Rabu, 10 Disember 2014

ANJUNGAN BEACH RESORT & SPA, PULAU PANGKOR

7hb dan 8hb Disember 2014 yang lepas, aku dan keluarga kembali semula ke Pulau Pangkor untuk bercuti tapi percutian kali ni kiranya percutian yang tak dirancang, tempat penginapan pun tak tempah lagi sebabnya rancangan asal nak menginap di pekan Lumut sahaja.. Kira misi main redah je ni.. Cuma sebelum bertolak ke Perak, aku survey-survey laaa mana-mana penginapan yang best, boleh sumbat ramai orang.. Aku cadangkan antara Purnama Beach Resort, Nipah Waterfront atau Anjungan Beach Resort dan abangnya kata nak kongsi duit penginapan, jadi ketuklah dia duduk kat penginapan yang mahal sikit.. wkakakaka.. Jadi, kami memilih Anjungan Beach Resort.. Tengok dalam internet, tempatnya nampak menarik dan bila dah sampai, memang tiptop seperti apa yang digambarkan dalam laman web rasmi mereka!!

Kami menempah 2bilik standard dengan harga RM200 satu malam dengan 1bilik tu ada 2katil single dan 1bilik lagi 1katil king.. Tambah RM50 lagi untuk tambahan bantal, comforter, tuala, gelas (1paket nescafe + 1paket teh + air mineral) juga kupon sarapan pagi.. Katil king tu boleh 3orang tidur.. Jadi total bayaran RM450..
Jadi, ini ada sedikit pandangan dan bayangan dari aku tentang resort ni.. 
Review bilik diambil dari bilik aku dengan abangnya, nombor bilik A22.. Tingkat atas sekali..

** tempat untuk menyangkut baju dan menyimpan beg pakaian.. 
jadi, takdelah nampak bilik bersepah..

** disediakan TV, peti sejuk mini, cerek, cawan bersama dengan sepeket teh dan nescafe juga air mineral termasuklah ada  meja dandan untuk awak-awak yang cantik mahu berdandan.. 
TV tu siarannya tak best tapi siapa kisah, nak bercutikan.. cuma disebabkan siaran tak best tu laaa aku tak dapat tengok game semi final Malaysia vs Vietnam :(


** kerusi rotan untuk bergosip-gosip.. 
bolehlah diangkut keluar untuk bersantai di balkoni..

** bilik air bersama tandas.. 
pintunya hanya menggunakan sliding door tapi jangan risau, ada tinted pintunya.. 
cuma orang yang bertubuh tinggi, jangan nakal-nakal nak intai orang mandi sebab tintednya tak sampai atas.. alahhh, yang intai tu pun nanti suami hang jugakkan!! :P

** 2buah katil single untuk orang-orang single bersama meja di sisi kedua-dua katil.. 
belakang tu hutan.. buka tingkap, dapat udara segar.. terbaik!!!

** pemandangan luar dari balkoni bilik A22..
gambar kiri : pemandangan hutan disebelah kanan balkoni..
gambar kanan : pemandangan kedai makan disebelah kiri balkoni..
(macam terbalik susunan gambar ni..hahaha)

** amaran untuk anda di balkoni dan pemandangan dari jendela bilik..

** bersama model tak berbayar di hadapan pintu bilik A23 yang mak, ayah dan adik aku, Ain tidur untuk malam tu..

** amaran untuk anda bilik berada di bilik ni.. 
jangan cakap orang tak pesan awal-awal bila kawan baik datang menziarah.. tapi monyetnya takdelah kacau orang, cuma panjat bumbung rumah je..

** pemandangan dari balkoni bilik A23..
balkoninya agak kecil, jadi tak boleh bawa keluar kerusi untuk bersantai tapi masih lagi boleh mengusha orang..


** bekas model Giorgio Armani bersama bebola ikannya kelihatan bergambar disamping papan tanda resort di tepi jalan utama..

** model majalah Hijabista di hadapan pintu masuk resort.. 
di situlah tempat pendaftaran masuk resort..

** pemandangan kolam renang di malam hari.. 
kolam renangnya unik sebab direka berdasarkan bentuk sampan..
** ada 3bahagan dalam kolam ni.. yang pertama untuk kanak-kanak, yang kedua untuk dewasa dan yang ketiga ada jakuzzi.. best tak u olls??

** kembali ke waktu siang.. 
disediakan juga tempat khas motosikal untuk penyewa motosikal..
 jangan sesuka hati nak parking depan pintu bilik atau nak tidur dengan motor macam buat kat rumah sendiri :D

** pemandangan resort di waktu siang dan malam.. nice!!

** pihak resort juga menyediakan sarapan pagi, termasuk sekali dengan bayaran penginapan.. 
makanannya enak!!

Sudut pandang aku pasal resort ni, memang sangat sangat sangat puas hati.. Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.. Waktu sampai diruang pendaftaran masuk, pekerja di situ ramah sambil menjemput kita minum minuman yang disediakan.. Suasana resort tu memang ngam laaaa.. Sambil dengar bunyi hempasan pantai, dapat layan bunyi cengkerik di hutan.. Tenangggggg.. Kalau dapat bilik family lagi best, design biliknya cantik dan kita sekeluarga pun senang interaksi.. Ini tidak, kami dapat 2bilik terpisah, terpaksalah ulang alik ke bilik mak ayah.. Lepak-lepak, borak-borak kat bilik dorang.. Apa-apa pun, aku kasi 4.5bintang daripada 5bintang untuk resort ni.. Fazura nak bagi berapa bintang pulak?? hahaha
Bila dah kahwin nanti, bolehlah honeymoon kat sini..

Okay, sampai sini saja review resort ni.. Anda cubalah rasai suasana kat resort ni, pasti puas hati..
Assalammualaikum!!

**agak ralat sampai sekarang sebab tak sempat nak ronda keliling resort ni sampai belakang resort.. ada pondok untuk feeling syahdu sambil tenangkan fikiran tengok hutan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan