Sabtu, 3 Januari 2015

THANK YOU LEGEND, STEVEN GERRARD !!!

Saat mula-mula mendengar berita Captain Fantastic, Steven Gerrard akan meninggalkan Liverpool penghujung musim ini,aku terpana seketika.. Betul ke atau sekadar khabar angin yang melintas dikala pintu perpindahan pemain mula dibuka.. Bila laman web rasmi kelab dah keluarkan kenyataan rasmi yang Gerrard akan mengakhiri perjalanannya di Anfield hujung musim ni, dah takde apa-apa perkataan yang mampu diungkapkan, rasa nak menangis berguling-guling saja waktu tu..

Why Gerrard?? Why??

Walaupun musim ni bagaikan musim yang suram buat Liverpool dan buat Gerrard sendiri sampaikan dia sering menjadi 'kambing hitam' oleh peminat disaat Liverpool seri apatah lagi bila kalah tapi menyalahkan dia secara total adalah tidak wajar.. Memang permainan Gerard dah mula slow tapi taktikal Rodgers sering meletakkan beliau pada 1st eleven kadang kala memberi gambaran buruk pada Gerrard.. Letakkan saja beliau dibangku simpanan dan masukkan pada 70minit ke atas.. Walaupun sekejap tapi mata ni tetap mahu tengok dia main daripada akhirnya dia jadi mangsa sumpah seranah budak baru nak up..

Cuma sedikit melegakan dari berita itu, Gerrard tidak akan menyarung jersi pasukan rival Liverpool sebab tak sanggup nak bertemu dengan Liverpool (aku lagi tak sanggup tengok kau main dengan pasukan lain lawan team kesayangan aku), tapi dia dikatakan memilih kelab dari Amerika Syarikat..

Aku mengenali dan mencintai Liverpool sebab kau Gerrard!!
Bila kau takde dalam team Liverpool nanti macam karipap tiada inti, donut tanpa gula.. Ye, aku tahu suatu hari kau akan pergi tapi aku nak kau pergi dari Liverpool sebagai PESARA bukan KELUAR dan BERPINDAH..
Perit, cukup perit.. Biarlah pasukan lain nak kata NO BPL MEDAL FOR YOU, GERRARD tapi lebih berharga dari itu KESETIAAN dan PENGABDIAN hidup karier bola sepaknya bersama Liverpool selama 26tahun tiada nilai nak dibandingkan dengan medal tu..

Menjadi pembakar semangat disaat rakan-rakan lain bagai hilang arah.. Membangkitkan kekuatan di atas padang untuk mencapai kejayaan.. Cukuplah semua tu kau buktikan pada Final Liga Juara-Juara Eropah 2005 dan Final Piala FA 2006.. Segala itu menjadi memori indah kebangkitan Liverpool..

Sebelum ini, sudah ramai pemain ulung yang meninggalkan Liverpool sejak aku sayang kelab ni pada 2003.. Hyypia, Owen, Xabi Alonso, Luis Garcia, Torres, Carragher, Agger, Suarez, bintang-bintang yang menjadi siulan dan kesayangan Kops tapi pemergian mereka tidak mungkin sama dengan pemergian engkau..
26tahun setia dengan Liverpool dan menolak segala tawaran dari kelab yang mampu memberikan kejayaan Liga dengan mudah, cukup jadi bukti kenapa dia terlalu istimewa dimata peminat..
Lihatlah saja, pengumuman Gerrard ialah untuk berhijrah bermain di Amerika Syarikat tapi ucapan dari bekas pemain Liverpool, dari peminat bagaikan dia terus menggantung but tanpa ada lagi aksinya diatas padang..

Pengunduran engkau kami relakan, walau sakit untuk kami tanggung..
Patah tumbuh mungkin berganti tapi entah bila ia akan terjadi..
Terlalu pahit untuk ditelan tapi masih ada manis untuk dikenang..
Tiada lagi sepakan peluru berpandu darimu untuk kami saksikan..
Tiada lagi ciuman pada kamera yang mengguris hati Syaitan Merah..
Tiada lagi hantaran lintang yang bisa memasung gerak lawan..
Aku maafkan bila engkau tergelincir..
Aku fahami bila engkau dikritik..
Engkau juga manusia biasa, pasti ada silap..
Semua piala sudah engkau julang hanya kejuaraan liga masih belum ada sisa kucupanmu..
Benar, tiada yang lebih besar dari pasukan tapi Liverpool adalah Gerrard dan Gerrard adalah Liverpool..
Terima kasih untuk segalanya Captain Fantastic!!!

Siapakah yang akan menjadi pewaris legasi kesetiaan pada Liverpool selepas berakhirnya legasi Steven Gerrard..
Bila aku rindukan kau nanti, akan aku pasang video-video kau Gerrard..
Tan nak cakap lagi, sedih ni.. arghhhhhhh..

#Legend #CaptainFantastic #SG08 #LFC #YNWAGerrard


** berakhirlah sebuah era..







** antara cebisan tweet dan status Facebook dari bekas pemain Liverpool..

** kiriman di Instagram awek tenis, Wozniacki yang minat dengan Liverpool..

** satu persatu tinggalkan engkau hingga engkau tinggal sendiri tapi sekarang engkau pula yang tinggalkan kami.. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan