Rabu, 6 Mei 2015

AGRO HIGHLANDS CHALET, CAMERON HIGHLANDS ( STANDARD QUEEN - 3 PERSONS )

Assalammualaikum pada yang membaca blog ni..
Sudah lama rasanya tak menaip blog ni, last entri sebulan lepas.. Takde apa nak diceritakan maka tersadailah blog ni, mereput..

Terus kepada apa yang nak diceritakan iaitu pasal AGRO HIGHLANDS CHALET, tempat aku dan keluarga menginap di Cameron Highlands pada cuti baru-baru ni.. Seperti kebiasaan, setiap kali ada rancangan nak bercuti, aku ditugaskan untuk mencari tempat penginapan dan macam biasa jugalah, merancang last minute.. Memang mental jugalah nak mencari lagi-lagi bila tengok tarikh nak pergi tu cuti umum yang panjang.. Kali ni pergi 4beranak saja, ikutkan nak sewa kat Desa Anthurium tapi macam membazir je, rumah besar tapi penghuninya seciput.. Gigih juga aku mencari, ada ke tempat penginapan kat Cameron Highlands yang boleh sumbat ceciput orang dalam harga bajet, yelaaa, takkan nak tempah hotel bintang-bintang pulakan.. Tak mampu abang nak membayarnya.. hahaha.. Waktu mencari-cari tu, aku baru teringat aku ada like satu page penginapan kat Cameron Highlands ni, maka aku selidiklah keadaan dan suasana penginapannya dan kami berbincang sekeluarga maka hasilnya semua setuju untuk menginap di AGRO HIGHLANDS CHALET..

Asalnya nak tempah family room, ada 2katil queen tapi semuanya dan penuh, maka aku pun tempah bilik yang ada 1katil queen + 1katil single.. Alhamdulillah, ada kekosongan.. Bermulalah segala urusan tempat dibuat melalui whatsapp dengan pemilik chalet, Encik Sharol Hafizi dan membuat pembayaran deposit sebanyak RM50..

Sekadar nak bagi tahu, Encik Sharol ni ada menang pertandingan Rural Business Challenge 2013, hari tu ada dengar kat radio Hot FM.. Hasil dari kemenangan tu, dia dapatlah tambah unit chaletnya dan meluaskan ladang strawberinya.. Kira usahawan berjayalah ni..
Ok, layan gambar-gambar chalet yang aku sewa..


** bahagian pintu masuk utama chalet & lobi penyambut tetamu..
di belakang pun ada pintu masuk yang lain..
jasad berselubung tu bukan hantu tau!! hahaha..

** halaman asmara bilik yang kami tempah..
pintu kiri tu laaa bilik kami..

** pandangan dari pintu masuk..

** pandangan ke pintu masuk..

** posisi katil..

** bilik termenung air..



** halaman rumah dihiasi dengan bunga-bungaan..
i love it.. jadi mat bunga terus!!

** ini pemandangan jika anda memasuki pintu masuk belakang..
ladang strawberi.. banyak weiiiii..

** bukan setakat ladang strawberi saja tapi sekelilingnya digantung kaktus di dalam pasu dan ada anggur yang tergantung di atas kepala..
lupa pula hari tu nak tanya pekerjanya boleh ke tidak nak rasa anggurnya.. geram je tengok..

** gambaran di chalet jenis family room..
untunglah siapa yang dapat duduk kat sini.. celik mata je boleh tengok ladang strawberi..

Bilik yang aku sewa ni disediakan TV LCD sepertimana tempat lain bersama siaran asas dari Astro, WiFi pun ada tapi linenya macam biskut, ada water heater tapi untuk shower jelaaa, air paip memang mendapat rasa dingin air batu laaa, ambil wudhuk memang gigil jugalah.. Disediakan seterika, sejadah, jadi tak payah susah-susah nak bawa dari rumah.. Kettle dan cawan turut disediakan.. Tuala pun ada, cuma satu je nak minta, kalau Encik Sharol baca ni, boleh tak pasang penyangkut kat bilik air dan ruang tamu.. Susah takde penyangkut ni, pakaiannya tak tahu nak sangkut mana bila nak mandi.. Harap Encik Sharol pertimbangkanlah yeeee :)

Bagi aku, chalet ni memang best.. Keadaan sekitar chalet memang bersih, susah nak nampak sampah.. Hiasan chalet ringkas, tak serabut.. Chaletnya sendiri bersih, masuk-masuk je bilik, hidungnya disapa dengan bau wangian.. Ada carpet, jadi kaki taklah kesejukkan.. Dapat pula bilik yang tak perlu mendaki, jadi memudahkan warga emas seperti mak aku daripada nak mendaki anak tangga.. Parking kereta pun senang.. Chalet ni juga menyediakan bilik jenis apartment 3bilik, jadi nak datang bercuti beramai-ramai bersama keluarga tercinta, boleh tempah di sini..

Kalau aku, aku bagi 4bintang dari 5bintang..
Kalau yang nak bercuti dalam bajet rendah, bolehlah ke sini.. Cuma kalau bercuti kena pada waktu puncak, terpaksalah bayar lebih.. Aku kena bayar RM320 untuk 3hari 2malam (Caj di waktu puncak RM195 + caj hujung minggu RM 125).. 

Mak sempat beli strawberry segar dari ladang ni sebelum balik Shah Alam.. Harganya RM25 sekilo sebab strawberry tak musim waktu ni.. Patutlah kat pasar malam pun tak nampak orang jual 3pek RM10 tapi 1pek RM14 (anggaran macam 300g)

Untuk ke sini mudah saja.. 
Bila anda sudah berada di pekan Brinchang, nampak Hotel Iris, anda masuk simpang tu dan terus saja.. Anda tengok belah kanan, nanti nampaklah pintu masuk utama chalet ni.. Kalau nak ke pintu belakang chalet, anda terus ke depan lagi, bila nampak apartment dinding bercat warna ungu, masuk simpang tu dan terus saja.. Nanti nampaklah pintu gerbangnya..

Nak bagi peringatan sikit, sebelum tidur bawalah selipar atau kasut anda ke dalam bilik takut akan kehilangan pasangan selipar dan kasut anda nanti seperti yang adik aku dan penyewa bilik sebelah alami.. Mungkin di curi anjing (perangai dan macam ayam Tok Dalang dalam cerita Upin & Ipin, kikikik)..

Kalau anda berminat, silalah hubungi Encik Sharol Hafizi di talian 013-7185744 atau nak usha-usha bilik yang ada dulu, terjah je ke blog mereka di link ini AGRO HIGHLANDS CHALET ..

Ikuti perjalanan percutian kami sekeluarga di sini : PART 1 , PART 2

Ok, setakat ini saja review tidak berbayar dari saya..
TATA TITI TUTUUUUUTTTTTT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan