan ramai jugak orang Melayu yang datang sini.. Oiiii, korang tak beraya ke?? Takkan alami nasib yang sama macam kitaorang kot?? Hikhikhik.. Pukul 2.45petang barulah sampai ke apartmentnya, DESA ANTHURIUM.. Tempatnya best, pemandangan sekeliling menenangkan.. Rumahnya pun puas hati, BERSIH & KEMAS!! First time sewa kat sini..

Lepas dah masuk rumah, dah berebut katil, masing-masing solat lepas tu membungkuskan diri dalam selimut bersama mimpi indah.. Lagi best bila hujan turun waktu tu, lagilah sedap tidur tapi aku tak tidur, aku lepak balkoni je.. Makan angin, layan sejuk.. hahaha..

Lepas dah solat Asar, kami keluar pergi cari makan malam.. Kami ke PASAR MALAM BRINCHANG.. Tempat wajib singgah.. Nak cari parking punyalah susah, makanya ayah aku terpaksa ditinggalkan dalam kereta, kami 4beranak je yang cari makanan.. Nasib baik ada peniaga Melayu yang berniaga, yelaaa, mula-mula ingat takde orang Melayu berniaga sebab hari raya,kannn.. Kami beli Kuey Tiow Goreng, Nasi Kukus & Ayam Berempah termasuklah Cendawan Goreng.. Nyam Nyam.. Lepas tu singgah kedai runcit beli nescafe, susu, telur dan maggi untuk bekalan di hari tua esok.. Selesai semuanya, kami pun pulang ke rumah kembali dan sesi MELANTAK pun bermula.. Masing-masing macam tak jumpa makanan seminggu je bila tengok tahap kebuluran yang dialami..


* saat memborong di pasar malam.. Aktiviti wajib bila sampai sini tapi bila ada pasar malam kat Shah Alam feelnya macam kisah tak kisah je.. Pelik sungguh..

Malam tu pulak, aktiviti untuk mengisi kebosanan ialah kita main BUNGA API!! Hahaha.. Aku memang bajet nak main kat sini, siap beli sekotak lagi tuuu.. Lagi pun, mood raya masih ada lagi,kannnn?? Adalah dalam 2ikat habis, bermain dengan rasa syok sendiri..


* wajah kanak-kanak purba bermain bunga api.. Ada gambarnya aku tengok dah macam rupa buat aktiviti bomoh membomoh je.. 

Lepas dah selesai main bunga api, aku pun layan perlawanan bola sepak MALAYSIA IX lawan BARCELONA.. Agak enjoy tengok gamenya.. Amri Yahya, sedara aku golkan sebiji untuk Malaysia!! Bersorak kuat jugak kat kawasan tu.. Fulltime, Barcelona menang 3-1.. Ok laaa, tak kalah besar macam Thailand sampai 7-1.. Tapi Messi tak main, cedera katanya.. Rugilah yang beli tiket mahal-mahal tu sebab tak dapat tengok Messi main.. Hahahaha..

Habis perlawanan tu, tunggu pulak perlawanan Celtic lawan Liverpool, my favourite team pukul 12tengah malam!! Nasib baik ada astro.. Beyond lagi kau,nyah.. Langgan sukan pulak tu.. Memang untung!!

* nak jugak mengetip gambar game MALAYSIA vs BARCELONA dengan LIVERPOOL vs CELTIC..

Habis game tu dalam pukul 1.45pagi, aku pun masuk ke bilik untuk melayari mimpi dalam kecewa selepas Liverpool kalah.. sob sob sob..
Esok bersedia nak ronda-ronda bumi Cameron Highlands di hari raya yang mulia ni :)

**BERSAMBUNG**

Ahad, 18 Ogos 2013

3 HARI DI DESA ANTHURIUM, CAMERON HIGHLANDS

Awal Syawal yang lepas, aku dan keluarga berkesempatan untuk pergi bercuti di Tanah Tinggi Cameron ata nama omputehnya Cameron Highlands.. Kami sekeluarga menginap di apartment Desa Anthurium.. Penat aku tanya abang Google, cari tempat penginapan yang best dan selesa yang boleh sumbat ramai orang.. Akhirnya jumpa jugak.. Semuanya hasil bantuan blogger lain yang pergi bercuti di sana dan merekomenkan tempat ni..

Kalau sebelum ni, bila di Cameron Highlands kami sekeluarga menginap di Honeymoon Villa, berdekatan dengan pekan Brinchang, kali ni nak tukar mood plak.. Cari tempat penginapan yang pemandangannya lagi menarik dan menenangkan..

Apartment yang kami duduki ni, pemiliknya seorang Muslim dan apartment yang disewakan juga KHAS untuk orang Muslim, jadi tiada sebarang perkara meragukan timbul dari segi tempat memasak mahupun penggunaan perkakasan dapur..
Lokasinya antara pekan Brichang dan Tanah Rata, jadi tak jauhlah kalau nak ke Tanah Rata mahupun Brinchang.. Bersebelahan dengan Hotel De La Fern..

* dah nampak dah papan tandanya.. Bila dah nampak, terus excited :D

* kawasan meletak kenderaan..

Apartment yang aku tempah tu pemiliknya bernama Encik Hamid dan aku sewa apartment 2 bilik untuk tempoh 3 hari 2 malam.. Encik Hamid ada cakap boleh masuk awal pagi pun takpe tapi check out dalam 12.30tengah hari.. Kira 30minit lebih panjang dari tempat lain.. Masa dah sampai sana, aku tak berkesempatan jumpa Encik Hamid secara terus sebab dia masih ada di kampung halaman, raya kannn.. Jadi, aku terpaksa menjadi ala-ala penyamun menggeledah tempat rahsia kuncinya di sorokkan.. hehehe.. Apartment yang aku dapat ialah C3 (Blok C.. Kat sini banyak blok, tak silap sampai blok Q).. Perghhh, agak mencabar dan kesemputan jugak sebab kena turun naik tangga untuk sampai ke rumahnya ni tapi takpe, berbaloi sebab viewnya sangat best!! Cuma kesian dengan mak aku jelaa.. Sakit kakinya..

* pemandangan bahagian kiri dari ruang balkoni..

* pemandangan bahagian kanan dari ruang balkoni..

* pemandangan dari bawah Blok C..

Bila pintu dibuka.. Jeng Jeng Jeng.. 
Famili aku cakap, ''Wowwww, Okay laaa rumahnya''.. Hati aku pun lega dan tiada penyesalan!!
Masing-masing memulakan sesi merebut katil.. hahaha
Aku bagi sikit info bergambar tempat ni yeee.. Buat rujukan, mana tau ada yang berminat nak menyewa kat sini..

* bahagian ruang tamu dan ruang makan..

* bahagian keseluruhan rumah..

* KIRI : Bilik utama.. KANAN : Bilik kedua..

* bahagian dapur dan tandas utama.. Tandas ada dua.. Satu lagi kat bilik utama..

* balkoni..

* kawasan santai dan BBQ..

* pemandangan sekitar.. Ada kebun sayur..

Apa macam?? Okay tak??
Kalau bagi aku yang dah menginap kat sini, sangat puas hati.. Kira 4bintang dari 5bintang laaa.. 1bintang gugur sebab kepenatan mendaki anak tangga.. hikhikhik..
Rumahnya sangat bersih, tandas pun tiada keraguan.. Macam kat rumah sendiri bersihnya.. Lantai pun ada karpet, jadi kaki takdela sejuk sangat.. Cuma, bawalah pinggan dan mangkuk tambahan sebab ada pinggan dan mangkuknya dah retak menanti belah.. Mungkin penyewanya ada yang pernah jadi bekas pengganas.. hehehe..
Disediakan tilam extra, kalau tak silap dalam 3buah.. boleh bentang kat ruang tamu ramai-ramai.. nak lagi ramai berlonggok kat ruang tamu, bawa toto sendiri.. rumahnya luas, jgn risau.. bolehlah sumbat dalam rumah ni 3famili datang, purata 1famili 4orang..
Pasang TV pun, siap ada Astro, Beyond lagi kau nyahhhh.. Siap ada pakej sukan lagi tu!! Tempat penginapan aku yang dulu, HAMPEH.. TV ada tapi saluran takde.. Baik tak payah pasang TV..
Cuma sikit celanya, kawasan ni kurang parking dan kena hati-hati, ada kawasan yang dilarang parking dapat hadiah tayar kereta anda dikepit kalau tak faham bahasa :)
Kadar sewa yang aku kena bayar RM480, dapat kurang RM20 untuk 3Hari 2Malam.. Kadar sempena cuti umum hari raya dan cuti sekolah..

Kalau tak silap aku, Encik Hamid pun ada rumah 3 bilik sebab masa aku nak tempah dulu dia ada tanya NAK 2BILIK ATAU 3BILIK..
Jadi, kalau ada yang berminat, silalah hubungi Encik Hamid di talian 019-5682330..
Kalau aku, InShaAllah.. Kalau ke Cameron Highlands, pasti akan menyewa lagi di sini..

*perkongsian percuma.. tiada share saham dari Encik Hamid.. Hahahaha.. Sekadar membantu perniagaan sesama Muslim.. :)

Ikuti kisah percutian aku dan keluarga di sini >> PART 1 , PART 2 , PART 3

* pemberian Encik Hamid.. Dapat 2biji kubis bulat.. Dah tak payah nak beli dah, fresh dari ladang.. 
Tak dapat duit raya, dapat sayur raya pun boleh, Alhamdulillah :D


Selasa, 13 Ogos 2013

RAMADHAN BERLALU, SYAWAL BERTAMU

''Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa.. Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira..''
Ehhhh, main nyanyi-nyanyi pulak dia.. Nak happy kan diri katanya, takkan laaa raya-raya nak sedih pulakkan..
Apa macam hari raya kalian semua?? Ada syokkah?? Harap begitulah..
Aku?? Okay-okay je.. Walaupun tak balik kampung, raya tetap raya lagipun dah biasa dah tak balik kampung untuk raya pertama sejak abang sulung aku kahwin..

KISAH 29 RAMADHAN
Petang sebelum raya, aktiviti keluarga aku dan pastinya keluarga lain juga ialah menyediakan makanan untuk persiapan hari raya nanti.. Tahun ni, keluarga aku ada buat pertukaran menu.. NO AYAM!! Bukan boikot sebab harga mahal tapi mak aku dah jemu makan ayam katanya.. Mak aku masak kuah kacang (menu wajib), sambal sotong, rendang kerang dan kuah lodeh termasuklah nasi impit.. Tahun ni tak masak ketupat, pokok kelapa dah kena tebang.. kihkihkih.. Sepanjang proses masak memasak, memang tergugat jugalah iman yang sekelumit ni, dah laa tengah puasa lagi.. Baunya tuuuuu..

Tugas aku seperti biasa ialah menggunakan tenaga 'ALI CAFE' aku ni untuk 'membelasah' kacang yang digoreng untuk dibuat kuah kacang, melumatkan kelapa yang disalai untuk dibuat kerisik dan menumbuk cili untuk dibuat sambal.. Huyeahhhh, terkeluar otot-otot lengan aku, terasa seperti body Fahrin Ahmad buat seketika.. Juadah yang sempat siap sebelum berbuka puasa ialah kuah kacang dengan rendang kerang sekaligus dijadikan juadah berbuka puasa sekali.. Perghhh, memang nikmat.. Sekali sekala dapat makanan macam ni,kannn..

* Kuah Kacang & Rendang Kerang

* Sambal Sotong & Kuah Lodeh

Malam tu pulak, lepas pengumuman raya sambil dengar takbir raya dan anak buah aku pun dah sampai rumah, maka aktiviti kanak-kanak riang pun bermula.. Kita main bunga api dan pop pop.. Erkkkk?? Itu je yang boleh dibuat dan dimain.. Takkan nak main meriam buluh pulak kat kawasan bandar..

* kanak-kanak girang berjubah bermain bunga api.. Muka kelihatan agak berani tapi..

* Mak Indon dan Pak Nepal yang baru mendarat sangat gembira dapat bermain bunga api..
* Budak berjubah putih tu sebenarnya takut main bunga api.. hikhikhik

Dah habis main bunga api, sambung balik tengok drama SETIA HUJUNG NYAWA RAYA.. Meoww.. Meoww.. Dah selesai drama tu, semua masuk tidur.. KEPENATAN!!

KISAH 1 SYAWAL..
Pagi tu lepas solat Subuh, tolong kemas rumah sikit-sikit lepas tu baru mandi dan bersolat sunat.. Pergi solat sunat Aidilfitri dengan Abang Epul dan Aliff.. Selesai solat, waktu menjamah juadah raya walaupun sebelum pergi masjid aku dah makan sikit.. Biasalah, tangki besar!! 

* Percaya tak, ini aku yang makan?? hehe

Selesai makan, sesi bermaafan dan bergambar bersama keluarga pulak :)

* gambar solo Ahmad Rayyan..

* gambar duet dengan Ahmad Rayyan.. Dia pun dah naik penat bergambar..

* gambar sefamili..

* muka terpaksa bergambar..

* macam traffic light :D

* famili abang Epul..

Raya pertama di Shah Alam, hanya jiran terdekat yang tak balik beraya je datang.. Keluarga sebelah Kak Eja seperti biasa menjadi tetamu wajib di 1 Syawal.. Tahun ni, keluarga Mak Lang beraya awal ke rumah aku..

Malam tu pulak, aku dan keluarga pergi beraya rumah Abang Epul..

Walaupun penghujung Ramadhan aku teruji dengan penyakit tapi Alhamdulillah, menjelang Aidilfitri penyakit tu beransur sembuh.. Dapatlah menikmati hari raya dengan kesihatan yang baik..

Itulah kisah Aidillfitri pertama untuk tahun ni.. 
Kisah hari raya di Bandaraya Shah Alam..

Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalammualaikum..
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR & BATIN andai ada kekhilafan pada kata dan perbuatan yang mungkin sengaja mahupun yang tidak disengajakan, diluahkan sama ada di Facebook, Twitter mahupun di Blog ini sendiri dalam aku mahu mengaplikasikan prinsip KEBEBASAN BERSUARA.. (ayat macam poyo pulak)
Sama ada kemaafan aku ini sudi disambut mahupun tidak, itu terserah kepada kalian..

Semoga lebaran ini membawa 1001 kegembiraan buat kalian bersama-sama dengan keluarga yang tersayang dan semoga Ramadhan yang ditinggalkan membawa 1001 perubahan untuk terus kita Istiqomahkan dalam melalui baki kehidupan hingga kita bertemu dengan Ramadhan yang mendatang..
INSHAALLAH..

Berhati-hati di jalan raya kepada sesiapa yang pulang ke desa.. Doa dan tawakkal sepanjang perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung mahupun menziarahi keluarga nanti..

** bermula lebaran ni, kena biasakan perkara yang tak pernah dibiasakan dari dulu.. Raya tetap raya.. huyeahhhh!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H




Sabtu, 20 Julai 2013

NOKTAHKAN DI SINI...



Aku relakan jiwa,
menerima benci dan hina,
atas sebuah rangkap kata,
yang terlempar dari sebuah rasa..

Tak perlu setitis air mata menitis,
tak perlu seribu sesal terbuku,
tak perlu sejuta maaf dipinta,
kerna itu sudah tidak laku untuk didamba..

Sabarlah hati untuk menerima amarah,
sabarlah hati mendengar kutukan,
kerna itu saja yang terdaya dalam sudah lali keadaan itu untuk dilalui..

Kini..
Masanya untuk aku diam,
Diam dari terus berkata-kata..

Biarkan insan di luar terus menyampah,
Biarkan insan di luar terus meluat,
kerna aku hanya tahu,
di sini aku menulis melemparkan rasa sedih, gembira dan marah,
di sini aku menulis mendendangkan sebuah hakikat..

Yang pasti..Dalam apa saja yang terjadi dalam sebuah cereka dunia,
aku tak perlu berpaut pada ihsan manusia,
aku tak perlu gerun pada amaran manusia,
selayaknya, aku hanya wajar bertaut dan gentar pada ihsan serta amaran Yang Maha Esa..

Biarlah manusia menyalaherti,
tapi..
DIA tetap Maha Mengetahui..

AKU MAHU LAYARKAN NOKTAH ITU DI SINI..