Selasa, 17 Jun 2014

MAKAN ANGIN, SEDUT ANGIN DI BAGAN LALANG

Hujung minggu cuti sekolah minggu kedua iaitu pada 7 & 8 Jun 2014, keluarga aku, keluarga abang epul dan cucu-cucu jagaan mak aku pergi bercuti ke Bagan Lalang.. Dah buntu nak cari tempat bercuti, jadi carilah tempat yang dekat-dekat je.. Mula-mula nak ke Morib je tapi bosan mehhh, bercuti dekat kawasan kampung sendiri.. Jadi cari ke selatan sikit, maka Bagan Lalanglah lokasi yang terpilih.. Jenuh google cari tempat penginapan, akhirnya jumpa jugak dan Alhamdullillah, ada kekosongan..

Dah set tarikh apa semua, hari yang dinanti pun tiba.. Bergerak dari rumah pukul 11.30 pagi, agak lewat.. Yelaaa, Bagan Lalang tu pun bukan jauh sangat, relaks relaks sudah.. Sebelum tu, dari lepas Subuh mak sediakan nasi lemak dan ayam goreng untuk dijamah kat sana sebab kat sana susah nak jumpa kedai makan buka waktu tengah hari.. 2jam berlalu, perjalanan yang dirasakan macam lama sangat, akhirnya sampai jugak di Bagan Lalang..



* dah sampai dah..

Sampai saja di Bagan Lalang, terus cari rumah penginapan, Seri Bayu Resort.. Takde nak menyinggah mana-mana.. Nasib baik dah disediakan papan tanda arah, takde laaa meraban ke tempat lain.. Selesai check-in, carilah rumahnya.. Perghhhhh, dapat tingkat 3 laaa pulak.. Dalam hati aku dah bisik-bisik dah ''Siaplah kena complain dengan mak ni''.. Yelaaa, mak dah berusia, kaki sakit kalau mendaki tangga ni walaupun 3tingkat je.. Memang tak syak, lepas mak dah labuhkan punggung kat kerusi dia sound aku.. huuuuu, terima jelaa..

Dah selesai punggah barang, solat makanya kita terjah makan tengahari yang dibekal tadi.. Kebuluran teruk aku waktu tu, sarapan pun karipap seketul.. Menyantak habis makanan waktu tu, ditambah pulak sambalnya pedas kaw kaw, lagi laaa berselera..

Lepas Asar, aku bawaklah Alif, Adam dengan Haziq ke pantai ditemani adik aku Ain.. Ambik angin petang.. Memang menenangkan otak!! Kalaulah dapat rasa keadaan ni hari-hari.. Emmm.. Anginnya agak kuat waktu tu, jadi bagilah budak-budak ni main layang-layang yang dah siap dibawa dari rumah.. Aku tengokkan je dorang main walaupun ada rasa sendiri nak main.. Kalau aku main nanti, siapa pulak nak uruskan budak-budak ni.. Belum puas main layang-layang, Alif nak mandi laut pulak.. Budak ni hantu air betul.. Dia sorang je yang semangat mandi, Adam takut nak mandi laut tapi ikut hati aku, aku pun nak mandi cuma seluar aku lupa ganti.. Tengokkan je laaa Alif mandi.. Jam pun dah nak dekat pukul 7petang, bolehlah layan sunset kejap.. Aduhaiii, feeling habis.. hahahaha..


* melayan budak-budak ni main layang-layang..

* hantu air sudah beraksi.. hihihihi..

* orang kena ulser bibir pulak bergaya tepi pantai.. yang ni takut main air laut, takut ikan gigit katanya..

* dengan adik aku.. jangan fikir pasangan kekasih pulak..


* melayan sunset.. bajet guna kamera DSLR.. huahuahua

Selesai aktiviti pantai, kami semua balik dan singgah kolam renang kejap.. Puaskan hati budak-budak ni yang sibuk nak mandi kolam walaupun dah nak Maghrib.. Aku plan nak mandi pagi esok je tapi nampak gayanya kena 2trip laaa mandi kolam ni..

Malam tu takde aktiviti sangat, cuma tengok bola sepak, final Piala FA Pahang lawan Felda Utd.. Ingat nak makan malam kat luar tapi itu pun batal.. Nasib baik nasi lemak yang dibawa tu ada banyak lagi.. Lepas solat Isya', tiba-tiba adik aku ajak lepak tepi pantai, aku pun on je tapi sebelum tu nak beli minuman dengan makanan untuk dibungkus.. Perghhhhh, beruban aku tunggu!! Cancel beli makanan.. Sampai je kereta, Adam pulak dah tertidur, makanya cancel jugaklah lepak tepi pantai.. Aduhaiiiii.. Frust ni, frust!!!
Apa yang boleh dibuat, lepak kat beranda sambil tengok orang bawah buat BBQ je laaaa.. Sodeyhhh!!


* ini jelaaa aktiviti yang mampu dibuat malam tu..

Malam tu tidur pukul 12.30malam.. 
Esoknya, lepas Subuh ambil udara segar dari tingkap.. Nyaman sungguh suasana pagi tu..



* suasana resort dari 6.30pagi => 7.00pagi => 7.30pagi

Dah habis feeling-feeling, aku, Ain, Intan dengan Haziq merayau ke pantai pagi tu.. Budak kecik semua tengah tidur, memang bagus laaa tu.. Pagi tu pun dah ada orang mandi pantai.. Sejuk airnya, rugi tak salin pakaian..


* pemandangan dari jauh Gold Coast Bagan Lalang..


* penemuan bangkai haiwan laut..

* anak-anak girang bermain pasir..

Selesai meronda pantai, masa untuk bersarapan.. Hari ni sekali lagi makan nasi lemak sebab dah takde pilihan lain.. Mee Kari sebagai pilihan kedua aku kurang gemar makan pagi-pagi.. Tak lupa secawan Teh O Panas.. Habis makan, kami pun MANDI MANDA DI SWIMMING POOL.. Yeahhhhhh!!


* macam dah lama rasanya tak jumpa air.. hahahaha.. aku dah serupa jaga anak-anak jeee..

* budak baik ni pulak tak mandi kolam, cuma main kat taman permainan..

Rasa macam sekejap je mandi kolam, tak puas mehhhh.. Mungkin sebab terpaksa menguruskan budak-budak ni, tu yang rasa tak puas.. Kembalilah ke rumah untuk bersiap pulang :(
Habis packing barang untuk balik semula ke Shah Alam, ambik gambar beramai-ramai 1famili seperti biasa.. 


* yang kanan sekali tu takde perasaan langsung nak bergambar..

Walaupun percutian kali ni terasa macam sekejap sangat dan tak berapa nak puas tapi sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan tekanan perasaan kat sini (bunyinya macam banyak sangat je tekanan).. Semoga lain masa dapat datang lagi bercuti kat sini mahupun ditempat lain..
TERIMA KASIH BAGAN LALANG!! JUMPA LAGI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan