Sabtu, 3 Januari 2015

THANK YOU LEGEND, STEVEN GERRARD !!!

Saat mula-mula mendengar berita Captain Fantastic, Steven Gerrard akan meninggalkan Liverpool penghujung musim ini,aku terpana seketika.. Betul ke atau sekadar khabar angin yang melintas dikala pintu perpindahan pemain mula dibuka.. Bila laman web rasmi kelab dah keluarkan kenyataan rasmi yang Gerrard akan mengakhiri perjalanannya di Anfield hujung musim ni, dah takde apa-apa perkataan yang mampu diungkapkan, rasa nak menangis berguling-guling saja waktu tu..

Why Gerrard?? Why??

Walaupun musim ni bagaikan musim yang suram buat Liverpool dan buat Gerrard sendiri sampaikan dia sering menjadi 'kambing hitam' oleh peminat disaat Liverpool seri apatah lagi bila kalah tapi menyalahkan dia secara total adalah tidak wajar.. Memang permainan Gerard dah mula slow tapi taktikal Rodgers sering meletakkan beliau pada 1st eleven kadang kala memberi gambaran buruk pada Gerrard.. Letakkan saja beliau dibangku simpanan dan masukkan pada 70minit ke atas.. Walaupun sekejap tapi mata ni tetap mahu tengok dia main daripada akhirnya dia jadi mangsa sumpah seranah budak baru nak up..

Cuma sedikit melegakan dari berita itu, Gerrard tidak akan menyarung jersi pasukan rival Liverpool sebab tak sanggup nak bertemu dengan Liverpool (aku lagi tak sanggup tengok kau main dengan pasukan lain lawan team kesayangan aku), tapi dia dikatakan memilih kelab dari Amerika Syarikat..

Aku mengenali dan mencintai Liverpool sebab kau Gerrard!!
Bila kau takde dalam team Liverpool nanti macam karipap tiada inti, donut tanpa gula.. Ye, aku tahu suatu hari kau akan pergi tapi aku nak kau pergi dari Liverpool sebagai PESARA bukan KELUAR dan BERPINDAH..
Perit, cukup perit.. Biarlah pasukan lain nak kata NO BPL MEDAL FOR YOU, GERRARD tapi lebih berharga dari itu KESETIAAN dan PENGABDIAN hidup karier bola sepaknya bersama Liverpool selama 26tahun tiada nilai nak dibandingkan dengan medal tu..

Menjadi pembakar semangat disaat rakan-rakan lain bagai hilang arah.. Membangkitkan kekuatan di atas padang untuk mencapai kejayaan.. Cukuplah semua tu kau buktikan pada Final Liga Juara-Juara Eropah 2005 dan Final Piala FA 2006.. Segala itu menjadi memori indah kebangkitan Liverpool..

Sebelum ini, sudah ramai pemain ulung yang meninggalkan Liverpool sejak aku sayang kelab ni pada 2003.. Hyypia, Owen, Xabi Alonso, Luis Garcia, Torres, Carragher, Agger, Suarez, bintang-bintang yang menjadi siulan dan kesayangan Kops tapi pemergian mereka tidak mungkin sama dengan pemergian engkau..
26tahun setia dengan Liverpool dan menolak segala tawaran dari kelab yang mampu memberikan kejayaan Liga dengan mudah, cukup jadi bukti kenapa dia terlalu istimewa dimata peminat..
Lihatlah saja, pengumuman Gerrard ialah untuk berhijrah bermain di Amerika Syarikat tapi ucapan dari bekas pemain Liverpool, dari peminat bagaikan dia terus menggantung but tanpa ada lagi aksinya diatas padang..

Pengunduran engkau kami relakan, walau sakit untuk kami tanggung..
Patah tumbuh mungkin berganti tapi entah bila ia akan terjadi..
Terlalu pahit untuk ditelan tapi masih ada manis untuk dikenang..
Tiada lagi sepakan peluru berpandu darimu untuk kami saksikan..
Tiada lagi ciuman pada kamera yang mengguris hati Syaitan Merah..
Tiada lagi hantaran lintang yang bisa memasung gerak lawan..
Aku maafkan bila engkau tergelincir..
Aku fahami bila engkau dikritik..
Engkau juga manusia biasa, pasti ada silap..
Semua piala sudah engkau julang hanya kejuaraan liga masih belum ada sisa kucupanmu..
Benar, tiada yang lebih besar dari pasukan tapi Liverpool adalah Gerrard dan Gerrard adalah Liverpool..
Terima kasih untuk segalanya Captain Fantastic!!!

Siapakah yang akan menjadi pewaris legasi kesetiaan pada Liverpool selepas berakhirnya legasi Steven Gerrard..
Bila aku rindukan kau nanti, akan aku pasang video-video kau Gerrard..
Tan nak cakap lagi, sedih ni.. arghhhhhhh..

#Legend #CaptainFantastic #SG08 #LFC #YNWAGerrard


** berakhirlah sebuah era..







** antara cebisan tweet dan status Facebook dari bekas pemain Liverpool..

** kiriman di Instagram awek tenis, Wozniacki yang minat dengan Liverpool..

** satu persatu tinggalkan engkau hingga engkau tinggal sendiri tapi sekarang engkau pula yang tinggalkan kami.. :(

Sabtu, 13 Disember 2014

KE PULAU PANGKOR LAGI KE KITA??

Assalammualaikum pembaca-pembaca blog yang setia.. Bunyinya macam popular sangat blog ni..
Harap semuanya sihat-sihatlah, bertambah sihat bila baca blog ni :)

7hb dan 8hb Disember 2014 yang lepas, aku dan keluarga kembali semula ke Pulau Pangkor untuk bercuti bersama-sama selepas kali terakhir meninggalkan jejak tapak kaki kat sana pada Aidilfitri yang lalu.. Kami datang ke Perak ni pun sebab nak pergi kenduri kahwin anak kakak sepupu aku yang duduk kat Sitiawan.. Percutian ke Pulau Pangkor ni pun kira percutian yang tak dirancang, tak tempah mana-mana penginapan pun sebab rancangan asal nak menginap kat pekan Lumut je dan pergi berempat tapi bila Abang Iwan kata nak ikut sekali, dia ajak pergi Pulau Pangkor.. Aku follow aje, dah dia pun kata nak belanja penginapan kat sana.. hehehehe.. Panjang pulak mukadimahnya, layankan jelaaa ye.. :P

Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 8.00pagi dan sampai di Sitiawan dalam pukul 12.30tengahari.. Walaupun baru pertama kali pergi rumah Kak Mah (bukan Rosmah Mansur yeeee), Alhamdulillah, selamat juga sampai sana tanpa sesat.. Terima kasih Google Maps (Waze?? Who??).. Mak Usu & suaminya serta famili Wak Mus dah sampai dulu, dah siap makan pun.. Nasib baik tak jumpa famili kenamaan tu, kalau tak, mahu muntah kahak hijau kat sana.. hahahaha.. Pukul 1.30, pengantinnya pun datang.. 2pasang pengantin rupanya tapi Kak Mah cakap 3pasang pengantin yang nikah.. Rupanya, yang 1pasang lagi tu, pengantin yang dah berusia, jadi tak payah nak sanding-sanding lagi (jelir lidah kat Kak Linda).. Pengantin dah selamat sanding, perut pun dah kenyang, kami pun balik dan terus menuju ke Pulau Pangkor..

** 3beranak duduk dibelakang, mak tukar posisi..
menuju ke Sitiawan..

** dah sampai Sitiawan dah..
jom makan!!!

Masa bertolak dari jeti Lumut, tak ramai.. Bagus!! Dalam feri pun tak ramai orang, tak payah berebut tempat duduk.. Tapi, bila sampai je kat jeti Pulau Pangkor, oh mak kau, ramai betul orang bersesak nak balik.. Yang baru nak datang ke Pulau Pangkor macam kami ni pun ramai.. Sumpek!!
Tanpa berlengah, terus cari teksi pink, dah serik dah nak sewa kereta, nanti dapat kereta yang menjahanamkan mood cuti kami.. Tambangnya untuk 5orang, RM17 tapi abang tu baik bagi RM15 je.. Tapi dulu kami 4beranak datang tambangnya RM25.. Jeng jeng jeng..
Kami pun terus menuju ke Anjungan Beach Resort & Spa dengan harapan ada lagi kekosongan bilik..
Ini link laman rasmi resort : WEB RASMI ANJUNGAN BEACH RESORT & SPA
Ini link review dari aku : BLOG RED ITU MERAH

** di dalam feri, perjalanan menuju ke Pulau Pangkor..
hoi Pangkor, kami datang lagi niiiii..

Alhamdulillah, ada kekosongan walaupun kami minta bilik Family (4orang) tiada kekosongan tapi masih ada bilik Standard (2orang - 2 katil single), dengan bayaran RM200 semalam.. Jadi terpaksalah tempah 2bilik.. Aku sebilik dengan abang aku.. Mak, ayah dan Ain sebilik tapi bilik dorang katil king, boleh 3orang tidur.. Memang puas hati, selesa.. Kalau bayar mahal tapi tak selesa, mahunya nak kena sembur.. 
Sampai je terus solat dan guling-guling di katil.. Penat walaweiiiii..

Petang tu, lepas Asar, aku dengan adik aku pergi melepak kat kedai makan, katanya dia nak makan laksa.. Nak ajak mak dengan ayah sekali tapi mak tak mahu, sakit kaki sebab biliknya tu kat tingkat atas sekali.. heeee, terseksa lagi kakinya.. Jadi, ayah je turun bawah, belikan makanan untuk makan sama-sama dengan mak kat bilik.. Berdating lettewwww..

** makan petang yang ayah beli untuk berdating di dalam bilik dengan mak..
apam balik dan pisang goreng..


** kami berdua melepak makan petang di kedai makan depan Hornbill Resort..
air milo tu manisnya sampai juling mata, kalau hari-hari minum mahu kena kerat kaki..


** laksa oh laksa..

Layankan aje adik aku nak makan laksa.. Aku cuma minum milo je, kekenyangan makan lauk kenduri tadi.. Dah selesai makan laksa, ambil angin petang tepi laut.. Alahhhh, tenangnyalah jiwa.. Kalaulah dapat datang sini selalu.. ermmmm.. Dah habis berfeeling tepi laut, kami pun balik ke resort.. Tengok budak-budak mandi kolam pulak, geram aje, rasa nak terus terjun kolam.. Macam mana boleh lupa bawa baju dengan seluar extra, jadi terpaksa tunggu esok nak mandi-mandi..

** kami tak bercanda ditepi pantai, sekadar mengambil angin yang ada..
nasib tak baik, sedut sekali angin kentot orang lain..

** matahari mahu melabuhkan sinarnya di ufuk barat..

Malam tu tak dapat tengok game semi final AFF Suzuki 2014 sebab TVnya takde channel TV9.. Sedihhh banget!! Dah semangat bawa scarf bagai.. Positifkan diri kat kedai makan nanti ada tunjuk game ni..
Pukul 8malam tu, hujan lebat turun dengan angin kencangnya.. Terpaksalah tangguh makan malam.. Dah selesai solat Isya', hujan pun berhenti, kami pun turun ke bawah cari makan malam.. 
Kedai makan no3 offer lauk ikan pari sekor, ikan siakap sekor, udang besar 4ekor, ikan apa ntah macam ikan kembung 2ekor, sotong sepinggan, tomyam, jus sejug dan nasi untuk 5orang dengan harga RM80.. Rasanya macam murah.. Tak tahulah, mungkin harga murah sebab bukan hujung minggu dan baru lepas hujan, orang tak ramai keluar..

** inilah lauk-lauk makan malam kami..
meriahkan?? rezeki Allah..


** muka kekenyangan..

Ikan parinya belah dua, sebelah bakar dengan sambal, sebelah lagi kukus dan dimandikan dengan sambal belacan.. Ikan siakap belah tengah, ekor masak 3rasa, kepala masak macam kukus, ada kuah2 sikit.. Ikan yang macam ikan kembung tu dua-dua bakar dengan sambal.. Udang pula masak sambal tapi ada rasa kari sikit.. Sotong seperti biasa goreng tepung.. Air order air sunquick.. Yang paling mantap ikan pari kukus dimandikan dengan sambal belacan dan ikan siakap kukus.. Mantop habis!! Cuma yang kureng best, nasinya dah sejuk dan tepung sotong gorengnya tak rangup.. Apa pun, syukurlah.. Ada juga makanan untuk dimakan :)

Selesai makan ronda-ronda tepi pantai, membawa hati yang lara bila kat kedai makan sebuah TV pun takde!! Macam mana nak tengok game Malaysia vs Vietnam.. Adoiiii.. 
Dah penat meronda, kami pun balik ke tempat penginapan.. Aku dengan adik aku jenjalan tepi kolam renang, ambil mood untuk esok.. hahahaha..

** ini model tak berbayar kolam renang resort ni..

Sementara tunggu makanan dihadam, aku layan TV sorang diri tengok Mentor, ingat nak tunggu sampai berita tengah malam nak tahu keputusan bola sepak tapi mata dah berat, terus aku tidur..

** inilah bantal busuk saya..
bercuti kemana saja, kena bawa, nanti tak boleh tidur..
dah namanya bujang, peluk ciumlah bantal busuk, dah kahwin peluk cium isteri pulak..
eh?? hahaha..

Paginya, aku melepak sendirian di balkoni bersama secawan teh.. Terasa otak pagi tu dah tak fikir benda lain, tenang jeeee.. Dengar bunyi hempasan ombak dengan bunyi cengkerik dari hutan, bergabung jadi satu, lain macam feelingnya.. Kalau mak, ayah dengan Ain duduk sebilik, mesti lagi best.. Borak-borak, gelak-gelak. usha orang yang lalu lalang.. 

** secawan teh di pagi hari sambil menikmati keindahan alam dan kesibukan manusia..

Masa untuk sarapan pagi.. 
Serius cakap, sarapannya sedap sangat kalau nak dibandingkan sarapan dekat Marina Cove Teluk Batik.. Bayar sampai RM15 seorang tapi rasa makanannya entah apa-apa aje..
Kat sini aku makan nasi lemak, teluk hancur, kacang panggang, kentang wedges, sosej dan bijirin serta air kopi.. Ada lagi pilihan makanan, mee goreng, wantan goreng, bebola ikan, roti bakar, salad dan air teh.. Makanlah puas-puas tapi ingat jangan membazir.. Macam nyesal je tak ambil makanannya banyak hari tu, hehehehe..


** sebelum sarapan, kita ketip gambar dulu couple ni..



** menikmati sarapan bersama keluarga..

** hidangan sarapan aku untuk hari tu..
rasa macam makan bukan aku je, makan sikit sangat..

Selesai sarapan, kami jenjalan lagi di tepi pantai memerhatikan gelagat manusia.. Seronok je tengok budak-budak mandi.. Ombak pagi tu tenang je tak macam aku pergi masa raya hari tu, kuat macam nak menarik aku ke laut.. Dah kembung makan angin pantai, kami balik ke resort..
MASA UNTUK MANDI KOLAMMMMM!!!!
Hahaha, inilah kesannya bila masa kanak-kanak dulu tak merasa benda-benda macam ni.. Dah tua baru nak meroyan dapat mandi air kolam..

** santai sekeluarga di tepi pantai..

** kejor yop kejor.. hahaha
jadi lalang pulak anak Selangor ni..

** berehat di kerusi acah-acah orang kaya..
aku kat mana?? aku aku kat mana??


** aku dah terjun kolam dah.. rakus!!




** like a boss..

Dah habis mandi, masa untuk berkemas dan pulang semula ke Shah Alam.. Sedihnya, rasa macam sekejap je.. Tak puas nak mandi, nak merasa jakuzzi tapi tak dipasang jakuzzinya.. Lain kali jelaaa, itu pun kalau ada rezeki lebih, ada usia yang panjang..

Selesai mengemas, masa untuk bergambar seperti biasa.. hehehe..






** badan kelihatan seperti Remy Ishak.. kuikuikui..

Check-out pukul 11.20pagi walaupun waktu sebenar check-outnya 11pagi.. hahaha.. Budak receptionist tu relaks je, tak marah pun.. :) 

Masa kat jeti Pangkor, oh mak kauuuuu.. Ramainya orang nak balik walaupun hari ni hari Isnin.. Padat dan sendat.. Pelik juga, aku selalu dengar orang cakap Pangkor ni bosan, takde apa yang special macam Langkawi tapi tengoklah, ramainya macam semut menghurung gula..

** ramainyalah manusia..

** selamat tinggal Pulau Pangkor!!
Moga kita bertemu lagi :) tata titi tuutuuuuu

** kami ambil tempat kat bahagian atas feri.. 

Alhamdulillah, pukul 7.30petang selamat sampai Shah Alam, terasa lama pulak perjalanan balik kali ni..
Percutian yang santai, dapatlah menyental daki-daki kota yang dah berlumut kat otak ni.. Tak perlu banyak aktiviti, cukuplah lihat keindahan ciptaan Allah dan bersyukur atas nikmatnya (dah macam Dai' pulak)..

Semoga tahun depan dapat bercuti ditempat yang lain pulak!!
Harap dapat bercuti dengan kawan-kawan pulak..
Terima kasih kerana sudi membaca mini novel aku ni.. huuuu :)
Assalammualikum..

** makan tengahari di kedai sebelum simpang empat keluar dari Lumut..
sedap tapi agak mahal..
ikan keli sambal dengan ulaman..