Khamis, 7 Mei 2015

CAMERON HIGHLANDS DISERANG!!!!! (PART 2)

Baiklah, bersambung dari cerita sebelum ni KLIK SINI..
Selesai makan tengahari, kami terus menuju ke TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI.. Alhamdulillah, jalan dah lancar.. Tiket masuk untuk dewasa RM3.. Kat sini, ayah belilah sikit produk pertanian yang di jual kat Pusat Jualan..


** keadaan berkabus mengalu-alukan kehadiran kami, acehhhh..
jualan produk berasaskan strawberry dengan usahasama Al-Mashoor..

** gadis dan bunga..
matanya lirik-lirik selalu, rupanya manis-manis ayu..

** menyanyikan lagu Negaraku disamping pokok tomato.. hehehe..
inilah pesen mak aku bila bergambar..



** antara tanaman & bungaan yang ada di MARDI..
rasanya, tak habis ronda semua tempat kat MARDI ni..


** sesekali aku berperangai sakai okay gak.. haahaahaahaa

** bergambar sebelum pulang..

** SILA DATANG LAGI..
InShaAllah :D

Selesai di MARDI, kami pulang semula ke chalet.. Rehat dan solat.. Lepas Asar, aku, ayah dan mak pergi ke pasar malam Brinchang sekali lagi untuk mencari makan malam.. Dan sekali lagi, juadah nasi kukus ayam goreng rempah + sambal hijau & kari menjadi pilihan aku, sampai mak dengan ayah aku pun terjebak..


** situasi biasa bila nak pergi pasar malam Brinchang..

** tangan-tangan kelaparan meratah cendawan goreng..
nasi kukus ayam goreng rempah yang enak walaweiiii..

** makan malam sambil menonton perlawanan Selangor vs Perak..
Selangor kalah 2-1 :( .. game Liverpool pula tak dapat tengok malam ni..

Tamat je game Selangor, semuanya tidur.. Ditambah dengan hujan lebat di luar, rasa kesejukan yang menusuk tulang, menambahkan rasa mengantuk dalam kepenatan semalam yang masih belum kebah.. GOOD NIGHT!!!

HARI KE-3
Hari yang baru, pagi yang indah..

** pemandangan waktu malam dan pagi hotel penginapan di pekan Brinchang yang di ambil dari chalet..

Hari terakhir di bumi Cameron Highlands.. Pagi tu check out awal sebab takut kena menghadap kesesakan tahap gila kat sini.. Sebelum balik, isi minyak dulu, takut traffic jam kat situ.. Tak nak tragedi 2003 berulang kembali dihadapan Shell..

** pukul 7pagi baru buka stesen minyaknya.. 
orang dah ramai menunggu termasuk ayah aku.. katanya minyak naik, menipu jeeee..


** seperti biasa, bergambar di chalet dulu sebelum pulang..

8.30pagi, kami meninggalkan Agro Highlands Chalet untuk pergi ke BIG RED STRAWBERRY FARM.. Aku tak tahan bila baca citer blogger lain yang datang ke sini.. Aku nak makan macam-macam, hahaha.. Perghhh, sangat mencabar nak berjalan ke sini, kesian mak ayah aku tapi dorang gigihkan diri juga naik sampai ke cafe.. Bila sampai cafe, hati aku hancur berkecai bila untie tu cakap SEMUA MAKANAN BOLEH SERVE LEPAS PUKUL 10.. Nak nangis rasanya.. Ingat nak sarapan sekali kat sini.. Adoiiiiii.. Hampa!! Kalau aku mati sat lagi, mati dalam keadaan mengidam ni.. Untuk tidak pulang dengan perut kosong, aku belilah 4cawan nescafe.. ermmmm.. Lepas selesai minum, bergambarlah sekitar kawasan situ.. Nasib baik tempatnya cantik.. Sempat laaa beli ais krim Malaysia strawberry dan lolipop strawberry kat sini.. Bila nak balik pulak, sangat seram ye jalannya.. Curam banget dengan keadaan sunyi sepi.. Ekstrem sungguh keadaannya.. Berdebar-debar jantungku..

** minum secawan nescafe dulu.. makanan?? yilekkkk..
secawan harganya rm2.90.. hiehiehie

** gegadis dan bebunga..

** semua tempat di posingnya..

** dah macam pesen Azwan Ali aje, mengangkut ke hulu ke hilir batang monopod..
why bother?? why bother??

** selesai bergambar di sini, marilah pulang dengan hati hampa..

Seterusnya, kami ke S CORNER membeli sayuran, memandangkan keadaan sesak menuju ke Kea Farm, semua sayuran beli kat sini je, senang.. Parking pun mudah dapat..


** mak, jangan shopping sayur banyak sangat, 
nanti semput keretanya nak mendaki bukit..

Selesai shopping, kami pergi mencari makanan untuk sarapan merangkap makan tengahari sekali.. Lepas ni tak payah nak singgah mana-mana lagi untuk alas perut.. Kami makan di warung sebelum Kea Farm.. Makanan kat sini memang sedap, masa 2tahun lepas, makan kat sini juga..

** inilah gerai makannya..
aku harap sangat Majlis Daerah Cameron Highlands selenggaralah singki dan segala yang ada kat warung ni, daif sungguh.. dah laaa sini kawasan pelancongan.. kalau dah kepala paip rosak, air yang keluar pun halus macam baby punya kencing, kejadahnya?? dari 2tahun lepas tak repair lagi.. itu belum lagi kat kedai makan Tanah Rata.. dah laaa bukit kena tarah buat tak tahu, benda macam ni pun tak nak ambil tahu??

Habis makan, kami terus menuju ke destinasi terakhir, CAMERON LAVENDER.. Perjalanan agak lancar, sesak sikit kat Kea Farm, nasib baik Tok Polis ada mengawal.. Kat Cameron Lavender pun payah cari parking, ayah buat 1pusingan semula dan Alhamdulillah ada kosong.. Harga tiket dah naik sehengget dari 2tahun lepas.. Dewasa RM6, Kanak-kanak RM4.. Ngada-ngada nak naik harga, kalau tanam bunga tulip takpe gak.. Tapi sekarang dorang dah buat surau kat belah atas.. Thanks :) Layan je laaa gambar kat bawah ni, takde apa nak diceritakan lagi.. 









** Selamat tinggal CAMERON HIGHLANDS!!!

Berakhirlah percutian kami di Cameron Highlands kali ni.. Serius tak puas sebab masa banyak habis kat jalan raya.. Plan nak ke Butterfly Farm pun tak kesampaian.. Kalau ada rezeki ke sini lagi, harap dapat pergi Taman Sedia, Big Red Strawberry Farm (again, tunaikan kempunan yang melanda), Butterfly Farm, Tunnel Time, Rose Garden.. 

Kali ni, Cameron Highlands betul-betul DISERANG walaupun sebelum ni orang tak berani ke sini sebab takut tanah runtuh berulang dari musim tengkujuh lepas dan sebab suhunya yang tak berapa nak sejuk katanya.. Trafik sesak teruk, tak pernah dialami sebelum ni.. Patutlah hotel semuanya penuh.. Ada satu famili ni dari Johor Bahru, sampai waktu maghrib dan singgah kat kawasan chalet tempat kami menginap sebab nak cari hotel kosong.. Kalau tak jumpa katanya malam tu tidur kat kereta je.. Kesian.. Next time, tempah awal-awal pakcik.. Satu lagi kes masa nak balik Shah Alam, jumpa satu famili ni kat surau.. Dorang dari Penang, dah sampai Tanah Rata tapi tengok keadaan sesak, terus dorang turun balik Penang semula..

Cameron Highlands parah diserang waktu cuti umum panjang.. 
Niat nak redakan stress di bandar, menjadi bertambah stress dibuatnya.. Lepas ni dah serik nak datang Cameron Highlands waktu cuti umum panjang..

** singgah sebentar membeli petai..
malu-malu pula orang aslinya.. hehehe

** singgah solat Zohor takut sesak kat lebuhraya..

 
** negeri Perak sedang bersiap sedia menyambut Sultan baru.. Daulat Tuanku..

Sekian untuk tulisan kali ni yang biasa-biasa saja.. Harap tak penat membaca.. Moga bertemu lagi untuk cerita yang lain.. Assalammualaikum..

p/s : harap Majlis Daerah Cameron Highlands hentikanlah segala pembangunan yang ada, tumpukan selenggara kemudahan awam.. kami datang bercuti ke sini nak tengok hutan semula jadi bukan konkrit.. kami dah bosan dan muak menghadap hutan konkrit.. sekian :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan