Isnin, 29 September 2014

SELAMAT TINGGAL, NENDA


Bila Allah menunaikan janji dari apa yang telah terpatri sejak dari Lawh Mahfuz, redha dan berserahlah segalanya..
Yang hidup pasti akan menemui mati, sama ada cepat mahupun lambat..
27 September 2014, Allah noktahkan kehidupan duniawi nenda tercinta, Salminah Bt. Moh..
Alhamdulillah, Allah menjemputnya dengan mudah disaksikan anak-anak dan cucunya tapi aku tak ada disisinya waktu hela nafas terakhirnya..
Tinggallah segala memori yang ada walaupun sekecil cuma..

Akan terngiang-ngianglah nanti suaranya menyuruh makan,makan,makan setiap kali kami balik kampung..
Akan terbayanglah nanti gerak tangannya tanda isyarat dia tak dapat tengok dan dengar dengan jelas..
Akan tersentak sakit kaki ini seakan dia menepuk tiap kali mahu bergurau dengan soalannya..
Akan terasa dingin pipi ini seolah ciuman yang diberi dulu masih ada tiap kali mahu pulang kembali ke Shah Alam..

Kembalilah nenda kepada penciptamu,
Kembalilah bertemu suamimu di alam sana,
moga Allah lapangkan kuburmu,
jauhi seksa kuburmu,
sinari cahaya kuburmu..

Hanya baris-baris Surah Yaasin dan Surah Al-Fatihah mampu aku hadiahkan..
Moga nenda terhimpun bersama para Solihin di Syurga abadi..

** perkara paling susah nak dilupakan, waktu nenek datang rumah sebab abang epul nak kahwin, nenek hilang dalam 1pagi.. Semua nyenyak tidur tak perasan nenek hilang, nasib baik maknya waktu tu sibuk mengemas kat dapur, dialah yang sedar nenek hilang.. Rupanya nenek keluar dari rumah nak buang air kecil.. Jauh juga rumah jiran yang dia pergi.. Nasib baik tak hilang jauh dari kawasan kejiranan ni.. Mungkin nenek keliru dengan keadaan rumah.. emmmmm.. HANYA TINGGAL SEJARAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan