Isnin, 8 September 2014

PIPIT TAK MUNGKIN TERBANG BERSAMA ENGGANG


Manusia..
Ukuran hidupnya di dunia sentiasa dibeza dan dinilai dengan harta kekayaan, pangkat darjat dan tinggi rendah kebijaksanaannya..
Ukuran yang setiap saat dibuat, tanpa pernah henti..

Aku sedar aku tak punya harta kekayaan tapi janganlah dihina dan dicaci bagaikan aku mahu merampas segala milik orang.. 
Aku sedar aku tak punya pangkat darjat tapi janganlah aku diperlekehkan bagai aku tiada maruah hingga di injak sewenangnya..
Aku sedar aku tak punya tinggi tahap pelajaran tapi janganlah aku dibezakan bagaikan aku tak pernah punya secebis ilmu pengetahuan..

Aku tahu, aku bukan manusia yang baik apatah lagi mahu bicara tentang kesempurnaan diri..
Aku tahu, aku bukan manusia yang bisa membuat semua insan tersenyum dan bersabar dengan aku..
Hidup aku.. aku sentiasa sedar diri..
Aku hanya pipit dan kalian enggang..

Biarlah aku menjadi si bodoh, daripada bijak dengan pelbagai ilmu tapi berfikir lebih bodoh daripada si bodoh..
Biarlah aku jadi si miskin, daripada kaya dengan harta yang tidak tahu berkat atau halalnya..

Biarkanlah enggang itu terbang bersama enggang dan pipit terbang bersama pipit..
Usah satukan mereka andai ianya sekadar mengundang luka dijiwa..
Luka yang tercipta bila saling beza membeza..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan