Khamis, 7 Mei 2015

CAMERON HIGHLANDS DISERANG!!!! (PART 1)

1 Mei 2015, hari cuti umum yang sudah dirancang kami sekeluarga untuk bercuti dan melonggar-longgarkan kekusutan otak.. Destinasi pilihan kali ni ialah jeng jeng jeng, Cameron Highlands.. kahkahkah, macam surprise sangat je.. Percutian ke sini untuk kali ke6 dan tak pernah jemu untuk datang ke sini.. Kami berada di sana selama 3hari 2malam dan menginap di AGRO HIGHLANDS CHALET , berdekatan pekan Brinchang..

Percutian kali ni, abang epul sekeluarga ikut sekali, itu pun cakap last minute, terpaksalah berhimpit dalam chaletnya nanti sebab dia dah cuba call hotel yang ada, semua fully booking.. Dia sekeluarga hanya 2hari 1malam saja di Cameron Highlands.. Dapatlah bercuti dengan fruitson aku, dah lama tak fefeeling bercuti beramai-ramai begini..

Kami bertolak dari Shah Alam sekitar 8.15pagi sebab nak sampai awal kat Cameron Highlands, nanti sempatlah nak solat Jumaat sekali.. Abang aku dah bertolak dulu dan bagi tahu traffic jam kat Sungai Buloh.. Okay, buat biasa je laaaa, anggap benda normal sebab cuti,kan.. Jauh juga deretan kereta yang beratur.. Dah lepas Sungai Buloh, sesak lagi.. Adoi, dah terbayang mesti lambat sampai kat atas sana.. Memang sepanjang pagi tu, trafik teruk sangat, bergerak macam kura-kura.. Bayangkan, nak keluar sempadan Selangor je ambil masa 3jam.. Sampai Simpang Pulai pukul 1.30tengahari.. Kiralah berapa lama kat highway.. Kalau ikut masa tu, dah sampai Cameron Highlands dah.. Apa yang aku perasan, tiap kali ada hentian rehat dan RnR, disitulah ada kesesakan.. Dekat hentian rehat pun, nak buang air kena beratur panjang macam beli tiket.. Acanorrrr?? Kalau beginilah pesen tiap kali cuti panjang, harap isterinya nanti bukanlah orang Utagha.. hehe.. (lelambai jodohku..)



** lihatlah keadaan trafiknya.. perghhhh..
aku ketip gambar 'HULU SELANGOR' dan 'IPOH' ni pun steady je takde bayang-bayang pergerakan sebab trafik tengah merangkak..

** selepas hampir 6jam di lebuhraya, barulah kelihatan papan tanda ni.. fuhhhhhh..

Memandangkan waktu pun dah masuk tengahari, maka singgah makan tengahari terus kat pekan Simpang Pulai.. Nasib baik ada kedai makan yang buka.. Kami makan di Warung Rayan Delima.. Makanannya sedap-sedap.. Kat sinilah bertemu dengan abang epul sekeluarga untuk gerak bersama-sama naik ke atas..

** sempat mengetip gambar..

Selesai makan, kita bergerak menuju Cameron Highlands.. huyeahhh!! Sepanjang perjalanan di Simpang Pulai, ada 2kawasan yang sedang distruktur semula keadaan tanahnya selepas berlaku tanah runtuh, jadi semasa melalui kawasan ni kereta terpaksa bergerak perlahan tapi takdelah sampai tahap SESAK!!

** keadaan di Simpang Pulai..
tak perlu risau, InShaAllah segalanya selamat..

Bila dah masuk kawasan jajahan Cameron Highlands, hati dah membuak gembira.. Bertemu lagi dengan kau wahai Cameron Highlands :) Namun, perasaan tu mula jadi kusut bila menghadap traffic jam, againnnnn!! Kali ni di Tringkap, puncanya dari kawasan Cameron Lavender.. Panjang woiiiii sesaknya.. Dah lepas kat situ, sesak lagi, puncanya dari kawasan Kea Farm dan ada lagi sesaknya, puncanya dari kawasan pekan Brinchang.. 3jam lebih sesak kat Cameron Highlands saja.. Patah pinggang abang!! Walaupun dah menjangkakan ada kesesakan kat sini tapi takdelah selama dan sepanjang ini sesaknya.. Aku cuma takut kereta meragam aje, macam dulu tu.. RISAU!! Buka tingkap, memang ada je bau plat clutch hangit..

** tengok batu jarak ni macam tak rasa apa walaupun sekadar 9km..
dekat tapi terasa jauh, berjam-jam lamanya..

Alhamdulillah, pukul 6.30petang, sampai juga ke chaletnya.. Nasib baik keadaan chaletnya amat memuaskan hati.. Kalau keadaan sebaliknya, memang gilalah, dah laaaa penat menghadap jem tadi..

** aku jenuh mencari dimanakah kaunter untuk check-in..

** mak aku dah semangat punggah barang..

** fruitsonnya begitu girang bermain di halaman rumah..
Pak Lang juga yang macam orang gila..

Malam tu takde buat apa-apa.. Lepas Maghrib, aku, Ain dan abang epul sekeluarga pergi pasar malam Brinchang, lokasi wajib pergi.. Kami berjalan kaki je, bukan jauh sangat pun.. Bolehlah juga nak ambil angin malam kat sini.. Nyamannnnn..

** marilah menuju kejayaan pasar malam..

** suasana malam hari di pekan Brinchang..

Mereka cuma beli nasi goreng siap dengan telur mata kerbau, harganya dalam RM3 ke atas.. Aku macam biasa, bila sampai sini akan cari nasi kukus dengan ayam goreng berempah + sambal hijau & kari.. Harga RM5 je.. Sedap banget!! Sotong dan udang goreng tepung jangan dilupa.. Cendawan goreng malam tu dah habis :(

Selesai makan, semua tidur!! LETIH!!

HARI KE-2
Selepas Subuh, dah habis bersarapan, semuanya bersiap-siap untuk pergi meronda tapi abang epul sekeluarga akan pulang terus ke Puchong lepas melawat tempat yang mereka nak tuju.. Kami melawat tempat asing-asing.. Tak dapat nak bercanda dengan fruitsonnya..

** bergambar kenangan dulu sebelum berpisah..

Lepas abang epul sekeluarga dah bertolak, kami menyusul keluar selepas itu.. Kami ke CAMERON VALLEY di Tanah Rata.. Kami sarapan ringkas di sana sebab dah sarapan nasi lemak kat chalet tadi..

** sarapan ringkas, teh tarik dan kek..

** aku beli blueberry cheese cake & teh tarik, 
adik aku beli oreo cheese cake & hazelnut tea..
mak dengan ayah sekadar teh tarik, kenyang katanya..
harga total dalam RM 35.. sesekali makan makanan di kedai mewah..

** ada aje yang gatal tangan petik daun teh..

** macam biasa, ketip-ketip gambar di celah pokok teh..

** kami berdua je turun ladang teh, mak ayah lepak cafe..
kami yang muda pun tak larat nak daki curam, lagilah warga emas..

** bergambar di pinggiran ladang teh..

Selesai di sini, kami menuju ke TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI.. Sedang enak bergerak keretanya, kami berdepan dengan kesesakan lalulintas lagi.. Adoiiii, tolonglah jangan begini.. Baru 1km bergerak dari Cameron Valley je pun.. Maknya dah stress sampai cakap, TAK PAYAHLAH PERGI MARDI.. Tapi cuba jugalah dipujuk hatinya agar bersabar walaupun 2jam kena tunggu jem tu..

** tengoklah keadaan trafiknya..
ini kalau yang tak mahir memandu di kawasan bukit, memang melorot kenderaannya..


** disebabkan kesesakan yang melanda, kami berdua menyempat ambil gambar kat tepi jalan ni.. hahahah, ko rasa??

Dekat pekan Tanah Rata, boleh tengok kereta hampir tak bergerak.. Ditambah dengan sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, buat 2,3baris.. Kalau dah macam tu, macam mana kereta nak bergerak..?? 

Alang-alang dah pukul 1tengahari kat pekan Tanah Rata tu, kami singgah makan tengahari kat situ saja daripada terus ke destinasi, kang kebulur pulak.. Makanan kat gerai tu agak mengecewakan ditambah dengan mood yang suku gila lepas hadap jem.. Pinggan pun takde, acaner nak makan?? grrrrrrrr..

BERSAMBUNG...

Rabu, 6 Mei 2015

AGRO HIGHLANDS CHALET, CAMERON HIGHLANDS ( STANDARD QUEEN - 3 PERSONS )

Assalammualaikum pada yang membaca blog ni..
Sudah lama rasanya tak menaip blog ni, last entri sebulan lepas.. Takde apa nak diceritakan maka tersadailah blog ni, mereput..

Terus kepada apa yang nak diceritakan iaitu pasal AGRO HIGHLANDS CHALET, tempat aku dan keluarga menginap di Cameron Highlands pada cuti baru-baru ni.. Seperti kebiasaan, setiap kali ada rancangan nak bercuti, aku ditugaskan untuk mencari tempat penginapan dan macam biasa jugalah, merancang last minute.. Memang mental jugalah nak mencari lagi-lagi bila tengok tarikh nak pergi tu cuti umum yang panjang.. Kali ni pergi 4beranak saja, ikutkan nak sewa kat Desa Anthurium tapi macam membazir je, rumah besar tapi penghuninya seciput.. Gigih juga aku mencari, ada ke tempat penginapan kat Cameron Highlands yang boleh sumbat ceciput orang dalam harga bajet, yelaaa, takkan nak tempah hotel bintang-bintang pulakan.. Tak mampu abang nak membayarnya.. hahaha.. Waktu mencari-cari tu, aku baru teringat aku ada like satu page penginapan kat Cameron Highlands ni, maka aku selidiklah keadaan dan suasana penginapannya dan kami berbincang sekeluarga maka hasilnya semua setuju untuk menginap di AGRO HIGHLANDS CHALET..

Asalnya nak tempah family room, ada 2katil queen tapi semuanya dan penuh, maka aku pun tempah bilik yang ada 1katil queen + 1katil single.. Alhamdulillah, ada kekosongan.. Bermulalah segala urusan tempat dibuat melalui whatsapp dengan pemilik chalet, Encik Sharol Hafizi dan membuat pembayaran deposit sebanyak RM50..

Sekadar nak bagi tahu, Encik Sharol ni ada menang pertandingan Rural Business Challenge 2013, hari tu ada dengar kat radio Hot FM.. Hasil dari kemenangan tu, dia dapatlah tambah unit chaletnya dan meluaskan ladang strawberinya.. Kira usahawan berjayalah ni..
Ok, layan gambar-gambar chalet yang aku sewa..


** bahagian pintu masuk utama chalet & lobi penyambut tetamu..
di belakang pun ada pintu masuk yang lain..
jasad berselubung tu bukan hantu tau!! hahaha..

** halaman asmara bilik yang kami tempah..
pintu kiri tu laaa bilik kami..

** pandangan dari pintu masuk..

** pandangan ke pintu masuk..

** posisi katil..

** bilik termenung air..



** halaman rumah dihiasi dengan bunga-bungaan..
i love it.. jadi mat bunga terus!!

** ini pemandangan jika anda memasuki pintu masuk belakang..
ladang strawberi.. banyak weiiiii..

** bukan setakat ladang strawberi saja tapi sekelilingnya digantung kaktus di dalam pasu dan ada anggur yang tergantung di atas kepala..
lupa pula hari tu nak tanya pekerjanya boleh ke tidak nak rasa anggurnya.. geram je tengok..

** gambaran di chalet jenis family room..
untunglah siapa yang dapat duduk kat sini.. celik mata je boleh tengok ladang strawberi..

Bilik yang aku sewa ni disediakan TV LCD sepertimana tempat lain bersama siaran asas dari Astro, WiFi pun ada tapi linenya macam biskut, ada water heater tapi untuk shower jelaaa, air paip memang mendapat rasa dingin air batu laaa, ambil wudhuk memang gigil jugalah.. Disediakan seterika, sejadah, jadi tak payah susah-susah nak bawa dari rumah.. Kettle dan cawan turut disediakan.. Tuala pun ada, cuma satu je nak minta, kalau Encik Sharol baca ni, boleh tak pasang penyangkut kat bilik air dan ruang tamu.. Susah takde penyangkut ni, pakaiannya tak tahu nak sangkut mana bila nak mandi.. Harap Encik Sharol pertimbangkanlah yeeee :)

Bagi aku, chalet ni memang best.. Keadaan sekitar chalet memang bersih, susah nak nampak sampah.. Hiasan chalet ringkas, tak serabut.. Chaletnya sendiri bersih, masuk-masuk je bilik, hidungnya disapa dengan bau wangian.. Ada carpet, jadi kaki taklah kesejukkan.. Dapat pula bilik yang tak perlu mendaki, jadi memudahkan warga emas seperti mak aku daripada nak mendaki anak tangga.. Parking kereta pun senang.. Chalet ni juga menyediakan bilik jenis apartment 3bilik, jadi nak datang bercuti beramai-ramai bersama keluarga tercinta, boleh tempah di sini..

Kalau aku, aku bagi 4bintang dari 5bintang..
Kalau yang nak bercuti dalam bajet rendah, bolehlah ke sini.. Cuma kalau bercuti kena pada waktu puncak, terpaksalah bayar lebih.. Aku kena bayar RM320 untuk 3hari 2malam (Caj di waktu puncak RM195 + caj hujung minggu RM 125).. 

Mak sempat beli strawberry segar dari ladang ni sebelum balik Shah Alam.. Harganya RM25 sekilo sebab strawberry tak musim waktu ni.. Patutlah kat pasar malam pun tak nampak orang jual 3pek RM10 tapi 1pek RM14 (anggaran macam 300g)

Untuk ke sini mudah saja.. 
Bila anda sudah berada di pekan Brinchang, nampak Hotel Iris, anda masuk simpang tu dan terus saja.. Anda tengok belah kanan, nanti nampaklah pintu masuk utama chalet ni.. Kalau nak ke pintu belakang chalet, anda terus ke depan lagi, bila nampak apartment dinding bercat warna ungu, masuk simpang tu dan terus saja.. Nanti nampaklah pintu gerbangnya..

Nak bagi peringatan sikit, sebelum tidur bawalah selipar atau kasut anda ke dalam bilik takut akan kehilangan pasangan selipar dan kasut anda nanti seperti yang adik aku dan penyewa bilik sebelah alami.. Mungkin di curi anjing (perangai dan macam ayam Tok Dalang dalam cerita Upin & Ipin, kikikik)..

Kalau anda berminat, silalah hubungi Encik Sharol Hafizi di talian 013-7185744 atau nak usha-usha bilik yang ada dulu, terjah je ke blog mereka di link ini AGRO HIGHLANDS CHALET ..

Ikuti perjalanan percutian kami sekeluarga di sini : PART 1 , PART 2

Ok, setakat ini saja review tidak berbayar dari saya..
TATA TITI TUTUUUUUTTTTTT..

Isnin, 30 Mac 2015

LIVERPOOL ALL-STARS CHARITY MATCH, #THANKSSTEVIE!!!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera sahabat-sahabat Merah sekalian.. 
Dah bersawang blog aku ni, dah lama tak menaip, terasa bangang nak buat mukadimah cerita.. Kita terus kepada apa yang nak dicerita jelaaa ye..

29 Mac 2015, seperti yang sahabat sekalian sedia maklum telah berlangsung perlawanan istimewa iaitu LIVERPOOL ALL-STARS CHARITY MATCH yang bertujuan mengutip dana untuk sumbangan amal kepada pertubuhan di sekitar bandaraya Liverpool, disamping ianya menjadi perlawanan 'perpisahan' untuk kapten fantastic, Steven Gerrard.. Perlawanan ni antara GERRARD IV lawan CARRAGHER IV.. Apa yang menjadi perlawanan ni lebih istimewa dan dinanti-nantikan peminat ialah kehadiran bekas pemain Liverpool yang pernah beraja dihati peminat (tarik tisu sehelai)..



** pemain-pemain Charity Match..

Pepe Reina, Xabi Alonso,Luis Garcia, Alvaro Albeloa serta duo paling sengattttt dalam Liverpool, Fernando Torres dan Luis Suarez, gandingan yang hanya mampu bersua muka di Melwood untuk tempoh 3hari dan tak sempat beraksi bersama di padang.. Inilah masanya untuk melihat mereka beraksi bersama.. Cuma sedikit ralat tak dapat tengok Dirk Kuyt beraksi atas faktor kecederaan..

Perlawanan berlangsung dalam keadaan penuh harmoni dan santai.. Skuad pilihan Carra mendahului melalui jaringan Mario Balotelli (gol padu, kalaulah waktu game BPL selalu buat gol begitu, enak rasanya) dan terus mendahului 2-0 melalui skill acah-acah dari Drogba.. Aku awal-awal syak skuad Gerrard yang leading dan boleh menang besar berdasarkan line up tapi macam meleset je.. Sebelum tamat separuh masa, skuad Gerrard dianugerahkan sepakan penalti selepas Carragher (macam biasalahkan) mengasari Sinclair.. Pakar sepakan penalti, Steven Gerrard berjaya membolosi gawang Reina untuk kedudukan 2-1.. Separuh masa kedua, saat dinanti tiba, gandingan Torres dan Suarez masuk ke padang disambut dengan sorakkan penonton (tiba-tiba rasa sebak, kalaulah, kalaulah, kalaulah, emmmmm).. Skuad Gerrard sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti selepas Suarez dikasari Carragher (again.. kahkahkahkah) selepas mata sedap tengok gerakan 1-2 Suarez dengan Gerrard.. Dah nak gol dah, Carra dengki.. hahahaha.. Gerrard berjaya menyamakan kedudukan 2-2, walaupun sebelum itu Gerrard offer Suarez untuk ambilsepakan penalti sebab nak Suarez tinggalkan Anfield dengan sesuatu.. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 walaupun Suarez atau Torres tak buat gol tapi gandingan mereka buat aku tersenyum dah terus dilamun angan-angan (bagaikan kisah pelamin anganku musnah)..


** Suarez, Torres panaskan badan sambil bergelak tawa..
** Balotelli meraikan golnya..

** Suarez, Torres masuk ke padang pada separuh masa kedua..

** Suarez, Torres meraikan gol kedua Gerrard..


** foto sepanjang perlawanan..

Habis perlawanan, mata pun mula gatal-gatal (cover wei, cover).. 
Melihat perlawanan yang disaksikan, kita boleh lihat kemesraan dorang, betapa rapatnya hubungan sesama mereka.. Bukti pasukan Liverpool ni bukan saja sebuah pasukan bola sepak tapi keluarga.. Gerrard sempat gurau main tolak-tolak dengan Reina masa nak ambil penalti pertama, bila ada yang kena tackle masih terukir senyuman, cuma satu benda, aku rasa kalaulah Suarez dengan Carragher dulu bukan satu pasukan, mahunya Suarez gigit si Carragher ni.. Geram weiiiii.. 




** selepas tamat permainan dan sesi lap of honour.. 
lambaian perpisahan dan tepukan terakhir di Anfield,,

Moment yang paling buat hati ni terkoyak rabak, yang aku pasti sahabat-sahabat sekalian boleh nampak ialah kasih sayang (macam geli pulak ayat ni) antara Gerrard, Torres dan Suarez, aku dapat rasakan hubungan dorang sangat rapat, kira lain akrabnya Gerrard dengan Xabi Alonso.. Tengoklah saja waktu Gerrard jaringkan gol kedua, yang datang rai Torres dan Suarez sambil berpelukan, dah habis game pun begitu rupanya, itu belum lagi bila buka IG masing-masing (tarik tisu kali kedua) dan statement yang buat aku nak tarik tisu sekotak ialah bila Steven Gerrard cakap “The only regret I have is that I didn't play with Suárez and Torres together.”



** saat-saat sendu.. bromance..

** legends dimana saja.. sobssss..

Suarez pula, dia masih sayangkan Liverpool.. Jelas, sangat jelas.. "You never know [what will happen] in football, but if in the future I play in England again, I play with the Liverpool shirt on and not another shirt," .. Itu yang dia cakapkan.. Kalau tak kerana kekurang ajaran media British, aku yakin dia masih akan bersama kita.. Dan lebih jelas lagi, dia sayangkan Gerrard, yelaaa, takkan dia sanggup lepaskan tugasan antarabangsa bersama Uruguay semata-mata nak turut serta perlawanan amal ni..
Torres, walaupun dia seakan cuak fikirkan macam mana sambutan peminat bila bermain kat sana semula, ternyata peminat sudah mula memaafkan keceluparan dia selepas berpindah ke Chelsea.. Bukan setakat menerima tepukan gemuruh tapi 'dianugerahkan' lagu yang dulu berkumandang khas untuk dia.. We bought the lad from sunny Spain, He gets the ball he scores again, Fer-nan-do Torres, Liverpool's number nine.. Itu jugalah yang buat dia touching.. Barang yang lepas usah dikenang, Torres tak sekentut Owen sebab Owen rela masuk MU.. Masuk Chelsea, no big matter for me, acehhh, cakap omputeh..Tapi dalam emosi-emosi sendu, part yang buat aku tersengih bila Xabi Alonso tak habis-habis nganjing Carragher, "Nothing changes. Gerrard scoring. Carragher giving away penalties. Life goes on."


** Suarez mengutip scarf Liverpool yang berada di tengah padang..

Berakhirnya perlawanan malam tadi, maka tertunailah segala impian tak kesampaian dan mengenang segala memori indah yang pernah tercipta di bumi Anfield.. Membawa kembali kenangan bekas-bekas pemain Liverpool ketika bermain bersama Gerrard.. Keadaan sudah berbeza tapi hubungan yang pernah terjalin tak mungkin hapus begitu saja.. 
Bermulalah detik ni, perhitungan waktu untuk merelakan kepergian Steven Gerarrd pula.. Hanya tinggal 6perlawanan BPL sambil mengharap Liverpool terus melangkah hingga perlawanan akhir dalam saingan Piala FA dan Wembley menjadi saksi perpisahan paling indah yang penuh emosi untuk melihat aksi-aksi akhir Steven Gerrard dalam jersi Liverpool.. Segalanya kurang dari 2bulan.. 
Aku meminati Liverpool kerana Steven Gerrard, dari situ Liverpool tak pernah aku curangi sepertimana setianya Gerrard pada Liverpool.. Sejak 2003 bunga-bunga cinta berputik, walaupun dia akan pergi meninggalkan Liverpool, tak mungkin aku juga akan tinggalkan Liverpool.. Persetankan 2season ni yang mencalar reputasi Gerrard, menjadi bahan tawa lawan, tergelincir ketika bertemu Chelsea dan kad merah 38saat, tak mungkin akan memadam segala jasa dia pada Liverpool.. Piala Liga Juara-Juara, Piala Eropah, Piala FA, Piala Carling, tangan kapten ini sudah menjulangnya, cuma Piala Liga Inggeris belum ke dakapan.. Aku bukan memuja apatah lagi mengagungkan dia melebihi dari yang Esa cuma sekadar luahan perasaan meminati seseorang yang Tuhan kurniakan bakat dan sifat setia yang tidak boleh dibeli dengan wang pound sterling..

Selamat tinggal KAPTEN FANTASTIC!!

p/s : nasib baik game amal ni tak buat lepas season ni habis, kalau tak, mahu banjir laptop ni..
kat bawah ni aku belanja status IG & Twitter pemain yang terlibat dengan perlawanan ni (terlebih rajin), beberapa gambar selepas perlawanan dan full video game semalam.. Semuanya dah selamat masuk dalam pendrive aku :D

CEBISAN STATUS DARI INSTAGRAM & TWITTER :
 #STEVEN GERRARD

#JAMIE CARRAGHER

#LUIS SUAREZ

#FERNANDO TORRES


#XABI ALONSO

#LUIS GARCIA

#ALVARO ALBELOA

#RYAN BABEL

#PEPE REINA #DIRK KUYT

#JOHN ARNE RIISE #HARRY KEWELL

#LUCAS LEIVA #MARIO BALOTELLI

#DIDIER DROGBA

FOTO POST PARTY SELEPAS PERLAWANAN :