Rabu, 23 November 2016

AGRO HIGHLANDS CHALET, CAMERON HIGHLANDS ( FAMILY UNIT - 4 PERSONS )

Dah berhabuk, bersawang dah blog ni.. Berkurun tak update.. Tak tahu nak cerita apa.. hahahaha..
Ok laaaa, lurus kepada titiknya (straight to the point).. Entri kali ni nak cerita pasal tempat penginapan yang aku dan keluarga tinggal semasa ke Cameron Highlands pada 12-14 November 2016 iaitu Agro Highlands Chalet.. Tempat yang sama dengan tempat tahun lepas cuma jenis unit penginapannya yang berbeza.. Klik link ni untuk makluman penginapan kami tahun lepas >> AGRO HIGHLANDS ( STANDARD QUEEN - 3 PERSONS )

Aku dah booking penginapan jenis FAMILY UNIT, yang boleh menempatkan 4orang (lebih pun boleh tapi bawa toto sendiri, maksimum tambahan penghuni yang boleh masuk aku anggarkan dalam 2orang, jadi total boleh masuk unit ni 6orang).. Kami datang dalam 5orang, jadi memang ideal unit ni daripada sewa apartment mahal-mahal tapi penghuninya ciput.. Aku booking awal dan minta siap-siap nak family unit yang berhadapan kebun strawberry.. Alhamdulillah, ada kekosongan.. Lagi pun, mak dah tak larat nak turun naik tangga, jadi memang sesuailah unit ni untuk kami menginap..

keadaan bilik yang disediakan..
ini gambar sebelum balik, tu yang bersepah.. haaaa

bilik air yang luas, nak mandi 2,3orang sekaligus pun boleh.. huuuuu
pemicit getah paip tu patah, ayah aku yang buat.. hahaha.. kena denda RM18..

kerusi yang disediakan..
jadilah buat duduk-duduk..

antara kemudahan yang disediakan..
TV LCD, seterika dan iron board, micro wave, peti sejuk mini dan cerek serta sejadah 2helai turut disediakan..
anda disarankan bawa pinggan, mangkuk sendiri sebab tak disediakan tapi itupun kalau anda nak makan-makan kat rumah.. cawan pun bawa sekali sebab disediakan cuma 2buah cawan..

mengintai dari tingkap penginapan kami..

antara hiasan di halaman depan rumah dan sekeliling kawasan penginapan..
anggur tengah banyak tapi kata pekerjanya buah ni masam.. bukan jenis manis..

bunga-bunga cinta..

rasa nak petik je buah strawberrynya.. terjuntai-juntai.. geram mehhhh..

penyambut tetamu..

sempat ayah aku bergambar dekat kawasan penginapan..
sambil ambil angin sambil bergambar..

sebelum nak gerak meronda, ketip-ketip gambar dulu..
u neber wok a lon..

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan penginapan ni.. Murah pun murah.. Total yang kena bayar RM340 (3hari 2malam), hujung minggu RM 195, hari biasa RM145.. Kalau waktu puncak lagi mahallah.. Kalau nak petik strawberry pun boleh buat kat chalet ni.. Dari chalet ni pun boleh berjalan kaki ke pasar malam tapi jauh sikitlah, kena mendaki tangga jugak.. Nak merasa bersenam kat Cameron Highlands apa salahnya, tak keluar banyak peluh pun tapi terbakar jugalah lemak-lemak perut.. Terletak di pekan Brinchang, di Jalan Pecah Batu, nampak Iris Hotel, belok kiri.. Jalan perlahan-lahan nanti boleh nampak chaletnya ni.. Kalau berminat, hubungilah tuan punya chalet dengan kadar segera..

Sekian review untuk kali ini.. SELAMAT BERCUTI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan