Selasa, 19 Ogos 2014

DIARI RAMADHAN & SYAWAL 1435H (PART 2)

Cakkkk baaaaaa.. Gedik pula main cak cak..
Hai, bertemu kembali kita dalam tajuk DIARI RAMADHAN & SYAWAL 1435H untuk part 2.. Amboi, siap ada part 2 bagai, banyak sangat ke cerita rayanya tu..?? Entahlah tapi rasanya tahun ni sikit berbeza dari yang lepas.. Tetamu ramai pula yang datang ziarah rumah.. Itu pasallah ada sambungan cerita pasal raya ni.. huahuahua..

Nak tau cerita Ramadhan & Syawal part 1, KLIK SINI

12 SYAWAL
Ini cerita pasal orang-orang baik nak datang rumah aku.. Mulanya Iza dengan Azwa je nak datang tapi aku suruh Azwa ajak Mamal, Sapik dengan Afiq sekali barulah meriah.. Lagipun masa buka puasa sama-sama hari tu, sekejap je jumpa.. Petang tu, Iza dengan Azwa tetamu awal yang datang, lebih kurang pukul 6.30petang.. Aku jemput dorang dari tepi jalan, takut puteri kayangan ni kena culik.. hahahaha.. Iza rupanya masih teruskan puasa Qada'nya, jadi terpaksalah Azwa menjamah makanan yang mak aku masak (tak dapat rasa air kaki bacin) secara solo.. Sian tengok muka Iza, letih semacam pun ada.. Dalam pukul 7petang pula, anak-anak raja datang, Mamal dengan Sapik plus bakal abang ipar Sapik.. Macam biasa, bila dorang dah masuk line, memang riuh laaa, tapi takpe, itu baru raya!! Layankan aje apa yang diceritakan.. Iza stay sampai dia buka puasa.. Anak raja sorang lagi lambat sampai, traffic jam katanya.. Anak raja yang bertiga tu balik awal sebab nak main futsal pukul 8malam.. Iza pula menyusul lepas tu untuk balik dan tinggalkan Azwa sendirian sementara menunggu Afiq datang.. Sekitar hampir jam 9malam, barulah Afiqnya datang.. Alhamdulillah, selamat juga sampai.. Beberapa minit lepas tu famili Abang Isa iaitu cucu jagaan mak aku datang.. Serentak pula datangnya.. Layan Afiq dengan Azwa ala kadar je sebab budak baik Adam Aqil asyik menyelit dengan aku.. Bila Afiq dah selesai menjamah masakan mak, kami bergosip kencang-kencang kat laman luar.. hahaha, kisah apa dengan nyamuk nak gigit pun.. Dah penat bergosip tahap ribut taufan, Afiq pun ajak Azwa balik sebab dia nak pergi Port Klang, famili abang Isa pun menyusul pulang sekali.. Terima kasih geng datang beraya rumah aku.. Tahun depan datanglah lagi :)


puteri kayangan bersama group anak-aak raja... gambarnya CHANTEKKKK ANGATTTT (sambil jeling Azwa)... 

Afiq ajet tuff, cuba alihkan beg galas tu.. kikikikik... gambar dari phone mahal ni...

13 SYAWAL
Hari ni plan ke rumah Wak Long di Negeri Sembilan.. Mula-mula aku malas nak pergi tapi Mak Long cakap rambutan tengah musim, aku pun ubah fikiran.. Gila rambutan punya pasal.. hahaha.. Kami 3beranak memulakan perjalanan agak lambat, sekitar 11pagi, motifnya dapatlah jumpa Mak Long tengah hari nanti yang katanya nak pergi kenduri kahwin.. Tahun lepas tak dapat jumpa dia sebab dia pergi beraya kat Perak.. Perjalanan agak lancar hari tu, cuma sikit perlahan sekitar Nilai sebab proses pelebaran lebuhraya.. Sepanjang perjalanan terutama bila dah masuk kawasan kampung, mata dok merhati pokok rambutan rumah orang semuanya lebat berbuah.. Geram weiiiii..


kejap lagi sampailah kat rumah Wak Long... Apo kobar orang Rantau!!!

inilah rumah Wak Longnya, boleh guling-guling...

Sampai rumah Wak Long dalam tengah hari.. Sampai je sana, terus dihidang Mee Rebus Johor, tak sempat meronda laman rumah dan ziarah pokok rambutan.. Sedap mabeles mee rebusnya!! Pandai kakak sepupu ni masak.. Tapi den rindu dengan daging masak cili padi.. hehehehehe.. Dah kekenyangan, aku pun mulalah ziarah pokok rambutan yang berbuah lebat.. Best je tengok, ini barulah ada feeling kampung.. Wak Long pun kutip sekali buah rambutannya termasuk memanjat pokok manggis!! Manggis, kegemaranku.. Banyak juga hasilnya, manggisnya ni walaupun kecil tapi sedap, manis, isi pun elok!! Aku pun ada tolong petik rambutan, tapi banyak betul kerengganya.. Pedih badan, banyak dapat love bite dari kerengga.. Kami sekeluarga pulang kembali ke Shah Alam pukul 3petang lepas dapat mesej dari Mak Longnya baru je sampai rumah orang kahwinnya kat Melaka pukul 3petang tu, lambat sampai sebab sesat.. Kang tunggu dia lagi, bila nak balik Shah Alam.. Selamat tinggal Rantau!!

Wak Long sedang memetik buah rambutan... tangkap dari jauh je... bila direnung-renung gambar ni, kesian dengan Wak Long, rindu dengan nenek katanya... :(


#Rambutan #MerahKuning #Manggis #HitamSiTampukManggis #Kerengga

dah boleh buat berniaga tepi jalan gayanya ni... hahahaha

nak juga bergambar tu... syok sendiri... huuuu

Malamnya tu, keluar makan dengan adik aku dan Cik Azwa.. Lepas makan malam, santai-santai kat Dataran Shah Alam, ambil angin malam bandaraya Shah Alam.. Tengok budak-budak main kipas cahaya dengan main bola, macam seronok je.. Memandang usia dah meningkat, tengokkan jelaa perangai budak-budak ni.. Kami bertiga cuma terkinja-kinja ketip gambar, acah-acah pelancong asing baru datang Shah Alam.. hahaha



kegonjolan di waktu malam...

14 SYAWAL
hari ni takde apa-apa plan nak berjalan pun tapi kawan sekolah aku mesej nak datang rumah.. Fifie nak datang tapi sorang je laaaa.. Ingatkan ajak Fazirul dengan Fahmi sekali.. Fifie datang dalam pukul 2.30petang, serentak juga dengan kawan-kawan adik aku.. Langkah kanan fie datang dapat makan makaroni goreng yang adik aku buat.. Pandai my sister masak, kikikikikikik.. Aku dengan Fie borak kat laman luar.. Macam-macam cerita yang terbongkar dan dibongkar lepas hampir 4tahun tak jumpa.. Dari cerita sedih sampailah yang menggembirakan, semuanya dirangkum dalam 2jam perjumpaan.. Memang puas gelaklah masa tu, rindu pula waktu form6 dulu.. Fie balik pukul 4petang dalam kilat sedang sambar menyambar.. Sempat juga berselfie dalam kereta, hahaha, sakai betei.. Thanks Fie sudi datang rumah, ingat lagi kat member yang ngokngek ni..



bila tengok gambar ni, baru sedar Fie buat gaya manja-manja Ella... asal masa ambil gambar tak perasan pula...

Malam tu, famili PakCik Nazri datang ziarah ke rumah.. Dulu dia letak anaknya dalam jagaan mak aku, kira ex anak jagaan mak aku laaa.. Biasalah, itu je cara mak aku nak tolong ayah besarkan kitaorang.. Rezeki yang Allah bagi.. Aku duduk kat bilik je, keseganan nak duduk kat luar.. Jejaka pemalu katanya.. Macam biasa, dapat duit raya, RM10.. Alhamdulillah, boleh masuk tabung.. :)

20 SYAWAL
Hari ni aku anggap hari terakhir ziarah Hari Raya untuk tahun ni.. Malamnya pergi rumah Abang Isa.. Langkah kanan, lorong rumahnya ada buat lorong terbuka.. Langkah kananlah sangat, padahal memang dah tahu ada lorong terbuka sebab dijemput.. hahahaha.. Masa datang, makanan semuanya dah habis, rugi je aku simpan perut sampai bergendang dangdut.. Cuma tinggal nasi impit, kuah kacang, itu pun tinggal sikit.. Aku ambil sikit buat alas perut jelaaa.. Bila nak buang sampah kat luar, boleh pula makanannya ditambah, berasap-asap lagi.. Bihun Sup, Laksa, Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah.. Adehhh, nak ambil lagi macam segan pula.. Takde rezeki kot.. Pukul 10malam, gerak pulang ke rumah :)


gambaran dengan budak baik...

Maka dengan itu, berakhirlah Syawal untuk tahun ni.. Cepat betul rasanya masa bergerak, alih-alih dah sebulan dah beraya.. Nak kiamat dah ni..:)
InShaAllah, panjang umur berjumpa lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang mendatang.. 
Terima kasih pada yang sudi datang rumah, minta maaf zahir dan batin.. Tahun depan jangan serik datang rumah lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan