Jumaat, 19 Mei 2017

MEMBALIK KENANGAN DI D' SAWAH BENDANG HOMESTAY, SG BESAR

Tora datang lagiiiiii.. haaaa, terkezut tak??
Tora hanya datang bila tora pergi berjalan-jalan dan mahu memberi pandangan pada tempat penginapan yang di duduki.. Nak buat topik lain macam takde masa (sebenarnya malas nak menaip, huuuu)..

Ok, pada 13-14 Mei 2017 yang lepas, aku sekeluarga pergi makan angin jauhhhhhhh di Utara Selangor iaitu di Sungai Besar.. Jauh kannn?? hahahaha.. 2jam perjalanan dari Shah Alam.. Niat datang sini atas permintaan mak sebab dah lama tak merasa suasana bermalam di sawah padi, tempat dia membesar.. Nak balik kampungnya, orang yang duduk sana dah tak terima kita, nak buat macam manakan.. 

Gigih jugalah aku nak cari homestay yang best sebab geledah kat Google, tak banyak promosi dan infomasi yang dapat.. Mungkin sudah jodoh, aku dipertemukan dengan tempat ni iaitu D'SAWAH BENDANG HOMESTAY, SUNGAI BESAR.. Lokasinya tak jauh dari pekan Sungai Besar.. Booking sebulan awal, tapi korang kena bertabah sikitlah masa nak deal dengan tuan tanah homestay ni sebab beliau lambat sikit nak reply.. Mungkin sebab linenya ala-ala siput khinzir kat sana.. Kat luar rumah linenya laju tapi kat dalam rumah, memang sesiput linenya, itu ikut pengalaman aku laaa.. Korang jangan bersangka pulak tuan tanahnya macam nak tak nak deal dengan korang..

Aku pilih rumah jenis 2bilik yang mempunyai 2buah katil jenis queen dan ada dapur pada harga RM170, 1malam.. Luas kawasan rumahnya, ada beranda nak melepak-lepak sambil layan udara segar kampung, ruang tamunya pula ada 2bahagian, 1 dihadapan, 1 lagi berdekatan dengan dapur.. Disediakan juga 2tilam jenis single sebagai tambahan.. Ikut asal, boleh muat 4-6orang tapi tengok keadaan rumah boleh masuk lagi 2orang.. Tapi janganlah ramai-ramai sangat, kang roboh pulak rumahnya sebab konsep rumahnya ala-ala terapung di atas bendang sawah.. Tak pasal-pasal karang, ada pulak papannya patah sebab ramai sangat penghuni..  Marilah saksikan keadaan rumah yang aku inap di sana.. jyeahhhh..

** bilik tidur dibahagian depan

** bilik tidur dibahagian belakang

** ruang tamu di hadapan

** ruang tamu di belakang, bahagian dapur
ada periuk nasi elektrik, ada dapur gas sebuah, kalau rajin nak masak-masak boleh laaa bawa periuk kuali belanga segala bagai (korang nak bercuti ke nak main masak-masak??).. peti sejuk tak disediakan..

** bilik air

Setiap bilik hanya disediakan kipas dinding dan hanya di bahagian ruang tamu belakang berdekatan dapur tu je disediakan pendingin hawa.. Ruang tamu hadapan pun hanya dipasang kipas siling.. Tapi jangan risau, korang pasanglah pendingin hawa tu, nanti kesejukkannya akan sampai ke hadapan.. Malam-malam pun rasa kesejukan walaupun sekadar menggunakan kipas sampai vibrate 2,3kali pundi kencing aku.. Kata nak feeling kampung, takkan nak melayan pendingin hawa kot??

Untuk makluman semua, korang boleh buat beberapa aktiviti di sini tapi kenalah beri tahu lebih awal dengan tuan tanahnya semasa membuat tempahan agar dia boleh uruskan.. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah MEMANCING ( RM5 - umpan & 2 batang pancing ), MENGGAGAU IKAN ( RM10/seorang - minimum 10orang ), MENCANTING & MEWARNA BATIK ( RM10/seorang - minimum 10orang ), BERMAIN LAYANG-LAYANG ( RM10/1 layang-layang ).. Kalau nak buat BBQ pun boleh, disediakan tempat membakar dan juga ada macam kantin untuk makan-makan semasa aktiviti BBQ dijalankan kalau dibuat secara beramai-ramai.. Kalau setakat BBQ sekeluarga je, bakar depan rumah, makan kat beranda sudahlah.. hahahaha.. Kalau nak bahan BBQ dan makanan disediakan tuan tanah, korang boleh juga bagi tahu tuan tanah awal-awal semasa tempahan dibuat..

Homestay ni juga menyediakan 4jenis rumah lain untuk didiami iaitu :

RUMAH BESAR - RM200/malam
full furnished ( 2 bilik & ruang tamu yang besar ) : 12 - 15 orang
CABIN / BILIK - RM100/malam
ada dapur : 2 - 4 orang
** korang nampak tak pintu kat bawah rumah besar ni, 
itulah penginapan jenis Cabin / Bilik..
** kalau jenis rumah besar, yang belah atas ni sahaja.. 
serius besar bila tengok dari luar..

CHALET - RM150/malam
3 - 5 orang ( ada 2 unit )

RUMAH KECIL - RM170/malam
2 bilik tidur & dapur : 4 - 6 orang ( ada 4 unit )

Kalau nak tengok keadaan penginapan jenis Chalet, korang layanlah video kat bawah ni..


KREDIT VIDEO : NAJMI SALBI - @mattnauski


** melepak tepi bendang sambil melayan sunset.. tenang jeeeee..

** sarapan pagi.. 
sedihkan tapi harganya lagi mahal dari sebungkus nasi lemak, tak kenyang pulak tu.. huuu

** memancing main-main pun dapat seekor ikan haruan.. ayah pakai umpan siput gondang.. hahahaha

** suasana di pagi raya.. eh??

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan homestay ni, terasa memanggil-manggil untuk datang lagi.. Walaupun keadaan rumah yang kami dapat ni ada sedikit gangguan daripada bunyi lantai yang berbunyi crack-crack (bayangkan), tapi itu tidak menjejaskan percutian kami kali ni sebab bunyi itu seakan-akan lantai rumah arwah nenek di kampung.. Alah bisa tegal biasa katanya.. Mungkin masalah lantai ni tuan tanahnya dapat atasi takut pengunjung lain tak biasa.. Satu lagi, kalau nak datang sini, korang bawalah tuala mandi dan kelengkapan mandian sendiri dari rumah sebab ianya tidak disediakan..

Kalau berminat nak menginap di sini, korang boleh hubungi Encik Wan Mohd Fakhrudin di talian 012-8084818.. 

SELAMAT BERCUTI!!!! 

#PromosiTakBerbayar #BantuPeniagaanSesamaBangsaDanAgama

Khamis, 24 November 2016

LAMBAIAN CAMERON HIGHLANDS

Dua minggu sudah berlalu dari hari aku dan keluarga kembali semula ke Cameron Highlands.. Pantas sungguh masa berlalu, dinginnya masih lagi berbekas dikulit nipisku (cehhhh, berpujangga pulak).. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki buat kami sekeluarga untuk bercuti dan menjejakkan kaki semula ke Cameron Highlands walaupun awal tahun ni dah berhabis duit bercuti di Pulau Langkawi, hahahaha.. Terasa lebih seronoknya kali ni sebab pergi dengan cucu jagaan mak aku dan bercuti ke sini pun atas permintaan dia yang teringin sangat nak ke Cameron Highlands.. Niat anak kecil jangan dihampakan, dia baru nak meneroka dunia, kita bagi jalan walaupun bercuti sekadar di tanah air sendiri.. Lagi pun, kali ni ada misi BALAS DENDAM sebab tahun lepas bercuti dekat sini, rasa tak puas sebab bercuti dalam kereta, puncanya dari kesesakan lalu lintas yang sangat teruk..

SABTU - 12 NOVEMBER 2016
Jam 9.30pagi, kami sekeluarga dah bersiap untuk bertolak ke Cameron Highlands.. Perjalanan sepanjang merentasi Lebuhraya Utara Selatan sangat lancar, tiada sebarang kesesakan.. Cepat saja rasanya dah nak sampai Simpang Pulai.. Sekitar pukul 12tengah hari, sudah pun sampai di susur keluar Simpang Pulai.. Memang ini laluan biasa kami ambil bila ke Cameron Highlands sebab tak berani dah nak lalu Tapah.. Perjalanan ke Cameron Highlands juga sangat lancar tanpa sebarang kesesakan teruk.. Cuma bila menghampiri kawasan sekitar Kea Farm dan pekan Brinchang, pergerakan menjadi perlahan tapi tak mengambil masa yang lama.. Syukur!! Takdelah bosan melepet dalam kereta lama-lama dan tak risau kereta rosak ke apa.. Sebelum sampai ke chalet, kami singgah di kedai makan berhampiran Kea Farm untuk mengisi perut.. Hujan pulak masa makan tu, memang tangan menggigillah masa tu sampai makanan nak masuk mulut sikit punya payah sebab tangan kuat punya getar.. huuuuu.. Selesai makan, kami pun menuju ke Agro Highlands Chalet.. Tahun lepas menginap kat sini, tahun ni ulang menginap kat sini.. Tempatnya selesa dan mak pun tak perlu sakit-sakit nak daki anak tangga sebab tempah bilik atas tanah.. Kali ni tempah bilik family untuk 4orang ..
KLIK UNTUK REVIEW : AGRO HIGHLANDS CHALET - FAMILY UNIT (4 PERSONS)
KLIK UNTUK REVIEW : AGRO HIGHLANDS CHALET - STANDARD QUEEN (3 PERSONS)
Sampai chalet, rehat-rehatkan badan dan solat.. Dapatlah lelap sekejap.. 

PASAR MALAM BRINCHANG - Petang tu tak bercadang kemana-mana, cuma nak memburu harimau makanan kat Pasar Malam Brinchang, lokasi wajib bila ke sini.. Apa lagi makanan yang mahu dibeli kalau bukan cendawan goreng dan sotong goreng.. Nyam nyam, sedap!! Ngences bayangkan, hahaha.. Keluar bahasa Jawa kau.. Bunyi macam batak je kan, yelaaa, kalau kat Shah Alam mana ada jual kat pasar malam, makan buat ratah.. Ikut hajat perut nak beli nasi kukus dan ayam goreng berempah, makanan wajib aku beli bila ke sini tapi keluarga dah plan malam nanti makan kat luar, jadi batalkan hasrat tu.. Kang makan banyak, malamnya tak makan apa-apa ( ye ke tuuuu?? )

Malam tu kami makan di medan selera pekan Brinchang saja.. Malas nak pergi jauh-jauh.. Tak ramai yang makan kat sini, seronok sikit nak makan.. heeeee.. Tapi yang pelik, atas jalan raya bukan main banyak kereta tapi waktu makan malam lengang je.. Diaorang tak makan ke apa.. ermmm.. Kami makan di kedai NO.1, sedap masakannya.. 

muka riang gembira di hari raya dalam perjalanan menuju Cameron Highlands..

gigih nak berjalan kaki dari pasar malam Brinchang ke chalet semata-mata nak bergambar depan balai bomba.. Abang Bomba, I Love You katanya..

depan pintu masuk chalet..

AHAD - 13 NOVEMBER 2016
LADANG TEH CAMERON VALLEY - Pagi tu keluar awal, nak melepak kat ladang teh katanya, nak cop tempat strategik.. Kami pergi ladang teh Cameron Valley di Tanah Rata saja, mak aku dah kecut nak pergi ladang teh BOH.. huuuu.. Sekadar sarapan yang ringan-ringan saja.. Walaupun sarapan biasa-biasa tapi kopak juga dompetnya.. hohoho.. Selesai bersarapan, bawalah Adam bergambar dekat ladang teh..

sarapan di cafe Cameron Valley..
aku hanya makan sekeping puff, yang sekeping lagi mak punya.. makan bersama dengan teh tarik..

Adam si budak dutdut..

acah gojes..

ada macam Fattah Amin tak.. kahkahkahkah.. macam patah seribu adalah..

mak dengan ayah tak turun bawah, jadi aku dah suruh mereka stay kat meja makan sebab nak bergambar dari cafe berlatar belakangkan ladang teh, kok mereka berdua dah hilang pergi ke tandas.. ermmm, takdelah gambar mereka berdua di ladang teh..

TAMAN RAMA-RAMA ( BUTTERFLY FARM ) - Selesai di ladang teh, kita menuju pula ke Taman Rama-Rama (Butterfly Farm).. Dalam perjalanan menuju ke sana, jalan sesak pulak.. Adehhhh.. Ini yang bikin patah hati semangat nak berjalan ni.. Sesak dari Kea Farm melarat sampai pekan Brinchang.. Kami pulak mula rasa sesaknya dari Hotel Casa Dela Rosa.. Makan masa sejam lebih jugaklah baru lepas dari Kea Farm.. Sekitar pukul 1 tengah hari, baru sampai destinasi yang dituju.. Harga tiket bagi dewasa RM7 dan RM4 untuk kanak-kanak.. Kat sini ada dua Taman Rama-Rama, Butterfly Farm dan Butterfly Garden, sebelah menyebelah je, jadi pilihlah ikut hati nak masuk yang mana.. Kami pilih Butterfly Farm, parking senang dapat..

pintu masuk ke taman rama-rama..

KAMI!!
lupa bawa monopod, jadi takdelah gambar berlima..

kalau cium rama-rama ni boleh bertukar jadi puteri kayangan tak??..

entah macam mana boleh ngam pulak reaksi muka budak ni.. belakangnya tu ular..

abang pilih yang mana, gadis ataupun bunga..

kala malam bulan mengambang kala jengking dan kumbang..

arnab dan kumbang.. 
ada aksi 18SX pulak.. hahaha

mentadak dan chipmunk..

ular dan itik.. 
itiknya steady je tak merayap walaupun tempatnya terbuka..

antara rama-rama yang ada..

hedgehog.. comey jaaa semua tidur..

rakun, paling comey.. dah 20 lebih tahun hidup, baru dapat tengok haiwan ni.. JAKUN!!

Walaupun rasa agak kecewa sebab rama-ramanya banyak bertepek kat bahagian atas dan tak terbang melata sampai bertenggek kat badan kita tapi merasa jugalah rama-rama hinggap kat jari, itu pun aku gigih cari rama-rama yang macam malas nak bergerak.. Selain daripada rama-rama, kat dalam ni ada pelbagai jenis reptilia dan serangga.. Kira bolehlah kita yang berusia ni nak layan, bawa budak-budak lagilah dia suka..

Selesai di Butterfly Farm, hajat nak ke Time Tunnel Museum tapi ditangguhkan ke lepas Asar nanti sebab perut dah berdisko.. Oleh itu, marilah kita menuju ke kedai makan untuk mengisi perut.. Kami makan disebuah kedai di Kea Farm, satu-satunya kedai Melayu di situ.. Masa tengah makan, adalah peristiwa yang tak diingini berlaku yang membuatkan kita yang tengah makan rasa hilang selera.. Nak cerita banyak pasal kedai ni, rasa macam tak best.. Biarlah apa yang berlaku di kedai ni menjadi rahsia.. hahaha.. Perut dah kenyang, marilah pulang!!!

TIME TUNNEL MUSEUM - Lepas Asar, kami menuju ke Time Tunnel Museum pulak.. Aku, Ain dan Adam je yang masuk dalam, mak dengan ayah dating berdua kat luar.. Harga tiket masuk, Dewasa RM6 dan RM4 untuk Kanak-kanak.. Moh ler kite masuk yoppp!!

chearsssss!!

angkat baju anak dijemuran, hujan dah turun..

santai di kopitiam..

anda minum Mlio anda jadi sihat dan kuat!!
antara perubahan muka depan produk Milo..

merenung ke luar jendela.. hahhhh

menabunglah untuk jaminan masa depan..
antara koleksi tabung yang ada.. aku ada yang gajah tu dulu, BSN.. huuu

ini bukan Alicia Keys tapi Ain Kunci..

suspek yang selalu buat panggilan palsu pada 999.. hahaha

dulang girl..

thamby, kasi cukur janggut saya..

lepak depan kedai Uncle Leong Min..
pergi kedai Uncle Leong Min nak beli Ajinamoto, kedai tutup.. hahahaha

fokus.. main dam Cina..

adehhhh, terbakar pulak tudung..

tempahan baju Melayu untuk raya akan datang dibuka, sila hubungi segera..
nak kalahkan abang Din Wahab.. hiiiiii

gigih aku search Google, jalan ni ada kat Taiping.. itu je nak bagi tahu..

apalah nak jadi, pakai tudung pun layan main mahjung.. yang budak kecil pun tak padan budak..

terkinja sungguh sampai ambil gambar pun senget..

koleksi barang yang digantung..
tin susu Dumex, zaman aku tu.. aku minum susu ni laaa waktu zaman comel-comel dulu..

koleksi kotak ubat gigi.. woi, gigi palsu siapa tu!!??
mercun pun ada, boleh bakar tak?? hahaha

DARKIE bertukar jadi DARLIE.. adakah asalnya ini ubat membersih daki sebelum bertukar ubat gigi..
gerai pindah-pindah zaman dedulu..

Di dalam ni, bukan sahaja terdapat koleksi peribadi barangan klasik pemilik muzium ni tapi juga menyelitkan perjalanan sejarah bagaimana Cameron Highland di buka.. Seronok, seolah-olah aku melalui penghidupan zaman 60an ke 90an.. Klasik!!! Aku berada dalam ni sekejap je, dalam 30minit sebab risau pintu keluar akan ditutup.. Aku datang pun dah lewat, pukul 5.30petang.. Tak puas nak teroka dan baca info-info yang ada.. Haishhhhh, rugi.. 

Malam tu makan malam di medan selera pekan Brinchang lagi.. Malam ni makan chicken chop dari kedai Naz Grill.. Sedapppp beb..

AHAD - 14 NOVEMBER 2016
200 SEEDS CAFE, ABANG STRAWBERRY, KAMPUNG TAMAN SEDIA - Hari terakhir di bumi Cameron Highlands.. Hajat kali ni nak merasa makan nasi lemak yang menjadi sebutan, Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin.. Restoran ni terletak di Kampung Taman Sedia.. Senang je nak cari tapi kalau payah sangat pakailah waze tu.. Dekorasi restorannya memang cantik, bersih.. Memang A lahhhh!! Aku, ayah dan Adam order Nasi Lemak Sambal Strawberry, mak order Bihun Singapura, adik aku order kueytiaw soto.. Serius cakap, memang sedap.. Puas hati!! Rasa sambal strawberrynya masam-masam manis masin, campur dengan sambal asli yang pedas, lazat pada tekak.. Rasa nak order lagi.. kahhh.. Selesai makan, ayah memborong jus kordial strawberry di kedainya di bahagian belakang cafe.. 3 botol RM55, harga sebotol. RM19.90.. Aku pulak boleh terlupa nak beli sambal strawberrynya sebab sibuk layan Adam nak petik buah strawberry, nyesal!! Untuk pengetahuan, strawberry hanya boleh dipetik pada hujung minggu.. Jadi, kami terpaksalah petik strawberry di ladang dekat chalet kami tinggal.. huuuuu.. Sebelum pulang, aku dengan adik aku borong aiskrim Malaysia strawberry dengan dadih strawberry.. Harga sebatang aiskrim Malaysia strawberry RM1.60, kami beli dalam 20batang, dapatlah murah sikit, RM1.50 sebatang.. Maka total RM30.. Dadih pulak harganya RM2.50 sebekas.. Aku nak beli asikrim yang ada sos strawberry tu, tak jual pulak kat cafe ni.. Nak pergi Opah Strawberry and Jem, tengok macam tak buka lagi kedainya.. ermmmm, HAMPA!!

nasi lemak sambal strawberry + ayam goreng berempah + milo = lazat tak terhingga

sementara menunggu makanan sampai..

waktu menjamu selera..

abang strawberry dan adik tembikai.. heeeee
adik aku kalau ambil gambar memang macam ni pesennya, dengan tong sampah dia balun..

The 200 Seeds Cafe

gigih memetik buah strawberry.. gunting mana, gunting??

Kat chalet ni, kalau nak petik sendiri, bayarannya RM30 untuk 1kg dan kalau pekerjanya yang petikkan RM25 untuk 1kg.. Aku petik dalam 500g je, nanti takut balik rumah tak makan.. Saja nak merasa petik strawberry sambil bagi Adam pengalaman petik buah strawberry.. Baik tak aku?? hahahaha..

sesi biasa sebelum pulang.. lupa nak ambil gambar kat laman rumah..

Jam 11pagi, kami pun bertolak pulang.. Sedih rasanya.. Entah bila lagi nak datang lagi.. Selalu rindukan Cameron Highlands sebab kat sini terlalu banyak memori yang aku cipta.. Bab melawat kawasan Cameron Highlands, semua tempat dah jejak, sampai aku dah pakar dah selok belok Cameron Highlands (eksen), cuma kat Kampung Taman Sedia belum pusing habis satu kampung sebab tak sempat, tempat baru macam Kea Garden, 5D Wall Art pun tak pergi lagi termasuklah Taman Ros.. Next time, MAYBE?? haaahaaa.. Kiranya kalau ada rezeki datang Cameron Highlands lagi, percutian waktu tu lebih santai, tak payah terkejar-kejar nak pergi kemana-mana sebab dah merasa masuk semua tempat.. Sebelum balik, singgah Kea Farm untuk membeli sayur dan buah.. 
SELAMAT TINGGAL CAMERON HIGHLANDS, moga bertemu lagi!!!

singgah sebentar di kedai milik Orang Asal dalam perjalanan pulang di Simpang Pulai.. beli petai oiiii..