Selasa, 5 Ogos 2014

LAMBAIAN PULAU PANGKOR DI LEBARAN

Hai, hai, hai.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua!!
Tengah makan apa tu?? Sudah-sudahlah makannya tu, kang memboyot perutnya tak pasal-pasal kawan sekerja jumpa lepas cuti nanti kata hang mengandung.. hahaha..

Okay, sekarang ni aku nak bercerita pasal percutian keluarga aku masa Aidilftri baru-baru ni.. Hehehe, inilah aktiviti insan-insan terbuang di Hari Raya, nak buat macam manakan.. Aidilfitri tahun lepas, kami ke Cameron Highlands, tahun ni pulau melambai-lambai suruh datang.. Jadi Pulau Pangkor menjadi pilihan.. Ikutkan hati nak ke Pulau Langkawi tapi jauh sangat..

Aidilfitri ke-5, seperti yang dirancang, kami bergerak ke Pulau Pangkor sekitar jam 9.30pagi.. Alhamdulillah perjalanan ke sana sangat lancar tanpa sebarang kesesakan jalan raya macam hari raya ke-2 yang lepas masa balik kampung Tanjong Karang, cuma keadaan hari tu agak berjerebu.. Sampai Lumut sekitar pukul 2petang lepas dah siap makan tengah hari..


barang dah siap disumbat dalam kereta...

Bila dah sampai Jeti Lumut, ada laaa abang ni menunggu kat kawasan parking cari pelanggan.. Bukan cari pelanggan yang gitu-gitu tau!!! Dia cari pelanggan yang nak sewa keretanya dan bantu pelancong cari tempat penginapan.. Alaaa, kiranya agen pelancongan laaa.. Mak dengan ayah pun kata sewa jelaaa kereta sebab nanti senang nak meronda pulau dan kereta yang kami dapat kereta kancil.. Ok laaa, bersangka baik keretanya mesti power siap turbo sebab bayar rm80 untuk 2hari 1malam.. Dah naik feri, cari tempat duduk yang hampir penuh semuanya.. 


dah sampai dah... #SelamatDatang #1Malaysia

Setibanya di jeti Pangkor, jeng jeng jeng, inilah kereta kancilnya!!! hahahaha, SEDEYHHH, SADISSSS!!! Dah tersewa, terpaksalah bawa juga.. Masa nak tukar gear, bunyinya macam orang tengah menumbuk lesung batu.. GEGARRRRR!! Aircond macam nak tak nak keluar, jadi bukalah tingkap.. Waktu ni tawakal je laaaa apa nak jadi pun..


kereta legend.. itu belum lagi aku ambil gambar keadaan dalam kereta...

Pergi tempat penginapannya lalu jalan kedua ikut Teluk Dalam sebab terbayangkan keadaan bukit selepas Pantai Bogak tu agak scary ditambah dengan keadaan keretanya macam tu.. Ingatkan jalan lalu sana okay, landai je tapi rupanya LAGI DASYAT!! Sampai satu tempat ni, dalam hutan sunyi, selekoh bentuk S dengan curam tak beragak macam kat Genting Highlands, KERETA ROSAK!! Habis segala bau hangit keluar.. Masa tu dah takut, sedih habis, risau mak dengan adik aku siap terbayang mood bercuti akan rosak.. Janganlah keadaan masa kat Cameron Highlands 4tahun lepas berulang.. Ayah cuba banyak kali start keretanya dan Alhamdullillah, keretanya boleh juga gerak dan kami putuskan untuk berpatah balik, lalu juga jalan Pantai Bogak.. Allah, berdebar-debar bayangkan keadaan tadi..


wajah insan-insan yang tersadai di tengah-tengah hutan...

Segalanya Allah mudahkan dan masa lalu kawasan bukit kat Pantai Bogak yang konon scary tu, elok je keretanya meluncur.. Baru aku sedar, kat situ yang scary sangat rupanya selekoh dia, gayat oiii bawah tu gaung jatuh terus ke pantai.. Tangan driver kena cekap.. Dalam pukul 3petang, sampai juga kat tempat penginapannya, PANGKOR INN CHALET.. Dah penat, rehat kejap sebelum solat..

Lepas Asar, jalan-jalan tepi pantai Teluk Nipah.. Ikut plan asal, nak lawat kilang buat satay ikan dengan ikan kering, sebab itulah pun nak sewa kereta tapi mengenangkan peristiwa tadi, semuanya cancel!!! Petang tu santai sambil menghirup udara segar, dengar hempasan ombak.. TENANG!! Sambil-sambil tu perhatikan gelagat manusia.. Belilah sikit makanan dan minuman, buat alas perut.. Aku dok perhatikan je budak-budak ni mandi pantai, bikin gua panas.. Esok siaplah, berendam puas-puas!!! Petang tu aku duduk sorang-sorang menantikan matahari terbenam.. Nak feeling romantik, tiba-tiba terasa kalaulah sebelah aku ada isteri :P



bersantai di tepi pantai bersama keluarga :)

pelbagai jenis perniagaan dan gerai beach boy sepanjang jalan Pantai Teluk Nipah...

suasana dan kemeriahan waktu petang di pesisiran pantai Teluk Nipah...

hasil ketipan gambar dari orang yang tak ikhlas nak ambilkan gambar pemenang Hero Remaja tahun 2000... hahahaha

suasana matahari hampir terbenam, waktu gambar ni diketip dianggarkan sekitar 6.45petang...

Malam tu takde apa-apa aktiviti.. Cuma pergi makan malam dan mood makan malam memang best sebab makan tepi pantai.. Perut pulak menjadi bertambah lapar dengar bunyi ombak, siap aku minta tambah sepinggan lagi.. Malam tu makan tomyam seafood, kangkung goreng dengan sotong goreng tepung pada harga rm40.. Woowwwww, mahalkan?? hahaha, harga kat pulau memang begitulah.. Selesai makan, jalan-jalan sepanjang laluan kedai tengok orang berniaga.. Meriah juga waktu malam kat kawasan ni.. Tak rugi ar menginap kawasan di sini, takde laaa sunyi sepi.. Tengah jalan-jalan tu nampak laaa pelancong asing dengan gerombolan kawannya ni, ada sorang tu teriak HEY GUYS, FIREWORK!! Yang lain pun ikut tengok.. Yelaa, tengah mood raya kan.. Macam pelik aku tengok keghairahan mamat omputeh tu panggil kawannya semata nak tengok bunga api.. Mungkin kat tempat dorang waktu Krismas takde firework bagai.. Dah habis meronda, balik chalet, melepak kat beranda dan sambung makan burger pulak.. Saka apa ntah, kok lapar je.. Malam tu bobok pukul 11.30malam..


malam di Pulau Pangkor... gambar ni ayah aku ketip, entah apa entah gambar yang diketipnya, hihihihihi..

bajet tampan.. belakang tu pantai...

menyantak burger pulak di depan kolam renang, nasib takde ikan duyung, kalau tak boleh main suap-suap... :)

Hari yang baru!!
Lepas Subuh, santai-santai kat beranda ambil angin pagi.. Bila dah terang sikit ronda sepanjang lorong sambil diiringi bunyi burung tapi bunyinya lain dari yang selalu dengar kat rumah.. Rupanya bunyi burung kat sini datang dari burung kenyalang.. Acah-acah kat Sarawak.. Banyak deyyy burung  kenyalang..


jinak aje burung kenyalangnya.. kalau ada bawa makanan dia, boleh main suap-suap..

Dalam pukul 8pagi, pergi gerai pantai untuk sarapan.. Hari ni sarapan nasi lemak dan nescafe panas..

telur goreng MATA LEMBU?? bukan mata kerbau ekkkk??

menikmati sarapan lazat dengan angin sepoi-sepoi bahasa...

Selesai makan, aku bersendirian turun ke pesisiran pantai dengan niat untuk mandi manda.. YAHOOOOOO!!! Ombak pagi tu agak kuat, bila aku turun sikit, perghhhh, agak dalam juga.. Aku cancel nak berendam air laut, takut lemak lemas.. Ombaknya tu macam nak menarik orang ke laut.. Bahaya!! Jadi aku hanya duduk kat tepi pantai, mandi air laut dan pasir.. hahahaha, habis seluar aku penuh dengan pasir.. Bila tengok ramai family yang nak pergi snorkeling dan island hoping pagi tu, terasa nak pergi juga tapi mak, ayah dengan adik aku tak berminat join, jadi aku tak pergilah.. Tak kan nak buat semua tu sorang-sorang.. Emmm, agak-agak dah lama aku termenung tepi pantai tu, aku pun balik tempat penginapan untuk bersiap pulang..


berselfie sendirian... jejaka kesepian... walk alone :(

kanak-kanak girang bermain pasir... Pantai Teluk Nipah diwaktu pagi...

Selesai bersihkan badan dan berkemas, kami pun pulang tapi macam biasa sebelum balik, akitiviti wajib bergambar dalam bilik penginapan..


mengajar mak dengan ayahnya ambil gambar guna batang mop...

aku dan dia...

Sebelum terus ke jeti, singgah kedai jual barangan ikan kering kat Teluk Nipah tu, mak nak beli ikan masin dan ikan iblis bilis.. Dalam perjalanan nak ke jeti ayah tanya nak pergi ke tempat Belanda tu ke, aku jawab okay je.. Tapi bila dah separuh jalan, nampak curam bukit, terus cancel dan patah balik.. Nampak tak fobianya di situ.. hahahaha.. Masa tengah buat U-turn tu pulak, hampir terlanggar seorang penunggang motorsikal tapi yang tak best orang tu boleh pula mencarut p*k*m*k.. Alahaiiii, cakap macam tu kat pelancong?? Kalau marah pun tak payah laaa jerit carutan tu kuat-kuat.. Dugaan.. Kami pun terus menuju ke jeti Pangkor untuk meninggalkan pulau.. 


warga seberang mahu pulang ke negara asal... hahahaha

Yessss, balik tu dapat feri yang boleh lepak kat atas.. Dah lama nak feeling-feeling duduk kat situ, ambil udara laut.. Mak dengan adik aku duduk kat seat bawah..


tiba-tiba terngiang-ngiang lagu My Heart Will Go On... acehhhhh...


dapat tengok kawasan perkampungan nelayan dengan lebih jelas lagi...



Alhamdulillah, selamat sampai... :D

Kejap je rasanya percutian kali ni, macam masa tu tengah berlumba lari.. PANTAS!!
Macam-macam kisah yang lucu dan menggerunkan berlaku, dugaan yang perlu dijadikan iktibar..
Apa pun, aku tetap rasa seronok dengan percutian ni, seperti selalu.. Walaupun kurang aktiviti kat sana tapi aku tak peduli semua tu, janji jiwa aku tenang.. InShaAllah, lain kali datang lagi dan menginap ditempat yang lain..

Sampai ke Shah Alam tepat jam 6petang.. 
Sayonara Pulau Pangkor!!!!

-SEKIAN-

Selasa, 22 Julai 2014

CERMIN


Dalam hidup ni, memang mudah mencari salah orang lain tapi pernah tak sekali dalam hidup kita mencari salah sendiri..

Senang memang senang, nak kata orang ain begitu dan begini.. 
Anda nak kata aku ni MANUSIA KURANG AJAR..?? Silakan.. Aku boleh terima semua tu sedangkan mengata aku BAPOK pun aku boleh telan lagi.. Aku tak kisah, nak kata apa, katalah.. Memang betul aku ni manusia yang kurang ajar tapi hanya menjadi kurang ajar pada manusia yang kurang ajar dengan mak ayah dan keluarga aku.. Aku cuma mampu balas dengan senyuman bila ada orang kata aku ni kurang ajar tapi bila anda yang menuding jari mengatakan aku ni manusia kurang ajar, sepatutnya lihat-lihatlah diri sendiri jugak, tengok mak ayah dengan keluarga sendiri, sudah berperangai seperti manusia yang makan ajar atau manusia yang berperangai tak dimakan ajar.. Kalau orang tua sendiri yang tunjukkan perangai kurang ajar, takkan nak salahkan aku yang muda ni berperangai kurang ajar, KAU RASA???

Bila aku bercerita pasal benda ni tak perlulah nak cakap ada orang mengadu ke apa.. Kalau orang tu dah rasa geram, marah sebab bila dia diam ada yang cuba cari pasal dan orang tu cari aku untuk jadi tempat aduan, adakah itu suatu kesalahan jugak bila dia nak mengadu..?? Kalau anda sendiri yang berada dalam keadaan situasi orang tu, adakah anda akan berasa bangga dan bersyukur bila orang mencari masalah dengan tiba-tiba hanya sebab benda kecil?? Dan tak perlu nak kata aku ni jadi tukang backup orang tu sedangkan anda sendiri ada BARUA paling MUNAFIK.. Bila keluar dengan orang tu boleh pulak nak berbaik tapi bila dah berbual mesra dengan anda, dikutuk dan diperli orang tu belakang-belakang.. SEDAR KE TAK??

Yang sudah tu, sudahlah.. Dah gaduh hari tu, takkan tak puas lagi sampai nak buka episod kedua atau ada sebab lain sampai sakit hati sangat dengan orang tu sampai tangan gatal nak cari je masalah dengan orang lain.. Kalau dah rasa benci sangat dengan apa orang lain buat, tekan butang unfollow kat twitter, tekan butang unfriend tak pun block je kat facebook.. MUDAHKAN kalau rasa tak nak mata tu tengok benda-benda ANNOYING??

Apa guna ada cermin tapi tak pernah diguna untuk cermin diri sendiri, bukan takat diguna untuk cermin muka tapi renunglah cermin tu, lihat pada peribadi diri, sudah cukup sempurnakah diri anda??
Aku pun bukan manusia yang baik sangat tapi takdelaaa sampai nak memperbesarkan benda remeh semata-mata nak mencari hal dengan orang lain.. Aku pun dah puas tengok cermin dan sedar kesalahan aku menggila maki hamun orang tak tentu pasal dulu dan sekarang juga mengawal segala emosi busuk tu..

Penatnya menjaga hati orang lain, jauhhhhh lebih penat daripada berkebun ditengah panas waktu sedang berpuasa..

Sekarang waktu untuk aku jaga diri aku sendiri, jaga hati aku sendiri, jaga perhubungan dengan kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang boleh terima aku seadanya.. Aku mahu hidup tenang dengan orang yang aku sayang.. Aku pun tak berminat nak cari masalah dengan orang lain..

Jangan ada pulak yang meroyan aku taip cerita ni kat blog aku.. Kang kalau aku cerita kat twitter katanya buat diari, kalau aku cerita kat facebook katanya buat novel.. Kalau aku cerita kat blog pun masih ada yang melenting, intai-intailah hati tu.. Hak anda bicara ada, hak aku untuk berbicara juga ada..

psssttttt : cerita kisah cinta adalah HALAL dan TIDAK ANNOYING di twitter mahupun facebook.. cerita benda lain, HARAMJADAH.. Oh, Duniaaaaa..

Selasa, 17 Jun 2014

MAKAN ANGIN, SEDUT ANGIN DI BAGAN LALANG

Hujung minggu cuti sekolah minggu kedua iaitu pada 7 & 8 Jun 2014, keluarga aku, keluarga abang epul dan cucu-cucu jagaan mak aku pergi bercuti ke Bagan Lalang.. Dah buntu nak cari tempat bercuti, jadi carilah tempat yang dekat-dekat je.. Mula-mula nak ke Morib je tapi bosan mehhh, bercuti dekat kawasan kampung sendiri.. Jadi cari ke selatan sikit, maka Bagan Lalanglah lokasi yang terpilih.. Jenuh google cari tempat penginapan, akhirnya jumpa jugak dan Alhamdullillah, ada kekosongan..

Dah set tarikh apa semua, hari yang dinanti pun tiba.. Bergerak dari rumah pukul 11.30 pagi, agak lewat.. Yelaaa, Bagan Lalang tu pun bukan jauh sangat, relaks relaks sudah.. Sebelum tu, dari lepas Subuh mak sediakan nasi lemak dan ayam goreng untuk dijamah kat sana sebab kat sana susah nak jumpa kedai makan buka waktu tengah hari.. 2jam berlalu, perjalanan yang dirasakan macam lama sangat, akhirnya sampai jugak di Bagan Lalang..



* dah sampai dah..

Sampai saja di Bagan Lalang, terus cari rumah penginapan, Seri Bayu Resort.. Takde nak menyinggah mana-mana.. Nasib baik dah disediakan papan tanda arah, takde laaa meraban ke tempat lain.. Selesai check-in, carilah rumahnya.. Perghhhhh, dapat tingkat 3 laaa pulak.. Dalam hati aku dah bisik-bisik dah ''Siaplah kena complain dengan mak ni''.. Yelaaa, mak dah berusia, kaki sakit kalau mendaki tangga ni walaupun 3tingkat je.. Memang tak syak, lepas mak dah labuhkan punggung kat kerusi dia sound aku.. huuuuu, terima jelaa..

Dah selesai punggah barang, solat makanya kita terjah makan tengahari yang dibekal tadi.. Kebuluran teruk aku waktu tu, sarapan pun karipap seketul.. Menyantak habis makanan waktu tu, ditambah pulak sambalnya pedas kaw kaw, lagi laaa berselera..

Lepas Asar, aku bawaklah Alif, Adam dengan Haziq ke pantai ditemani adik aku Ain.. Ambik angin petang.. Memang menenangkan otak!! Kalaulah dapat rasa keadaan ni hari-hari.. Emmm.. Anginnya agak kuat waktu tu, jadi bagilah budak-budak ni main layang-layang yang dah siap dibawa dari rumah.. Aku tengokkan je dorang main walaupun ada rasa sendiri nak main.. Kalau aku main nanti, siapa pulak nak uruskan budak-budak ni.. Belum puas main layang-layang, Alif nak mandi laut pulak.. Budak ni hantu air betul.. Dia sorang je yang semangat mandi, Adam takut nak mandi laut tapi ikut hati aku, aku pun nak mandi cuma seluar aku lupa ganti.. Tengokkan je laaa Alif mandi.. Jam pun dah nak dekat pukul 7petang, bolehlah layan sunset kejap.. Aduhaiii, feeling habis.. hahahaha..


* melayan budak-budak ni main layang-layang..

* hantu air sudah beraksi.. hihihihi..

* orang kena ulser bibir pulak bergaya tepi pantai.. yang ni takut main air laut, takut ikan gigit katanya..

* dengan adik aku.. jangan fikir pasangan kekasih pulak..


* melayan sunset.. bajet guna kamera DSLR.. huahuahua

Selesai aktiviti pantai, kami semua balik dan singgah kolam renang kejap.. Puaskan hati budak-budak ni yang sibuk nak mandi kolam walaupun dah nak Maghrib.. Aku plan nak mandi pagi esok je tapi nampak gayanya kena 2trip laaa mandi kolam ni..

Malam tu takde aktiviti sangat, cuma tengok bola sepak, final Piala FA Pahang lawan Felda Utd.. Ingat nak makan malam kat luar tapi itu pun batal.. Nasib baik nasi lemak yang dibawa tu ada banyak lagi.. Lepas solat Isya', tiba-tiba adik aku ajak lepak tepi pantai, aku pun on je tapi sebelum tu nak beli minuman dengan makanan untuk dibungkus.. Perghhhhh, beruban aku tunggu!! Cancel beli makanan.. Sampai je kereta, Adam pulak dah tertidur, makanya cancel jugaklah lepak tepi pantai.. Aduhaiiiii.. Frust ni, frust!!!
Apa yang boleh dibuat, lepak kat beranda sambil tengok orang bawah buat BBQ je laaaa.. Sodeyhhh!!


* ini jelaaa aktiviti yang mampu dibuat malam tu..

Malam tu tidur pukul 12.30malam.. 
Esoknya, lepas Subuh ambil udara segar dari tingkap.. Nyaman sungguh suasana pagi tu..



* suasana resort dari 6.30pagi => 7.00pagi => 7.30pagi

Dah habis feeling-feeling, aku, Ain, Intan dengan Haziq merayau ke pantai pagi tu.. Budak kecik semua tengah tidur, memang bagus laaa tu.. Pagi tu pun dah ada orang mandi pantai.. Sejuk airnya, rugi tak salin pakaian..


* pemandangan dari jauh Gold Coast Bagan Lalang..


* penemuan bangkai haiwan laut..

* anak-anak girang bermain pasir..

Selesai meronda pantai, masa untuk bersarapan.. Hari ni sekali lagi makan nasi lemak sebab dah takde pilihan lain.. Mee Kari sebagai pilihan kedua aku kurang gemar makan pagi-pagi.. Tak lupa secawan Teh O Panas.. Habis makan, kami pun MANDI MANDA DI SWIMMING POOL.. Yeahhhhhh!!


* macam dah lama rasanya tak jumpa air.. hahahaha.. aku dah serupa jaga anak-anak jeee..

* budak baik ni pulak tak mandi kolam, cuma main kat taman permainan..

Rasa macam sekejap je mandi kolam, tak puas mehhhh.. Mungkin sebab terpaksa menguruskan budak-budak ni, tu yang rasa tak puas.. Kembalilah ke rumah untuk bersiap pulang :(
Habis packing barang untuk balik semula ke Shah Alam, ambik gambar beramai-ramai 1famili seperti biasa.. 


* yang kanan sekali tu takde perasaan langsung nak bergambar..

Walaupun percutian kali ni terasa macam sekejap sangat dan tak berapa nak puas tapi sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan tekanan perasaan kat sini (bunyinya macam banyak sangat je tekanan).. Semoga lain masa dapat datang lagi bercuti kat sini mahupun ditempat lain..
TERIMA KASIH BAGAN LALANG!! JUMPA LAGI!!