Ahad, 15 Jun 2014

SERI BAYU BEACH RESORT, BAGAN LALANG

Assalammualaikum semua.. 
Bertemu kembali kita ye.. Rasanya macam dah lama tak update blog, cerita pasal aku jenjalan.. Dah lama tak jenjalan, memang laaa takde cerita pasal jenjalan.. ngok aku ni!!
Okaylah, sebelum nak cerita pasal jalan-jalan liburan dengan keluarga ke Bagan Lalang baru-baru ni, macam biasa aku akan bagi sedikit review pasal tempat penginapan yang aku sekeluarga menginap..

Kami sekeluarga menginap di Seri Bayu Resort, Bagan Lalang.. Buat tempahan pun last minute dan Alhamdulillah ada kekosongan cuma tak tahu, di tingkat manakah kami akan berada.. Jeng jeng jeng.. Kami menginap cuma 2hari 1malam dengan kadar sewaan RM300 untuk apartment 2bilik (mungkin kadar pada cuti sekolah dan waktu puncak sebab tengok kat risalah sewaannya yang aku dapat masa balik cuma RM250 untuk 1malam).. Sudah selesai buat bayaran deposit, tunggulah pula waktu ke sana..

* anda tak tahu jalan ke resort ini?? Jangan risau.. Disediakan papan tanda arah ke resort ini, jadi anda tidaklah sesat tanpa arah tujuan.. Kalau dah bagi tahu arah pun masih sesat, mohon operate mata.. huuuu

* ini mukadimahnya.. pintu masuk ke resort bersama duta khas tak berbayar Seri Bayu Resort..

Dah sampai dah kita.. Selesai check in, maka masa untuk menerjah rumahnya!!!

BISMILLAH..
Jengggggg.. Rumahnya sangat selesa, besar, bersih.. Hilang penat mendaki tangga bila tengok keadaan rumahnya ni..

* pintu rumah.. dah bagi warning awal-awal.. Cadbury pun tak boleh bawa masuk.. ehhhhh??

Kita saksikan keadaan rumahnya bersama-sama ye..

* ruang tamu.. baru sampai, meja makan dah bersepah.. 
di bahagian belakang kamera, ada ruang santai, agak luas tempatnya.. disediakan meja dan kerusi untuk minum-minum cuma tingkapnya agak tinggi, jadi tak bolehlah skodeng orang kat bawah sambil minum-minum..

* bilik tidur utama dan tandas sekali..

* bilik tidur kedua.. 2katil single..

* dapur..

* ini tandas utama.. ada 2tandas kat rumah ni..

* balkoni di bahagian belakang..

* pemandangan dari balkoni depan..

* disediakan juga kolam renang.. disebelah kanannya ada cafeteria..

Disebalik keselesaan dan kecantikkan rumah yang disewa ni, masih ada juga kurangnya..
Kat sini tiada disediakan peti sejuk, makanya tekak ni terpaksa meneguk air suam sepanjang berada di sini.. Menambahkan kecacatannya, air cond dibahagian ruang tamu pulak dah kehabisan gas, makanya terpaksa mengharapkan kipas siling untuk menyejukkan badan yang panas.. Rumah aku je yang ada problem aircond ni.. Bilik lain ok je.. Jadi mula-mula masuk terus check aircond.. Agak-agak tak bermaya aircondnya, sila buat aduan.. Owner suruh tukar rumah tapi kami tak nak sebab malas nak packing barang yang dah porak peranda, jadi kami minta refund dan owner bermurah hati, dapatlah refund 10%..
Itu cerita pasal kekurangan rumah.. Ni nak cerita pasal pakej sarapan pulak.. Sarapan untuk seorang RM9, tak kiralah anda dewasa berperut kecil atau boroi mahupun kanak-kanak yang makan sekadar sesuap dua.. Makanan pulak fix package.. Nasi lemak + kuih/roti + air.. Nak tambah atau ambik makanan lain?? Maaf,sila beli kupon tambahan.. :) Tak bolehlah nak merasa kepelbagaian sarapan yang disediakan tapi mungkin dengan cara ni takdelah pembaziran berlaku.. Kalau rasa macam mahal, makan sajalah diluar.. Selesai kes..

Apa yang aku tulis ni bukan nak hasut orang yang baca entri ni jangan datang sini sampai resort ni bungkus tapi aku mengharapkan pihak pengurusan resort terus perbaiki perkhidmatannya sebab lokasi dan keadaan sekeliling sudah cukup baik untuk dapat mood bercuti.. Ditambah rumahnya pun besar boleh sumbat ramai-ramai ahli keluarga.. Harga penginapan pun berbaloi dengan rumah yang ditawarkan.. Yang penting sekarang ni, pihak pengurusan kena sediakan peti sejuk, itu yang paling utama untuk diperbaiki.. Yang lain dah ok, sempurna.. Resort ni pun masih baru dibuka, 31 Ogos 2012 yang lalu.. Jadi, mesti banyak kekurangan yang ada.. InShaAllah, tak lama lagi semuanya itu akan diperbaiki..

Tarif bintang dari 5, aku bagi 3.5bintang..

Kepada anda semua, datanglah ke tempat ni.. Biasalah, setiap kelebihan pasti ada kekurangan.. Resort ni sebenarnya best, serius, cuma mana yang kurang harap diperbaiki..
Semoga pihak resort akan terus memperbaiki kekurangan yang ada untuk keselesaan pengunjung yang datang :)

-SEKIAN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan