Rabu, 6 Ogos 2014

DIARI RAMADHAN & SYAWAL 1435H (PART 1)

Selesai sebulan kita berpuasa, menahan segala spesis nafsu yang ada, sekarang bertemu kembali dengan Syawal untuk tahun 1435H.. Rasa masa bergerak pantas sangat, tup tap tup tap, dah raya balik.. Sepanjang Ramadhan kali ni, Alhamdullillah, perjalanannya dipermudahkanNya tanpa banyak masalah dan juga gangguan berbanding tahun lepas yang aku terpaksa menghadap demam.. Cuma ada laaa dugaan emosi datang dari manusia manusia yang entah,  tak tahu nak letak dalam kategori spesis apa, orang senyap dia pulak cari hal.. Walaupun aku kena tempiasnya tapi tetap terasa.. Takpe, layan sikit-sikit sudah manusia macam ni, layan lebih-lebih kang, kita jugak yang disalahkan..

Rasanya tak perlulah untuk ceritakan apa yang aku buat sepanjang puasa, hal ibadah semua tu biar antara aku dengan Allah je tahu, sama ada sikit atau banyak, suam suam kuku atau langsung tak buat, biarlah rahsia..

Berbalik kepada tajuk cerita ni, aku nak ceritalah sedikit pasal Ramdhan dan Syawal aku tahun ni.. Bajet DIARI.. Tahu tak DIARI tu apa?? Problem tak blog aku ni buat macam DIARI?? Kalau problem, silalah tutup blog ni, takkan nak aku HALAU macam ada orang HALAU mak aku.. ehhhhhh?? Maaf, terlajak laris cakap.. Macam membiol je mukadimah aku ni, sudahhhhh, terus kepada cerita Ramadhan dan Syawal 1435H..

6 RAMADHAN
Hari ni Azwa, Iza, Mamal, Sapik dengan Afiq plan nak berbuka sama kat Dataran Shah Alam.. Dorang plan nak buat semalam tapi cancel dan awalnya aku pun tak nak join tapi entah macam mana boleh pula nak join.. Iza datang jemput aku kat rumah tapi malangnya dia sesat walaupun asalnya dia dah berada pada jalan yang benar.. Hampir sejam juga laaa tunggu dia cari tempat aku menunggu, kesian dia sesat sampai berpusing satu Shah Alam.. Dah pukul 6.20petang, akhirnya Iza jumpa aku lepas tu terus ambil Azwa dan pergi Bazar Ramdhan kat Seksyen 19 untuk beli juadah berbuka.. Agak tergopoh-gapah juga nak beli juadah sebab masa dah suntuk.. Aku beli nasi ayam dengan air kotak je.. Alhamdulillah, dalam 5minit sebelum azan Maghrib dah sampai dataran.. Mamal dengan Sapik dah sampai tinggal tunggu Afiqnya je.. Memang penuh laaa parking, ramai yang berbuka kat situ.. Azan berkumandang, kami pun berbuka dan 5minit lepas tu Afiq pun sampai bersama buah hatinya.. wink wink.. Memang best, 1st time berbuka ramai-ramai dengan adik-adik aku merangkap jawatan kawan (I dah tua u olls).. Walaupun tak dapat lepak lama tapi takpelaaa.. Gambar pun tak sempat ketip.. Next time buat lagi oiiii..

17 RAMADHAN
Waktu ni cuti sempena Nuzul Al-Quran, macam selalu aku dengan adik aku akan keluar bershopping tapi tahun ni ada makhluk baru ikut.. Cik Ompong join kita orang, yelaaa dia kan dah jadi warga Shah Alam, ajak laaa dia sekali bershopping.. Kami pergi Setia City Mall je, tak penat sangat berjalan sebab tempatnya kecil je, jem pun takde.. Aku beli 3helai baju je, seluar dah beli sebelum puasa masa ada sale.. Cik ompong yang mula-mula kata tak nak join sebab takut bajet untuk konvonya lari, alih-alih dia punya barang lagi banyak dari kita orang.. 

sanggup berpanas semata-mata nak bergambar.. hari tu pergi sini malam-malam tak dapat bergambar.. bajet lepas gian.. haahaa

18 RAMADHAN
Malam tu pergi Uptown sebab nak cari jersi baru Liverpool merangkap baju raya juga.. Ajak sekali Cik Ompong sebab katanya nak minum-minum sejukkan hatinya yang sedang dipanaskan oleh manusia-manusia (manusia ke??) yang mengalami sakit jiwa.. Budak 2orang ni order satay tapi tak habis, hasilnya satay masuk perut aku.. Dah laaa kekenyangan makan makanan berbuka tadi.. Rasanya semenjak Cik Ompong duduk Shah Alam, rajin kami melepak kat Uptown, drinking-drinking..

21 & 22 RAMADHAN
Seminggu sebelum raya, misi membuat kuih raya.. Pengalaman pertama kali buat kuih raya, buat 3jenis kuih raya iaitu Chocolate Chips, Cornflakes Madu dan Kuih Mazola.. Semangat punya jiwa nak buat kuih raya, beli bahan-bahannya seminggu sebelum puasa.. hahahaha.. Masa membancuh bahan-bahannya dah sempurna cuma hasil pada permulaannya kelihatan gagal.. hahaha.. Kalau tak merasa kegagalan macam mana nak merasa kejayaan, tak gitu?? acehhhhh.. Penat juga buat kuih raya ni dengan panasnya lagi.. Alhamdulillah, waktu buka rasa kuihnya, sedap juga, kira menjadilah..


buku resepi ajaib dan bahan-bahan untuk kuih Chocolate Chips...

Chocolate Chips... Waktu bancuh bahan dan ketika sedang dibakar...

Cornflakes Madu... Proses membuat kuih Mazola tak dapat ketip sebab tangan berminyak..

29 RAMADHAN
Pagi tu terus bertugas memasang langsir baru.. hehehe.. langsir baru berganti tiap 3tahun sekali, tu yang nampak excited.. Mandi peluh juga nak mencucuk besi pastu nak disangkut langsirnya.. Lepas selesai sangkut langsir, tugas seterusnya membersihkan habuk beramai-ramai dan menyusun atur perabot yang ada.. Selesai semuanya, tugas seterusnya menyiapkan juadah untuk pagi raya tapi itu semua buat lepas Zohor.. Rehat kejap, penat betul!!! Tugasan aku seperti biasa, tangan sado aku digunakan untuk menumbuk kacang tanah hingga lumat.. Walaupun sado tapi tetap lenguh.. Ayah tugasannya merebus nasi impit dan adik aku bab kupas kulit bawang jeeeeee.. Nasib baiklah kerisik dah lama siapkan, kurang sikit kerjanya.. Malam tu, tugasan mak untuk memasak, kesian dia, sampai pukul 1pagi nak memasak.. Tahun ni mak masak kuah kacang, rendang ayam dan rendang kerang.. Kuah lodeh mak sambung masak pagi esok.. Malam tu tidur pukul 1pagi.. :)

1 SYAWAL
Yeahhhh, dah raya!! Hahaha, macam budak-budak..
Pagi tu, seperti biasa bersiap-siap nak ke masjid pukul 8pagi tapi sebelum tu, lepas subuh sempat tengok game friendly Liverpool dari live streaming.. Tak semenggah punya perangai.. Kali ni pergi masjid sorang-sorang.. Forever alone, huuuu.. Balik dari masjid, isi kuih kat balang kuih dan touch up sikit-sikit rumahnya.. Lepas tu, sesi bermaafan dan bergambar pun berjalan :) Tahun ni sambil bermaafan dapat ucapan hari jadi sekali.. hihihihi


berempat Syawal... aku je yang warna lain...

ayahanda & bonda...

bersama ayahanda...

bersama bonda...

bersama adik ngokngek... agagaga...

Seperti biasa macam tahun sebelum ni, tetamu utama yang datang rumah aku raya pertama ialah keluarga mertua abang epul.. Agak ramailah juga tahun ni.. Anak buah aku pakai baju melayu merah, semangat merah kuning kalau bergambar dengan Pak Lang.. Forza Selangor!! acehhh :)

Malam tu tak pergi mana-mana pun sebab famili abang epul datang rumah malam tu, tidur sini.. Kalau tak beraya rumah dia.. Lagi pun, esok nak balik kampung sama-sama..

bersama budak mentel...

ini kuih raya yang disediakan tahun ni... tengok macam banyak tapi tetamunya ceciput je pun... lastly masuk perut tuan rumah... hahahaha...

ini pula, sepinggan hidangan untuk aku makan... masa ni kebulur habis, lambat makan tengah hari punya impak.. 
nasi impit + rendang kerang + rendang ayam + kuah kacang + kuah lodeh

2 SYAWAL
Sekitar jam 10pagi, kami semua bertolak ke kampung Tanjung Karang rumah Wak Mus dan ke Sekinchan rumah Wak Wok.. Perjalanan yang diselubungi jerebu.. Bila sampai ke daerah Kuala Selangor, kesesakan lalu lintas mula kami alami.. Semuanya berlaku bila jumpa lampu isyarat, itu pun nasib baik ada polis trafik kalau tak mahunya berjanggut tunggu.. 1jam lebih dari tempoh biasa, nampak tak bertapa teruknya trafik hari tu?? Penat pinggul.. Singgah rumah Wak Wok dulu kat Sekinchan, tapi dia tengah berniaga.. Kesian tengokkan Wak Wok, hari kedua raya dah berniaga.. Emmmm.. Berhenti kat gerainya lepastu dia ajak pergi rumahnya dan kami pun ke sana..

wefie.. menyempat juga dalam kereta..

menyempat ambil gambar tepi jalan kat Sekinchan... pemandangan belakang sawah baru dituai...

Dah selesai beraya kat rumah Wak Wok, kami ke rumah Wak Mus kat Dato Manan, Tanjung Karang.. Jalan masa nak ke sana elok pula, tak sesak.. Dah sampai rumah Wak Mus ingatkan nenek ada tapi rupanya kat rumah dia kat Sri Tiram.. Nak tengok nenek kat rumah dia?? Memang tak laaaa, tak payah nak buat muka tembok, orang dah benci, kang pergi juga tak pasal-pasal kang kena halau lagi, kena caci nak merampas hak rumah tu pula.. Kejadah apa.. Tapi nasib baik masa puasa hari tu sempat jumpa nenek.. Wak Mus ajak makan tengah hari sekali, lauknya sedap banget!! Dah habis makan, aku dengan adiknya sibuk bergambaran kat luar, ingat nak ambil gambar ramai-ramai, maknya pulak tiba-tiba tak sihat.. emmmmm.. Dalam pukul 3petang, kami pun pulang.. Selamat Hari Raya, Puan Salminah :)


kegedikkan kami.. kalau tengok gambar ni rasa annoying, pergi mam***.. :D


bersama anak buah.. yang sorang lagi tak suka bergambar, penat mengajaknya...

3 SYAWAL
Raya ketiga, giliran ke kampung ayah pula.. MORIB here we come!!! Walaupun wan dengan atok dah meninggal tapi masih ada saudara mara yang tinggal kat sana iaitu keluarga Mak Lang, adik ayah yang rapat dari kecil.. Perjalanan ke sini sangat lancar, cepat je sampai.. Sampai je kampung, cak baaaa, langkah kanan, sepupu aku tengah sediakan makanan.. hahaha, sebenarnya hidangan tu untuk kawan-kawan sepupu aku yang nak datang, katanya hari tu birthday si kembar Ela & Eli.. Alhamdulillah, Mak Lang nampak sihat walaupun 2bulan lepas dia sakit belakang terlantar kat katil je, ni boleh jalan dah.. Sakit sebab accident bukan sakit sebab tettttttt.. Nasib baik Mak Lang tak halau kami, yelaaa, dia tengah sakit, senang sikit nanti bagi alasan.. kahkahkahkah.. Kebetulan sekarang musim buah, dapatlah bawa balik sikit buah rambutan dengan nenas.. Nyam Nyam Nyam.. Itulah untungnya duduk kampung, boleh tanam macam-macam.. Dapat hasil, tak payah nak beli lagi..

kami sekali bersama...

di muka rumah Mak Lang...

4 SYAWAL
Hari ni takde plan raya pun sebenarnya tapi TERraya ke rumah abang epul terus sebab niat asal nak pinjam barang dia.. Aku ke sana dengan adik aku je, mak ayah beraya hari ahad katanya.. Ingatkan sekejap je beraya kat sana, kak eja rajin pula masak Nasi Ayam, pukul 5petang baru balik dari Puchong.. Siap makan kat sana.. Barai perut!!! hahaahaha..

5 SYAWAL
Percutian di Hari Raya!!! Nak tahu apa ceritanya TEKAN SINI

Setakat itu sajalah catatan diari aku untuk tahun ni.. Begitu panjang dan lebar ye ceritanya.. Harap takde yang annoying.. Lagipun ini blog aku, suka hatilahkan.. Nak baca, bacalah.. Tak nak baca, sudah..

Kalau ada ayat-ayat yang agak geram-geram tu, semuanya luahan perasaan je.. Alang-alang orang dah kata aku KURANG AJAR, baik tunjukkan terus kekurang ajaran tu kan.. SUSAH??

Semoga kita semua masih dipanjangkan umur oleh Allah untuk dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang dan dapat meraikan sekali lagi Aidilfitri.. Kepada yang dapat meraikan Ramadhan dan Syawal bersama keluarga, harigailah masa-masa yang berikan untuk kalian sebelum Allah menarik nikmat itu satu persatu..

Maaf andai tersilap kata.. Kalau tak maafkan, aku tak boleh nak paksa yang penting DIA tahu aku dah minta maaf.. Sementara sihatlah kita bermaafan, jangan sampai hidup dah susah, dah sakit menonggeng-nonggeng nak mampuih baru nak minta maaf..

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN :)
#AnugerahSyawal #SeindahRamadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan