Ahad, 26 Ogos 2012

AIDILFITRI 1433H/2012M

Assalammualaikum semua... Kabare?? Tiba-tiba pulak cakap jawa, aura balik kampung hari tu melekat lagi ni.. :)

Rasanya dah lama sangat tak update blog, tengoklah tarikh akhir update blog.. Bulan puasa lepas rasa nak update tapi tak ter'update' juga.. Ok lah, nak cerita sikit je pasal Aidilfitri tahun ni..

29 Ramadhan :
Waktu ni, sibuk dengan aktiviti masak-memasak di dapur.. anak bujang pun kena terjah dapur gak,kesian mak nya masak sorang2, tak larat nanti.. Tugas aku kat dapur, tolong mengetatkan anyaman ketupat (nak anyam sendiri tak reti), membelasah kacang sampai lumat (bukan makan yeee, puasaaaa), jadi pak guard periuk masak ketupat (sampai nak tidur sebelah periuk je rasanya).. Sambil tu,tengok2 jugaklah maknya memasak, belajar cara memasak..


# ketupat.. (mcm lah org tak tahu..)

1 Syawal :
Tiba juga hari raya.. Pagi tu lepas solat Subuh, kemas rumah sikit, dan siap2 untuk ke masjid.. Tahun ni, seperti 4tahun yang lalu, raya pertama di Shah Alam.. BOSAN~~~ 
# bergambar depan rumah lepas selesai solat :)

Dah selesai solat, sesi bermaafan pun dijalankan.. dan lepas tu aktiviti bergambar dengan famili..
# ramai tak famili aku?? hahaha.. abg aku xde time nie, merayau2.. abg sorg lg masih di Puchong.. xcukup kuota..
 # mak & ayah
 # aku & adik (bergambar macam suami isteri plak)                  

Lepas bergambar, semua membongkang depan TV, tunggu tetamu.. Serius bosan!!! Jiran yang tak balik kampung jadi tetamu pertama rumah aku.. dan petangnya famili mertua abg aku pulak dtg.. barulah mood raya tu datang..



                                               
# anak buah aku..

2 Syawal - 4 Syawal :
Yeahhhh.. akhirnya, balik kampung jugak!!! Nafsu ke kampung dah tak tertanggung lagi.. hahaha.. Bertolak tengah hari tu dari Shah Alam, sampai Tanjung Karang dalam pukul 2.30 petang.. Jalan SESAK!!
# my lovely kampung :)

Sepanjang kat kampung, dapatlah beraya rumah makcik2 aku kat Sekinchan & Sawah Sempadan... Nak ikut beraya kat Kampung Parit Serong segan pula sebab yang pergi semua sepupu pompuan aku.. abang sepupu aku semua duduk rumah.. heeee
# menculik anak orang.. hahahaha

# harap tiada yang cemburu :P





# bergambar beramai-ramai kat gazebo sebelum balik Shah Alam

Dah puas beraya kat kampung, jumpa sepupu dan saudara-mara kat Tanjung Karang, hari yang seterusnya beraya kat Rantau, Negeri Sembilan, rumah Wak Long aku pada 5 Syawal dan beraya kat Morib rumah Mak Lang aku.. Itulah perjalanan hari raya aku untuk minggu pertama Syawal..

Cerita paling sadis raya tahun nie, duit raya aku cuma dapat RM5 jeeeee... waaaa, ini tandanya aku dah berusia... haaaahaaaa... Apa boleh buat, buat muka baby face pun belum tentu dapat duit raya banyak.. huhu

Rasanya cukup sampai sini saja kisah Aidilfitri aku untuk tahu ni.. kepada yang membaca blog nie, SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. :)






2 ulasan: