Isnin, 15 Julai 2013

MARI KITA BERSUKAN !!

Seminggu sebelum puasa baru-baru ni, Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 24 Shah Alam, tempat cucu jagaan mak aku belajar buat Sukan Tahunan untuk tahun ni.. Sepatutnya sukan ni dibuat seminggu sebelum tu lagi tapi disebabkan jerebu, terpaksalah acara tahunan ni ditangguhkan.. Masa zaman aku dulu, Sukan Tahunan ni biasanya dibuat sebelum cuti penggal pertengahan tahun sebab lepas cuti tu kita akan sibuk untuk habiskan pembelajaran dalam kelas tapi sekarang ni dah berubah sikit.. Takpelah, janji tetap ada buat Sukan Tahunan tu..

Aku berkesempatan untuk datang tengok budak nakal yang bernama Adam Aqil bin Isa 'beraksi' dalam acara yang disertainya iaitu acara 50meter lari berganti-ganti.. Dia ni Pra-Sekolah untuk umur 6tahun.. Biasanya acara untuk umur dia ni, cikgu buat acara sukaneka tapi lain pulak kali ni.. Okay, zaman dah berubah..
Masa aku datang tu, tepat-tepat masa untuk Adam nak 'beraksi'..


* bersedia di tepi padang sebelum ambil tempat.. Budak nakal yang angkat tangan tu

* bersedia menunggu rakan lari untuk menyerahkan baton

* muka kepenatan selepas penat berlari

* bersedia untuk majlis penyampaian hadiah

* sesi penyampaian hadiah.. Group Adam dapat no3

* sukalah tu dapat pingat!! :)

Masa tengok budak-budak ni berlari, macam-macam ragam yang aku nampak.. Ada yang kasut tertanggal, ada yang lari masuk line orang sampai berlanggar dengan kawan lain, ada yang tergelincir, ada yang tengah leading tapi bila dah pass baton kawannya boleh terpacak macam tunggul.. Sian.. Tergelak-gelak jugaklah tengok ragam dorang..

Bila tengok Sukan Tahunan ni, teringat aku dulu masa kat tadika.. Aku banyak jugak menang acara sukaneka tapi hadiah yang aku dapat hanya Tupperware.. Adalah dalam 3buah.. Sampai sekarang masih simpan kat dapur tapi tak digunakan untuk isi apa-apa sebab dah lama sangat bendanya tu sampai dah reput penutupnya.. Zaman aku takdenya pingat-pingat bagai..

Zaman sekolah rendah, aku kurang terlibat aktiviti sukan sebab malas datang latihan petang-petang, jadi nama aku terus disenarai hitamkan.. hahahaha..

Apa pun, aku rindu dengan kenangan di Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam.. Walaupun baru je aku jejakkan kaki ke sana masa PRU13 hari tu tapi bila datang sekali lagi ke sini dalam mood yang berbeza, mulalah kenangan silam kembali terulit walaupun jasad sekolah ni dah banyak berubah :)

* gambar ni diambil masa PRU13 hari tu.. huuuu


-sekian-

APA YANG ANDA BERI, ITULAH YANG ANDA TERIMA

KARMA??
Mungkin itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan keadaan bila kita memberi sesuatu sama ada yang buruk mahupun yang baik, itu jugalah yang akan kita terima kembali bila tiba masanya..

Bila diingat balik apa yang pernah aku lakukan dahulu, aku rasa aku dah terima kembali 'balasannya' sekarang.. Yelaaa, dulu bersemangat buat 'jahat' nak attack sepupu orang lain, perli dan mengutuk macam nak pisahkan hubungan kekeluargaan dorang tapi akhirnya, sekarang aku alami sendiri keadaan itu.. Keadaan yang tak perlu diapi-apikan orang lain.. Ianya terjadi sendiri atas beberapa perkara dan terus, prappppp.. Itulah yang selayaknya aku terima atas perbuataan dulu.. Petunjuk DIA sudah terang tanpa perlu disuluh.. Relakan saja itu semua terjadi :)




Emmm.. 
Sekarang aku terasa blog aku ni macam diperhatikan, dibelek setiap saat.. Terasa macam popular jugak blog aku ni.. hahaha..
Tak sangka kot tulisan aku dalam blog ni jadi perhatian orang lain..

Untuk pengetahuan, blog ni laman peribadi, tempat aku menulis segala benda yang aku rasa aku nak taip apa saja.. Tempat aku nak luahkan perasaan sama ada marah, gembira, sedih atau apa saja.. Aku nak maki hamun atau nak menghentam sesiapa pun, tak perlulah orang nak kisah.. 
HAK MENULIS HAK SAYA.. Kata nak kebebasan bersuarakan??

Dan salah satu entri aku dalam blog ni mengundang kemarahan orang lain.. Okay aku faham apa sebabnya tapi pernah tak faham kenapa aku tulis macam tu..??
Aku rasa tak guna aku jadi manusia kalau ada orang maki hamun, menghina orang yang paling penting dalam hidup aku, aku perlu rasa BERBAHAGIA dengan apa yang terjadi.. 
Agaknya apa perasaan kalian kalau dapat tahu mak kalian dihina dengan tuduhan yang tak berasas, bercerita rasa kecewanya sambil menangis tak sudah.. Dihalau pulak dari menziarah orang tuanya sendiri dan yang buat tu pulak darah dagingnya sendiri..??
Mungkin aku sepatutnya tulis dalam entri hari tu dengan perasaan BANGGA dengan kata-kata PADAN MUKA EMAK AKU KENA MAKI ORANG DENGAN NADA BERGELAK KETAWA ataupun ADA AKU KESAH MAK AKU NAK KENA HINA DENGAN ORANG?? atau mungkin ALAAA, MAK.. COOL BEBEH.. BENDA KECIK JE PUN..
(mungkin kena edit balik tulisan tu nanti untuk kepuasan hati orang lain).. 

Apa yang aku taip dalam entri tu sekadar luahan perasaan marah aku, ada juga dari ayat tu perasaan yang aku ambil dan terjemahkan dari luahan hati orang lain yang rasa 'berhak ke atas hak yang ada' dan sedikit kesedaran dari kata-kata untuk renungan dari orang yang lebih berusia.. Nasib baiklah aku menggilakan kemarahan aku dalam blog, kalau aku menggila dalam Facebook, macam mana?? Cukuplah hari tu kes dalam Twitter..

Aku perlu sedar siapa yang aku kutuk tu?? Yuppp, aku sekadar siapa dia tapi cuba pantulkan balik soalan tu kepada yang berkenan, siapa mak aku tu kepada orang yang menghalaunya tu??
Aku tak gentle?? Yuppp, aku tak gentle tapi perlukah ber'gentle' dalam keadaan yang aku rasa tak perlu aku nak kusutkan kepala otak aku.. Banyak benda lain kot nak buat selain perlu melayan semua perkara yang tak penting, apatah lagi dalam bulan puasa macam ni, saat untuk nak buat amal.. Kalau kau sendiri tak nak buat jangan fikir orang lain pun sama..

Aku bukan nak cerita 'belakang-belakang' apa yang terjadi sebab definisi ayat tu sesuai untuk orang yang menjaja cerita seseorang dengan berterus terang tanpa kiasan kepada pihak ketiga dan seterusnya macam sesetangah orang tu.. Aku hanya MELUAHKAN PERASAAN dan kalau ada yang TERBACA atau SENGAJA baca, nasiblah sebab benda tu aku tak pernah dedahkan kepada sesiapa pun..

Tak kisahlah siapa orang yang menghina orang tua aku tu.. Saudara mara ke, kawan ke, jiran ke..
Salah ke kalau aku nak melempiaskan kemarahan aku tu, kemarahan yang datang atas penghinaan kepada orang tua aku?? Aku cuma lempiaskan dengan tulisan bukan perbuatan.. Ada ke aku mencarutkan atau keluarkan kata-kata kesat kat situ?? emmmm..
Tak kisahlah kalau nak cakap aku pengecut ke apa bila aku respon kat blog aku ni tanpa mahu berdepan.. Ikut sukalah aku nak aturkan kata-kata aku di mana saja.. Jadi, tak perlulah sesiapa yang nak pertikaikannya dan nak cabar mencabar.. Yang penting, aku tak perlu takut dengan perkataan ''HATI-HATI'' dari manusia tapi aku hanya takut ancaman dari DIA yang satu!!
Tak kisahlah jugak kalau ada yang nak kata aku KURANG AJAR sebab aku hanya mengikut perangai yang ditunjukkan oleh orang yang lebih tua dari aku.. Aku hanya mengikut langkah yang dimulakan oleh orang yang lebih tua dari aku yang bersikap macam tu..

Kadang-kadang aku terfikir gak, macam mana entri tu boleh dibaca sampai ada yang naik gila sedangkan aku dah publish berbulan lamanya.. Dulu, lepas dah publish tu pun, aku post kat Twitter je masa orang-orang yang rapat dengan aku tak online.. Yang ada pun followers yang tak dikenali dan takde pulak aku post kat Facebook ke apa.. Yang post kat Facebook tu pun topik lain dan kalau ikutkan, bila dibuka link blog tu, hanya entri yang dipost tu je yang keluar.. Lagi satu, blog aku ni bukan popular pun sampai beratus-ratus orang dalam sehari singgah nak baca apa yang aku tulis.. 
HAIRANKAN?? 
Dah tu, LEBIH MENGHAIRANKAN sampai 40orang yang buka untuk entri tu sahaja.. POWER BETUL entri aku tu.. Nampak sangatlah ada yang rajin buka aku punya blog semata-mata nak korek cerita orang.. Tak malu sungguh geledah cerita perbadi orang.. Nak cari bahan buat assignment ke?? wiiiwiiiwiii..

Untuk terakhir kalinya, aku ulangi, ini adalah blog aku.. Apa saja yang aku taip dalam blog ni adalah luahan perasaan aku dan aku tak post kan kepada umum seperti di Facebook apa yang aku taip kalau ianya sensitif sebab kat sana semua kenalan aku ada, melainkan ada yang GEMAR menggeledah blog aku nak cari bahan untuk dipanaskan..
Apa saja tulisan yang dalam blog ni bukan berniat nak cari gaduh, cari masalah dengan orang lain tapi itu hanya luahan apa yang aku simpan dalam hati.. Daripada ia membeku, baik aku cairkannya dalam tulisan kat blog ni.. SERIUS, IA MELEGAKAN!!
Ini tempat aku nak lepaskan semuanya, jadi kalau ada yang baca, yang terasa, itu nasiblah.. Kalau ada yang nak marah, terpulanglah.. Kalau dah tak suka, buat apa nak skodeng hak orang,kannnnn??

Kepada yang nak kata aku macam-macam, terima kasih sangat-sangat.. Ada yang kata aku ni 'eh lelaki ke'..'eh pondan'..'eh bapok'..'eh lembut'.. Apa saja gelaran yang diberi, rasanya lebih baik intai-intai diri sendiri sama ada anda cukup tulen sebagai manusia atau anda mengalami kecelaruan jiwa..

Kepada yang kaki skodeng tu, selamatlah jadi penyekodeng di sini.. Mudah-mudahan hidup anda bahagia dunia akhirat.. 
HATI-HATI YAZID, ADA YANG PERHATI (sambil gelak macam Kak Rock).. 
Nanti rajin-rajinlah skodeng blog saya ni lagi, mana tau ada sambungan sesi maki hamun orang ke.. Nanti boleh sampaikan kat orang lain.. Betul tak :)

*sudah cukup sudah, biar sampai di sini saja topik ni.. Malas nak respon lagi kalau ada yang cuba buka bicara kisah ini sebab tak nak meleretkan lagi benda ni.. Kalau masih terdengar suara-suara sumbang tu, pekakkan je laa telinga, butakan je laa mata.. Biarlah apa yang bakal dibuat kat aku, apa yang bakal dikatakan kat aku lepas ni, terima jelaaa.. Allah itu ada untuk lindungi hambaNYA..
Apa yang pasti, kehadiran anda di laman ini, datang tak diundang, pulang tak dihantar..
Jadi, sedarlah diri :)

SEMOGA BERBAHAGIA KALIAN SEMUA.. Assalammualaikum!!

Ahad, 7 Julai 2013

ALLAH BERKATI DIA..




Dia..
Insan yang bersusah payah dalam hidupnya,
demi anak yang dikurniakan-Nya..
Mengandungkan aku kurang lebih 9 bulan,
tak pernah merasakan ia suatu beban,
mengusung ke sana ke mari dengan penuh kekuatan,
penat lelahnya bersulam kesabaran,
tiba saat aku dilahirkan dikental diri dari kesakitan,
Allah terus melindunginya dari sebarang kemudaratan..


Dia..
tempat aku meluahkan kepayahan,
tempat aku berkongsi kegembiraan,
tempat aku mencari belaian,
tempat aku memperoleh keberkatan..

Garangnya aku takuti..
Bebelannya aku dengari..
Andai terguris pada katanya ku simpan di hati,
hanya terpamer dalam rajuk ku sendiri,
tak pernah terlintas untuk membalas tiap apa dimarahi
derhaka padanya neraka menanti..

Hari ini,
ulang tahun kelahirannya..

Ya Allah..
Engkau berkatilah dia.. Dia ibu ku..
Engkau kasihanilah dia seperti mana dia mengasihi ku sejak kecil lagi,
Engkau bahagiakanlah hidupnya..
Engkau tenangkanlah hidupnya.. di sini dan di sana nanti..
Limpahkan taufik dan hidayah pada dirinya,
Jauhkan azab seksa neraka tapi tempatkanlah di dalam syurga bila saat dia kembali ke sana..

Aku tak mampu memandikannya dengan wang ringgit,
aku tak terdaya mewangikannya dengan segulung ijazah..
Hanya doa dan kasih sayang yang mampu aku berikan,
sekelumit dari ku, yang tak mampu membalas timbunan jasamu..

Walau kataku ini tak terbaca olehmu,
tapi biarlah catitan berbicara dari rasa anakmu..

SELAMAT HARI LAHIR KE-56, PUAN HAMILAH - 070757
ALLAH SELAMATKAN IBU KU, Dunia & Akhirat.. :)

Sabtu, 11 Mei 2013

MENYUSUR BROGA

BROGA oh BROGA..
Selama ni asyik dengar dari mulut orang pasal Broga, kali ni aku berpeluang merasai 'NIKMAT' Broga.. (Nikmat tersangat..)

Rancangan ke Broga ni awalnya hasil idea Akmal dengan Azwa (depa plan senyap-senyap).. Bila dah masing-masing dapat kata sepakat, 27 April 2013 tarikh dipilih untuk ke sana.. Kebetulan itulah minggu terakhir Azwa dengan Faniza praktikal, maka, plan ni dijadikan aktiviti terakhir kami semua bersama-sama.. Kami yang dimaksudkan di sini Aku, Afiq, Akmal, Safiq, Azwa dan Faniza.. Kali ini ada ahli tambahan, member Akmal pun join sekali.. Lagi ramai lagi meriah katanya :)

Lepas Subuh tu masing-masing bergerak ke Broga dari tempat berkumpul kat rumah Afiq kat Hulu Langat.. Tak jauh pun jaraknya nak ke Broga.. Ahli yang pergi 10orang, naik 3kereta..

*sebelum memulakan perjalanan ke Broga.. Di kawasan rumah Afiq..

Dalam perjalanan tu, masing-masing mengharapkan dapat tengok sunrise.. Tapi apo kono eh jang, pemandu pelancong lupa plak jalan.. hahaha.. Nasib baik tak salah jalan cuma ingat-ingat lupa arah ke sana.. Takdelah nak kena pusing-pusing..

Alhamdullilah, selamat juga sampai ke destinasi.. Sekitar hampir jam 7pagi kami SAMPAI ke Broga.. SAMPAI di sini maksudnya sampai di tempat parking kereta, belum naik ke puncak.. huuuu.. DAH TERANG laaa weiiii..
Semuanya cepat-cepat siapkan diri.. Aku tukar baju, tukar kasut.. SEMANGAT SANGAT DAH NI!!! GO GO POWER RANGERS!!!

*semuanya nampak bersemangat yeee..

MISI MENYUSUR BROGA PUN BERMULA!! Jyeahhh..
Nampak tak semangatnya ayat ni.. hahaha.. 
Mukadimah menyusur Broga je dah kena press otot kaki dengan kuat.. Dalam 45darjah gak laaa permulaan pendakian tu.. Sudah laaa tak panaskan badan dulu, dah terus memanjat.. Bagus tak aku ni?? Meredah kaki bukit si Broga, agak mencabar!! Tahap kecuramannya boleh tahan laaa, ditambah lagi dengan tanah licin, mungkin malam tadi hujan.. Silap-silap ada yang surfing kat sini..

Okay, aku dah start nak pitam.. Inilah akibat tak sarapan dulu, dah terus memanjat.. Dalam 500meter perjalanan badan aku dah buat perangai!!! Nampak sangat kurang stamina aku ni.. huuuu.. Aku rasa macam nak terhumban dalam gaung je.. Budak-budak lain bagi support, biar aku tenangkan diri dulu.. Aku pun cuba kuatkan diri, minum sikit air dan WALK ON!! Sebenarnya, Hafiz kawan Akmal pun macam aku.. Dia pun tak sarapan dulu, dia siap nak muntah lagi.. Kesian plak aku tengok walaupun aku sendiri tengah tak stabil..

*bangkit dari kepitaman.. Afiq support aku dari belakang.. Thanks, bro..

Bila keadaan kembali bertenaga semula, kami pun bergerak ke atas.. 
YES YAZID, YOU CAN DO IT!!
Tengok budak-budak lain kuat, aku pun kena kuat.. 

*perjalanan yang hampir sampai ke destinasi..
*konon taff la tu ye, Afiq?? Tapi perut tu lebih taff.. hahaha 

Perjalanan di teruskan.. Sampai satu tempat ni, CURAM BETUL!!!
Macam 75darjah curamnya.. Kena panjat dan berpaut pada tali.. Takut tergelincir je sebab licin.. Dalam kepala aku terfikir, kalau aku terjatuh ni confirm berguling-guling macam filem hindustan!! Aku pun pelik, asal aku tiba-tiba bertenaga ni?? Relaks je panjat.. hahaha.. Zikir ALLAHUAKBAR tak lekang aku baca, mungkin itulah kekuatan aku masa tu.. 
Bila tengah syok memanjat tu, sekali tengok bawah.. perghhh, GAYAT la oooiiii..
Tapi nice view maaa.. Nak ambil gambar dari posisi tu memang tak laa.. Habis je cabaran curam tu, kami dah pun sampai.. Huyeahhh, Syukran!!

Tamat sudah seksaan pendakian..
SUBHANALLAH!! Memang cantik pemandangan dari atas tu!! Tenang jiwa bila tengok keadaan tu.. Ditambah angin bertiup sangat sopan.. Rasanya macam nak pasang khemah je kat situ.. Tidur sana sampai dapat tengok sunset :)

*muka gembira cabaran memanjat dah selesai
*si Safiq ni tak habis-habis buat muka fotogenik dia tu..huuuu

*mohon jangan buat gosip tengok gambar di atas.. Ikmal kalau tengok boleh meroyan ni.. 

*misi warga Tanjong Karang menawan Broga akhirnya berjaya.. Siap bawa scarf Selangor lagi tuuu..  #VivaSelangor


*dah macam nak buat cover album plak..


*gambar Faniza sorang-sorang takde.. Sori sayang :(

Dah puas bergambar, dah puas menghirup udara segar, dah puas mencuci mata, kami pun turun semula ke bawah untuk pulang.. Masing-masing mahu mengalas perut!! Perutnya dah buka lagu dangdut.. 2jam kat atas Broga walaupun tak sampai ke puncaknya, cukup memadai.. Bila nak turun tu takde masalah, cuma keadaan masih lagi licin, kena berhati-hati.. Dalam nak turun ke bawah tu, sejarah berulang kembali kat Faniza bila dia melakukan aksi KUAK TERLENTANG, 2kali pula tu.. Kesian dia.. Sakit tu, nasib baik takde akar pokok kat situ, kalau tak lagi perit!!!

*perjalanan menuruni bukit untuk pulang.. 
*kamilah kumpulan BackHillBoys.. hikhikhik

*Akmal si remaja riang.. Dalam fail gambar ni muka dia je yang banyak.. Faham-faham jelaa kamera siapa,kannn.. :P

*ketip-ketip gambar dulu sebelum balik..

Dalam 10lebih, kami semua selamat 'mendarat'.. Perghhh, memang penat, masing-masing kaki dah tegang je rasanya.. Rehat sekejap sebelum mulakan perjalanan pulang untuk mencari makanan..

Bagi aku, aku sangat puas dengan aktiviti ni.. Walaupun ianya sangat memenatkan tapi bila dah sampai atas sana sangat berbaloi.. Sesekali buat aktiviti lasak, okay what!! Ramai-ramai plak tu pergi sana..
Inilah penutup aktiviti aku bersama dengan Azwa dan Faniza.. :(

*Lepas ni misi menawan BUKIT MELAWATI pulak.. hakhakhak

Selasa, 7 Mei 2013

MASA UNTUK BERTENANG

5 Mei 2013
Saat dinantikan, saat penentuan..
Wehhh, ini first time aku pergi keluar mengundi menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan memilih pemimpin yang aku rasa berhak menjaga kawasan aku sekaligus mendapat 1 undi dari aku..
Hari tu bersiap dengan pakai baju warna parti yang nak dipangkah.. hahaha, UNDI TIADA RAHSIA LAGI..


*ku lihat BIRU :)

Gerak ke tempat mengundi dalam pukul 10.15pagi bersama dengan adik aku.. Sampai barong SPR, agak ramai orang tapi masih under control.. 


*beratur di barong SPR menunggu giliran nak tahu saluran mengundi..

*wajah pengundi momok yang beratur.. Dia mengundi di saluran 6.. TANGKAP!!

Dah tahu saluran mana nak pergi, maka teruslah menuju ke tempatnya.. Perghhhh, panjang betul.. Ni mesti semua excited jadi pengundi pertama, kannnn?? Tengok saluran lain, kontot-kontot je barisannya.. Sabau jelaaa.. 


*wajah sekolah lama ku.. Kembali semula ke sini, lalu teringat semula memori belajar di sini :)

*artis kelahiran Jepun tapi bermastautin di Malaysia didapati mengundi pada PRU13.. :P

*nampak tak di situ betapa panjangnya beratur untuk saluran 6.. SUARA ANAK MUDA!!

*semakin menghampiri pusat pengundian.. dubdab dubdab..

Satu per satu aku tengok dalam barisan tu, aku nampak ramai member dari zaman sekolah Rendah mahupun Menengah.. Dalam menanti untuk sampai ke pintu depan saluran mengundi, kami dikejutkan dengan seorang pengundi HANTU... eh, bukan.. Ada pengundi PENGSAN!! Dushhh.. Mukanya tersembam ke longkang, bibirnya berdarah, perempuannya dah tak sedarkan diri.. Semua dah panik, cuak.. Maka panggillah abang Polis untuk membantu.. Dia pun ambil air botol lalu direnjis-renjis sambil berselawat.. Akhirnya dia sedar tapi masih tak stabil.. Rupanya abang dia pun ada mengundi sekali tapi duduk belakang, jauh.. Abangnya cakap dia tengah mengandung dan tak sarapan lagi.. Hang ni excited sangat kot sampai tak sarapan dulu.. Harap baby dan ibunya okay :) Dalam situasi cemas tu, terlihat suasana yang sweet gitu as a Malaysian.. Sorang perempuan India memangku perempuan yang pengsan tu, sambil cuba mengejutkannya.. Aku nampak dia pulak yang panik.. Tapi itulah bukti perpaduan yang sudah lama dipupuk walaupun berbeza bangsa berjaya diterjemahkan.. 
Takde gambar, yelaaa, orang tengah susah takkan sibuk nak bergambar,kannn??

Bila keadaan kembali terkawal, semuanya kembali beratur dan terus menunggu giliran.. Bila giliran dah sampai, check IC, calit dakwat kat kuku, ambil kertas undi, pangkah calon (tak fikir panjang, terus pangkah), letak kertas undi dalam peti undi dan beredar.. SELESAI!! :)

Malam tu setia menanti keputusan PRU13 tapi dalam masa sama ada game best.. Merseyside Derby, LIVERPOOL vs EVERTON!! Mana satu aku nak tengok ni.. Pergi mamak ingat dorang pasang bola, rupanya pasang keputusan PRU13.. Jadi, bukalah streaming untuk tengok game tu.. Naik juling mata aku, entah mana satu yang aku nak tengok.. Tapi serius.. Malam tu langsung takde mood nak layan bola, tak excited walaupun game best.. Game MU lawan Chelsea pun buat-buat tak tahu je..

Start pukul 8malam, satu per satu keputusan keluar, lambang Dacing dan Roket silih berganti memenangi kerusi masing-masing.. Dimana Bulan dan Mata?? Okay, tenang dulu sebab keputusan yang awal-awal ni kat Sarawak.. Biasanya Sarawak BN dgn DAP je, kalau ada yang menyelit pun PKR.. 

Mula pukul 10malam, dah mula keluar keputusan dari kawasan lain luar Sarawak.. Keputusan Dun juga dah mula masuk.. Tapi agak merimaskan mata bila setiap kali keluar keputusan, yang muncul ROKET.. Emmm..
Hari tu berjaga malam sampai pukul 3pagi semata-mata nak tunggu keputusan penuh, lagi-lagi keputusan kat Selangor.. Macam biasa, keputusan kat Selangor memang lambat sebabnya kertas undi yang perlu dikira sangat banyak, belum lagi dengan kiraan semula.. Yelaaa, masa aku lalu kat depan Sekolah Menengah Seksyen 24, peti undi pun belum keluar dari dewan walaupun dah pukul 8.15malam..

Lebih kurang pukul 12.30tgh malam, BN berjaya membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah dan memperoleh 133kerusi daripada 222kerusi bila semua undi selesai dikira..
PARLIMEN : BN 133 / DAP 38 / PKR 30 / PAS 21
Kerusi BN, PKR dan PAS masing-masing merosot tapi DAP bertambah 10kerusi berbanding 2008..

Di Selangor, BN kalah sangat teruk berbanding 2008..
8kerusi Dun terbang melayang.. tapi berjaya merampas 2kerusi Dun dari PR iaitu Dun Bukit Melawati & Kota Damansara, itu pun nasib baik PAS dan PKR letakkan calon serentak di Dun Kota Damansara kalau tidak jangan harap nak menang.. Parlimen Kuala Selangor juga BN berjaya culik kembali..
PR berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3, PAS 15 - DAP 15 - PKR 14.. Kalau tengok dominasi parti, PAS wajar diberi mandat jadi MB Selangor yang baru walaupun sama bilangan kerusi dengan DAP.. Kita tunggu dan lihat siapa MB baru Selangor.. Aku harap bukan Adun MERU!!

Entah, macam sesuatu yang pelik aku rasakan PRU kali ni terutama bila di mana DAP bertanding, di situ dia akan menang.. Menang bukan setakat 2 atau 3ribu majoriti tapi ada yang sampai mencecah 40ribu.. Mana datangnya undi yang begitu besar tu pun aku tak tahu.. Nampaknya, sekali lagi DAP akan menjadi lebih dominan berbanding rakan pakatannya yang lain.. Nasib baiklah di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diaorang tak bertanding, kalau tak, emmmm tak tahulah apa nak cakap.. 

Mungkin ada yang menyatakan ''TAKPELAH DAP MENANG BANYAK. TAK PERLU TAKUT.. MCA TU PUN CINA, ORANG BN TAK TAKUT KE KALAU MCA MENANG BANYAK NANTI DIAORANG RAMPAS KUASA..??''
Situasi MCA dengan DAP sangat berbeza.. MCA kalau menang banyak mana pun, yang akan payung dia nanti UMNO dan kerusi yang diorang bertanding pun tak lebih dari UMNO, jadi takde isu MCA takeover kepimpinan BN.. Lihat sajalah situasi sekarang DAP lebih banyak kerusi.. Diaorang yang control PR sekarang walaupun yang jadi ketua pembangkangnya dari PKR.. Keadaan menjadi bertambah rumit bila mereka ni tidak digabungkan secara HALAL, maka kalau diorang pegang Putrajaya, tiada kata putus dari parti mana yang akan jadi PM.. Kalau dalam BN memang dah ditetapkan UMNO yang jadi PM..

Kalau ada yang kata UMNO dah nak KARAM, rasanya tanggapan tu silap.. PRU13 mencatatkan pertambahan kerusi yang dimenangi UMNO di Parlimen kepada 109kerusi daripada 79kerusi sebelumnya.. Cuba tengok PAS, 21kerusi je dan berkurang dari PRU12.. Itu menunjukkan orang Islam/Melayu masih percayakan UMNO berbanding PAS/PKR.. Tapi kenapa ye undian tak memihak kepada PAS sedangkan undian terhadap DAP begitu mencanak naik.. Kerusi bertambah, majoriti besar.. Tapi PAS?? Siap hilang Kedah lagi, kat Kelantan pun banyak kerusi bertukar ke BN, cuma bernasib baik kerusi PAS bertambah di Selangor.. 

Sepanjang proses pengundian sampailah proses mengira undi, banyak sangat isu yang berbangkit..
PENGUNDI HANTU - HANTU yang diimport mai dari Bangla.. Begitu pastikah HANTU tu akan mengundi BN?? Nak buktikan HANTU undi BN dengan buat rakaman video.. Bukankah video tu benda besi tak boleh jadi saksi.. Sesiapa boleh menyamar, sesiapa boleh upah.. Hatta, IC tu sendiri boleh di palsukan.. Yelaaa, sindiket kan banyak, jadi tak perlulah nak tuduh JPN dengan SPR bersubahat..
Tapi dalam sibuk mengesan HANTU, sikap serkap jarang sampai mencederakan orang, itu adalah tidak wajar.. Kalau jumpa betul HANTU tu, tangkap jelaaa..
Apa pun, yang kelakar dalam isu ni, Cybertroopers PR sibuk post IC HANTU, nama Cina tapi muka India last-last yang mengantoikannya geng dia juga.. SADIS!! Entah-entah PR yang import HANTU undi diaorang, yelaaa, diorang je yang tahu siapa HANTU tu, siap dapat IC dan ketip gambar lagi..
  
BLACKOUT - Ini satu lagi isu.. Katanya masa kira undi berlaku Blackout.. Dilaporkan di Bentong dan kebetulan BN menang kawasan tu.. Rupanya, takde kes blackout kat Bentong, apa cher korang nak buat fitnah.. Katanya yang blackout tu kat Gelang Patah, DAP menang pulak tu kat sana.. Jeng Jeng Jeng.. 


Kadang-kadang kelakar melayan fitnah diaorang ni.. Itu belum lagi kes peti undi hilang.. Kalau betullah semua tu kerja BN dan ianya BERJAYA buat calon BN menang, kenapalah Selangor tu boleh kalah teruk?? Yelaaa, penat-penat buat lagu, video klip Sayangi Selangor Yakini BN, takkan tak nak menang kot?? Itu promosi buang masa namanya.. Dan lebih sweet, baik bagi BN menang 2/3 terus untuk kerusi Parlimen.. Yelaaa, akal dorang bijak kot, kita ni bodoh sebab tu dorang senang post-post benda macam ni lepas tu geng dorang pun percaya.. Nak SIASAT DULU?? Harammmmm..

Aku tak nak cerita pasal ' TSUNAMI UNDI CINA ' kat sini sebab ianya hanya mengundang persepsi buruk dan menambahkan sikap perkauman.. Biarlah aku tahu keadaan itu berlaku, aku sedar kenapa ia berlaku.. Aku juga tahu kenapa DAP begitu mudah meratah lawan di setiap tempat yang dimenanginya kali ni.. MCA menang PRU13 kali ni pun sebab bertanding di kawasan Islam/Melayu lebih ramai.. Jangan cakap pasal perkauman semakin bernyala sekarang walhal benda ni kembali berbara semenjak 2008 lagi.. Ketuklah pintu akal fikiran wahai umat Islam dan bangsa Melayu.. Mungkin ini petanda dari Allah nak tengok kita masih mahu berbalah atau mengikat kembali ikatan persaudaraan.. Disebalik kesibukan mendoakan kejatuhan sesama Islam, kita kadang-kadang terlupa ada benda lain yang lebih penting dari itu.. Mencari benteng kental untuk mempertahankan hak Islam/Melayu.. Nampak benar kata seorang pakcik tempoh hari dan ianya terbukti kini.. Tak sia-sia aku pasang telinga hari tu.. huuuu

Hentikan politik fitnah.. Jangan biarkan punca zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dulu tumbang berulang kembali lagi pada waktu ini.. Musuh dari luar sedang fokus memerhatikan kita, menunggu masa kita tersilap langkah dalam meniti titi kejayaan.. Jangan kita ditumbangkan akibat fitnah.. Tak kira sama ada pihak kanan mahupun kiri..

Aku harap masing-masing boleh terima keputusan PRU13 kali ni walaupun masih ada langau yang berbunyi mempertikaikannya.. Bagaimana BN boleh terima kekalahan di Selangor, Penang dan Kelantan, PR juga patut terima kekalahan di negeri lain dan di Persekutuan.. Kalau masih pertikaikan keputusan PRU13, rasanya anda  perlu menolak kemenangan kerusi anda dan kemenangan parti anda di negeri yang anda menang.. Tak perlu tubuhkan kerajaan di negeri yang anda menang.. Jangan bila anda menang anda tak bersuara tapi bila kalah riuh sedunia.. Mungkin bila anda dapat Putrajaya barulah waktu tu anda kata pengundian di Malaysia suci dan bersih, telus dan mulus..

Kepada yang dah dapat title YANG BERHORMAT / YANG BERKHIDMAT, jalankanlah tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya.. Ini satu ujian untuk anda, sama ada anda amanah dan bertanggungjawab ataupun tidak.. Andai anda gagal untuk penggal in, bersedialah untuk ditolak rakyat dan dipersoal diakhirat..

Apa yang aku tulis ni lepas dah tengok dan mempertimbangkan semua benda yang datang dari BN mahupun PR.. Melihat posting sahabat facebook yang majoriti support PR dan membandingkan serang balas sesuatu isu oleh BN.. Aku ambil kedua-duanya untuk dipertimbangkan.. Apa yang pasti, selagi kita ni bernama manusia, tak akan pernah lari dari buat silap.. Jangan hanya memandang silap orang lain tanpa melihat kesilapan diri sendiri..
JANGAN HANYA PANDAI MEMEGANG CERMIN TAPI DISULUHKAN KE ORANG LAIN TAPI TIDAK SEKALI MENYULUH KE ARAH DIRI SENDIRI..
Kita tidak maksum!!

Lepas ni, rehatkanlah diri daripada berpolitik.. Penat kot tengok.. Tak habis-habis bergaduh.. Nak politik balik tunggu 4tahun lagi.. Sekarang, rapatkan semula barisan, Utuhkan semula pakatan agar kita mampu bergerak seiring untuk membina negara Malaysia dengan lebih baik.. Sekarang masanya untuk kita bermuhasabah, bukan berbalah.. Kita mungkin berbeza pendapat tapi kita wajar meraikan perbezaan itu dengan cara berhemah.. Aku harap sangat kedamaian, ketenteraman dan keamanan negara Malaysia akan berkekalan sampai akhir zaman.. InshaAllah..


*gambar terakhir untuk topik politik.. Semoga saudara seagama dan sebangsa saya di Singapura terus dilindungi dan diberkati Allah.. Moga ianya tidak berlaku di Malaysia..

Siapa TAK NAK jadi PENSYARAH, angkat tangan!!!

*MASA UNTUK BEREHAT BERSAMA KIT KAT*macam panjang je entri kali ni..takpe kannn, 5tahun sekali katanya..