Selasa, 8 Oktober 2013

JERSI SI KAKI BANGKU...

Hai..
Entri aku kali ni, aku nak cerita pasal... Kisah si kaki bangku dengan jersi bola sepaknya.. Siapakah si kaki bangku tu?? hahaha, siapa lagi kalau bukan aku.. Tak kan Pak Jemah depan rumah pulak.. 

Idea nak buat entri ni terberanak lahir bila aku tengah kemas almari, cari hanger yang sebenarnya dah habis buat gantung jersi ni je.. Aku terfikir juga, aku ni main futsal pun tidak, apa lagi nak main bola sepak padang tapi jersi beratur mengalahkan pemain profesional (ayat tu macam banyak sangat jersi aku, kannnn!!).. Tapi entah, aku memang minat kumpul jersi team kesayangan aku Liverpool dan tak lupa Selangor dan Malaysia.. Support team luar negara jangan sampai lupa team tanah air sendiri.. Acecehhh.. Tiap kali masuk season baru, tiap kali tu laaa tak sabar nak tengok design jersi baru.. Kalau berkenan di hati, memang rasa tak sabar nak sambar sehelai dengan segera tapi tahun ni,emmmmm,sedeyh..!! Design macam apa je.. Sabaq je laaa..

Inilah dia barisan jersi-jersi yang aku ada dalam koleksi.. :)
JENG.. JENG.. JENG..

* Jersi HOME MALAYSIA tahun 2010/2012 .. Jersi warna kuning sebelah kiri.. Jersi yang bawa kenangan manis sebab jersi ni diguna pakai dalam kempen Piala AFF Suzuki 2010 yang menabalkan Malaysia jadi Juara buat pertama kali.. Aku beli jersi ni lepas Malaysia dah menang, memang hot sale laa jersi sampai payah aku nak cari.. Kalau tak menang, ada rasa nak beli ke?? hahahaha..
* Jersi AWAY MALAYSIA tahun 2012/2014 .. Jersi warna biru sebelah kanan.. Jersi ni aku beli agak terburu-buru dan harganya agak mahal walaupun seludup mari sebab aku sambar jersi ni masa belum banyak orang jual jersi ni, tu yang mahal.. Tapi kainnya, serius sedap dipakai, tak panas.. Macam original kau!!

* Gambar Kiri : Jersi  AWAY & 3rd KIT LIVERPOOL 2011/2012.. Jersi yang warna hitam tu abang aku belikan.. Entah kenapa dia baik hati nak belikan sebab dia pun bukan penyokong Liverpool, dia penyokong Arsenal.. Mungkin hadiah hari jadi aku kot (andaian semata-mata) sebab masa barang ni selamat di pos, betul-betul sampai masa hari jadi aku.. Suka sangat masa dapat, tak sangka aku.. hahaha.. Jersi yang putih tu plak beli sebelum pergi Johor, jersi yang diidamkan sebab kombinasi warnanya nampak maca lain sikit..
* Gambar Kanan : Jersi HOME & 3rd KIT LIVERPOOL 2012/2013.. Kali ni aku rasakan aku perlu beli jersi Liverpool home sebab masih tiada dalam koleksi dan kena plak pada waktunya, jersi home kali ni smart!! Ada kolar.. I like.. Tanpa fikir panjang aku terus sergah uptown :) Jersi 3rd kit tu plak aku rasa designnya agak unik berbanding away punya.. Ditambah lagi jersi away tu macam cacat sikit bila aku tengok seludup punya.. Ada ke patut lambang LFC dgn Warrior kat PERUT?? Patutnya kat dada.. Sebab tu aku beli 3rd kit..

* Jersi HOME SELANGOR 2013.. Tahun ni entah kenapa aku agak bersemangat dan buat pertama kalinya aku terasa nak beli jersi Selangor.. Mungkin sebab merasakan asyik beli jersi Liverpool je tapi jersi team negeri sendiri tak pernah beli.. TANAH TUMPAH DARAHKU laa weiii.. Dan, inilah jersi satu-satunya aku beli ORIGINAL, no seludup!! Nampak tak semangatnya di situ?? Designnya plak boleh tahan lawa.. Memang rasa berbaloi sangat beli jersi ni.. :) 
KUNING DAULATKU, MERAH DARAHKU.. acehhh, semangat!!

* Jersi Goalkeeper Home Liverpool 2013/2014 & Jersi Selangor Away 2013
Sumber : Abang Google

Yang atas ni plak, jersi yang aku idamkan sekarang.. Kalau dapat memang syok laaa.. (jersi pun boleh sampai tahap mengidam??)
Jersi Goalkeeper HOME LIVERPOOL 2013/2014 dengan AWAY SELANGOR 2013.. Smart habis!! Tapi yang Liverpool tu susah sangat nak dapat yang sawadikap mari dan mungkin tak jual langsung pun.. Kalau nak memilikinya, kena beli yang original tapi nanti poketnya RABAK.. Sehelai je dah RM260..

DAN.. Jeng, Jeng, Jeng..
Aku dah pun TERbeli jersi baru HOME LIVERPOOL season ni.. Aduhaiii, benda ni memang betul-betul racun.. Sebenarnya aku takde niat pun nak beli tapi masa pergi Uptown, asyik lalu lalang depan kedai jersi, nafsu aku jadi membuak-buak.. Maka, aku pun TERbeli laaaa.. Nasib baik barang yang betul-betul aku nak beli, aku dah beli pun.. Kalau tidak memang lari bajet.. huuuuu.. Kalau dapat lengan panjang, lagi best ni :)

Aku beli jersi semua ni sebagai tanda sokongan kat team bola sepak kesayangan aku.. Sokongan dari jauh katanya.. Tak kira kalah atau menang tetap bangga pakai.. Bila pakai time team kalah aku rasa aku lagi bangga sebab itu tandanya aku setia support team aku walau apa pun keadaannya.. #Poyo

Entri ni bukan aku nak menunjuk-nunjuk sebab takde apa nak dibanggakan.. Jersi seludup je kot, lain laaa original semuanya.. Cuma saja nak bercerita.. huuuu..

Okay laaa, itu je sesi mengarut aku kali ni.. Tata!! Assalammualaikum..
-SEKIAN-

Selasa, 27 Ogos 2013

CAMERON HIGHLANDS.. MEMBAWA DIRI DI AIDILFITRI (PART 3)

Perjalanan di hari terakhir di bumi Cameron Highlands..


Pagi tu, terasa sedikit sedih sebab nak tinggalkan ketenangan yang aku dah nikmati sepanjang 2hari kat sini.. Ikutkan hati nak je tinggal seminggu dua lagi kat sini.. Tak pun duduk sini terus.. hehehe..
Disebabkan melayan perasaan sedih tu, aku pun pergilah membawa diri meronda kawasan apartment tu sorang-sorang..

Sebelum meninggalkan apartment ni, kami sekeluarga melakukan aktiviti wajib sebelum balik iaitu bergambar kenangan kat sini sampailah masing-masing dah tak larat nak bergambar.. Banyak jugak dalam pendrive gambarnya ni..





* sebelum mengucapkan selamat jalan..

Dah habis bergambar, tunggulah pukul 10pagi untuk checkout dan menanti Encik Hamid sampai..  Kang lari terus tak baik pulak, duit pun tak bayar lagi.. 
Checkout awal sebab ada 2,3 tempat lagi nak pergi, takut traffic jam je sama ada kat Cameron ni mahupun kat highway nanti..
Bila dah dipulangkan kuncinya, dah bayar duit sewa, kami pun bergerak pulang dan pergi melawat tempat-tempat yang belum dilawati untuk terakhir kalinya..

Kami singgah di S'CORNER, lokasinya betul-betul di tepi jalan, di bahagian selekoh berbentuk S, berdekatan dengan Cactus Point.. Tempat ni mungkin baru buka sebab masa 2tahun lepas masa datang sini, tempat ni masih belum wujud.. Tempat ni kira tempat himpunan jualan pelbagai produk dari produk pertanian yang biasa dilihat kat Cameron Highlands, sampailah jualan madu dan penanaman cendawan serta cenderamata termasuk ada sebuah restoran Muallaf.. Kira okaylah tempat ni.. Mak aku beli 1kg cendawan tiram!! Geram aku tengok cendawannya, gendut-gendut belaka.. Kalau buat goreng, memang puas makan!!





* antara gambar-gambar yang diketip ketika berada di S'Corner..
* awek Indonesia tu malu-malu diketip gambarnya.. hehehe

Lepas tu, kami bergerak ke Kea Farm.. Tapi sebelum tu singgah kat gerai kecil ni untuk bersarapan.. hahaha, sarapanlah sangat.. Makanannya pun dah kira lauk makan tengah hari.. Memang sedap masakannya.. 
Bila perut dah kenyang, teruslah menuju ke Kea Farm.. Beli madu untuk Aliff, sayur kubis bunga, jagung dan limau untuk dibawa pulang.. Aku beli strawberry coklat dengan cendawan goreng.. Agak ketagih benda ni bila kat sini.. Sedap ooooo.. Sempat jugak beli sedikit cenderamata kat kawasan Kea Farm ni, terpengaruh dengan perkataan HARGA BORONG.. Bila dah letak semua barang tadi dalam kereta, perghhhh, padat dan sendat.. Lemas aku duduk belakang..

* salah satu tempat wajib singgah..


* makanan wajib beli kat sini.. Aku beli buat alas perut masa perjalanan balik nanti.. 

Lokasi terakhir LAVENDER GARDEN.. Tempat ni katanya baru buka tahun ni, jadi kalau baru buka maknanya tempatnya masih lagi cantik dan terurus.. Masuk dalam ni kena bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.. Takpelah, bukan selalu pun kena cas.. Ayat macam orang banyak duit je, huuuu.. Tempatnya serius cantik, kombinasi warna bunganya memang memikat.. Kalau ada ros ke, tulip ke memang lagi gempak.. Dekat bahagian atas ada tanaman kekwa dan buah strawberry.. Boleh petik sendiri buah strawberry dengan bunga kekwa tu tapi masa aku datang macam takde je buah steawberry yang tumbuh.. Mak, ayah dengan Ain tak nak masuk.. Tak dapat nak bergambar ramai-ramai dalam ni.. Hampa je aku rasa.. Aku masuk dengan Abang Iwan jeee..





* bagi gambar lebih sikit sebab tempat baru, tapi itu pun ada yang aku tak masukkan dalam ni :)

Selesai mengembara di Lavender Garden, bermakna berakhirlah percutian aku untuk kali ini.. Percutian yang mencipta sejarah sebab pergi waktu orang lain sibuk meraikan hari raya.. Takpelaaa, lepas ni kena biasakan situasi macam ni setiap kali hari raya..

Cuma agak sikit ralat percutian kami kali ni sebab tak dapat pergi MARDI dan menjelajah Kampung Taman Sedia untuk memetik strawberry, merasa strawberry coklat dan milkshake di ladang-ladang milik orang Islam Melayu, yang aku baca kat blog-blog lain kata sedap dan best!! RUGI!! Mungkin lain masa, kalau datang sini lagi, pasti akan disinggah 2lokasi ini..

Dalam perjalanan balik, sempat beli petai dengan orang asli yang menjaja kat tepi jalan untuk dibawa pulang.. Best!! My favourite.. 
Perjalanan pulang masa raya ke5 tu, agak sesak di lebuhraya PLUS terutamanya dikawasan sekitar Tapah.. Biasalahkan.. Baru sekarang aku faham perasaan orang yang balik dari kampung beraya, terpaksa menghadap traffic jam yang amat lama sebab kalau aku balik kampung beraya pun tak meredah highway.. Kampung kat Selangor je nyokkk..


* bisnes orang asli & kekusutan di lebuharaya..



* buah tangan dari Cameron Highlands.. Limau, Kubis Bunga, Jagung, Teh Boh, Madu dan Petai..

Berakhirlah kisah perjalanan aku dan keluarga di Cameron Highlands.. Kisah keluarga yang membawa diri di Aidilfitri.. Sekurang-kurangnya dapatlah melupakan apa yang mungkin terjadi di kampung waktu raya macam ni.. Apa yang pasti, percutian yang sedikit panjang berbanding selalu ni aku cuba manfaatkan sebaiknya agar ia tidak tersia-sia begitu saja.. Mungkin akan ada yang berkata, CAMERON JE PUN ITU PUN NAK KECOH.. Bukan soal lokasi percutian itu dekat mahupun jauh tapi macam mana percutian itu dimanfaatkan sebaiknya.. Bagi aku, aku dengan adik beradik lain cuba membawa fikiran mak aku lari dari mengingatkan perkara yang menyakitkan hati dia, melupakan seketika hari raya di tempat tanah tumpahnya.. Dan, aku juga pasti akan merindukan ketenangan, kedamaian, kehijauan, serta kedinginan bumi Cameron Highlands.. Andai dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pasti akan kami jejakkan kaki lagi ke sini.. Mungkin bersama kawan-kawan pulak, siapa tahu,kannn..

Sekian, untuk entri tentang percutian Cameron Highlands di hari raya ni..
Assalammualaikum!!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR & BATIN

Isnin, 26 Ogos 2013

CAMERON HIGHLANDS.. MEMBAWA DIRI DI AIDILFITRI (PART 2)

Hari kedua di bumi Cameron Highlands..

Lepas Subuh, aku duduk melepak dekat balkoni mengambil udara segar sambil mendengar embun menitis atas bumbung.. Memang tenang jiwa ni..
Pagi tu, hanya bersarapankan maggi.. Nak cari sarapan kat luar, bukannya ada orang berniaga pun..
Tapi layan juga makan maggi panas-panas dalam keadaan sejuk ni.. Feelnya lain sikit..

* melayan maggi di pagi hari yang dimasak cik adik ni.. hahaha.. Maggi je pun..

Selesai makan, aku pun jadi ular sawa yang tak berapa nak kenyang.. Tengah santai dengan famili, hujan pulak turun.. Perghhh, bertambah gigil jawabnya!! Nasib baik aku dah mandi, takde laaa sejuk sangat.. Tapi kalau mandi pun, ada air panas.. Sedap je mandi.. 
Hakikatnya, duduk Cameron Highlands ni tak mandi pun takpe, bukannya keluar setitis peluh pun.. Baju aku pun takde bau ashem seperti selalu.. kehkehkeh..
Dah kenpa cerita pasal mandi tak mandi pulak.. hahaha..
Masa hujan tu baru pukul 7.30pagi, lambat lagi nak keluar meronda.. Okay, kita chill.. Layan hujan dan kabusnya.. Nyamannnnnnn..

* awan & hujan menyelimuti apartment Desa Anthurium..

Dalam pukul 10pagi, lepas hujan dah berhenti, kami semua bergerak keluar untuk meronda-ronda.. Destinasi pertama ialah MARDI.. Dah excited nak tengok tanaman kat sana, plus nak bergambar dengan bunga-bunga tapi bila dah sampai sana, dekat pintu pagar ditulis TUTUP 5/8/13 HINGGA 12/8/13.. Sabar jelaa walaupun rasa frust tonggeng menonggeng.. Cuti raya lama betul.. Dah MARDI tutup, takkan nak buat demonstrasi suruh buka pulakkan, jadi kami pun bergerak ke tempat lain dengan rasa hampa..

Seterusnya, kami ke ladang teh Cameron Valley yang terletak tepi jalan melepasi Tanah Rata menuju ke Ringlet.. Disebabkan lokasinya tak berapa best nak mengetip gambar (ekse sungguh nadanya, hahaha), maka kami pun bergerak ke satu lagi ladang teh milik syarikat BOH di Sungai Palas..

* sempat jugak bergambar di depan cafe Cameron Valley..

Perjalanan menuju ke ladang teh BOH sangat mencabar dan mencuakkan.. Jalan sempit dan berliku.. Alhamdullillah, selamat jugak sampai ke sana.. Kalau nak ke cafe dan kilangnya kena berjalan kaki mendaki ke sana.. Kesian mak aku, kena kerah tenaga.. Risau gak kakinya sakit..

* kesian maknya tercicir dibelakang.. hihihi..

Ingatkan nak merasa laaa minum-minum kat cafenya, sekali tengok ramai yang beratur.. Terus tak jadi.. Maka, kami pun menuju ke kedai produk BOH.. Belilah sikit barangnya.. Beli dan bancuh sendiri, minum kat rumah.. Habis cerita.. Minum sampai kencing malam.. hikhikhik

* aktiviti membeli-belah..

Lepas mak dengan ayah aku dah bayar barangnya, aku pun meronda pergi ke kilangnya.. Miowww, Miowww.. Bau inai menusuk ke lubang hidungku yang comel..

* antara beberapa bahagian dalam pemprosesan membuat teh.. Panas ooo dalamnya..

Dah selesai semuanya, sesi bergambar kenangan.. 2tahun lepas tak dapat ke sini sebab kereta ayah aku rosak, jadi inilah kesempatan terbaik untuk bergambar bersama..


* cebisan gambar di ladang teh BOH..

Dah habis meronda ladang teh, masa untuk menuju ke lokasi yang lain.. Masa perjalanan balik tu, kami melalui saat yang genting.. Agak ngeri terpaksa jalan berhimpit-himpit dan memandang gaung disebelah kiri.. Mak aku terus bising-bising dan cakap, LAIN KALI TAK PAYAH DATANG SINI LAGI.. Aku pun pasrah dengar jawapan tu.. :(

Dari Sungai Palas, kami kembali ke Tanah Rata untuk mengisi perut yang lapar.. Sebelum ke sana, kami singgah Kea Farm untuk beli sedikit sayur untuk di masak malam nanti.. Dah selesai di Kea Farm, kami pun menuju ke Tanah Rata.. Alhamdullillah, ada kedai orang Melayu yang buka.. Walaupun lauknya tak banyak pilihan tapi cukuplah untuk mengalas perut comelku ini untuk bertahan sampai ke malam.. Masalahnya, bertahan ke sampai malam?? kikikikikik..


* bergambar dah macam nak buat cover album je..

Dah selesai makan, kami pun pulang ke apartment untuk beribadah dan berehat seketika..

Lepas Asar, kami kembali merayap, meronda tempat-tempat yang ada disekitar tu.. Kami menuju ke Kasimanis Strawberry Farm.. Tempat yang sangat simple.. Entah kenapa boleh tertarik datang sini.. Lokasinya sehaluan menuju ke Strawberry Park Resort dan berdepan dengan rumah SMURF yang dalam pembinaan.. Mak aku berhajat nak beli pokok bunga kat situ tapi ila fikir-fikir balik, takut bila sampai Shah Alam, pokoknya dah patah liuk sebab kereta dah padat.. Jadi, tema kami datang ke sini sekadar tengok-tengok jelaaa...



* muka aku ni macam nak mintak pelempang je.. heeee

Dah habis di Kasimanis Strawberry Farm, kami mendaki semula ke pekan Brinchang untuk membeli KFC, untuk dijadikan juadah makan malam.. Yelaaa, takkan nak makan sayur je malam nanti, aku bukan spesis kambing.. hehehe.. Sebelum kembali semula ke apartment, aku minta tolong ayah singgah kejap kat Smoke House, saja nak bergambar kat sana.. Aku tengok rumahnya geram je.. Cantik mehhhh, rumah asli orang Inggeris.. Kalau honeymoon kat sini memang best.. Ehhhh, HONEYMOON?? Jauh dah berangannya ni.. hahaha.. 


* ambil mood kononnya berada diperkampungan Inggeris..

Okay, dah selesai bergambar, berangan-angan macam kat perkampungan Inggeris, maka kami pun menuju jalan pulang.. Sampai je rumah, terus on TV sebab ada perlawanan termantop badminton antara Lee Chong Wei dengan musuh ketatnya Lin Dan dalam FINAL BWF WORLD CHAMPIONSHIP.. Ini antara tournament penting DLCW untuk diraih.. Tapi sayang, beliau terpaksa menarik diri di pusingan ke3 selepas alami kecederaan.. Eh, ni nak cerita pasal cuti-cuti Cameron Highlands ke atau pasal badminton.. hikhikhik..

* final BWF Wolrd Championship.. LeeChongWei vs LinDan.. Cantiknya gambar tu diketip..

Malam tu, takde apa-apa aktiviti yang dibuat.. Sekadar melepak dengan keluarga di ruang tamu dan melayan TV serta internet.. Malam tu disebabkan takde apa nak buat, maka SAKA aku pun buat perangai.. Dia suruh aku mencekik tahap orang tak makan 2-3hari.. Memang malam tu betul-betul kebulur.. Siap goreng telur dadar 2biji untuk aku sorang makan..

* jemput makan!! haahaa :D Alhamdullillah..

Selesai makan, aku pun jadi ular sawa yang sarat, sambil usap-usap perut.. Malam tu aku tidur awal, mungkin kepenatan mendaki bukit pagi tadi dicampur makan over sangat..

**BERSAMBUNG**